salam

actually
 

I am really TIRED of this bail-outs & boros

tired tired tired!
 

wassalam
 
 
 
 

normi wrote:

Assalamualaikum warahmatullah mungkinkah SIP akan dibeli oleh  kementrian kewangan?. dari dulu orang dah cakap tak untung buat circuit tu.. degil.. wassalam
----- Original Message -----
From: Khairi
Sent: Thursday, January 10, 2002 12:32 PM
Subject: BON PETRONAS MATANG +Re: H-Net* Kerajaan berunding beli Sepang International Circuit
 apa hal pulak nih?
 
 
 

Hassan, Haslim wrote:

 

Kerajaan berunding beli Sepang International Circuit

KUALA LUMPUR 7 Jan. - Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) sedang berunding dengan Kementerian Kewangan berhubung cadangan melupuskan Sepang International Circuit Sdn. Bhd. (SIC).

Kenyataan MAHB kepada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) memberitahu, perbincangan itu diadakan setelah rundingan dengan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) gagal dan ditamatkan.

``Bagaimanapun, MAHB bukan dalam kedudukan untuk membuat ulasan sama ada pelupusan ini akan dilaksanakan menerusi jentera khas,'' jelas kenyataan itu dikeluarkan di sini, hari ini.

MAHB mengumumkan demikian sebagai menjelaskan laporan bahawa rundingannya dengan Petronas menemui kegagalan, sekali gus menyukarkan Schiphol International BV (Schiphol) membeli 30 peratus ekuiti MAHB.

Schiphol dikatakan meminta MAHB melepaskan pembabitannya dalam aktiviti sukan bermotor sebelum pengendali lapangan terbang dari Belanda itu memiliki kepentingan dalam MAHB.

Antara aset bernilai SIC ialah litar kereta lumba sepanjang 5.54 kilometer yang dibina dengan kos RM286 juta bagi penganjuran Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia.

Spekulasi terhadap `kegagalan' rundingan penjualan 30 peratus ekuiti MAHB itu timbul berikutan tempoh Memorandum Persefahaman (MoU) bagi cadangan transaksi antara Kementerian Kewangan dan Schiphol dilanjutkan sehingga 31 Mac 2002.

Menurut MAHB, kedua-dua pihak selesa dengan lanjutan tempoh perbincangan yang akan memberi masa yang mencukupi bagi melaksanakan syarat-syarat dalam perjanjian itu.

Kenyataan itu memberitahu, Kementerian Kewangan dan Schiphol terlibat dalam perbincangan yang aktif dan terdapat kemajuan dalam penjualan ekuiti MAHB.

Katanya, MAHB dan Schiphol turut berbincang untuk menerokai peluang kerjasama dalam bidang-bidang tertentu bagi memaksimumkan nilai kepada pemegang sahamnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2002&dt=0108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_01.htm

Komen/Pertanyaan:

Saya difahamkan dari kenalan yang berkhidmat di Petronas iaitu antara sebab utama pihak Petronas enggan membeli SIC adalah kerana tempoh bon-bon yang telah dikeluarkan oleh pihak Petronas akan matang tidak beberapa lama lagi.

Apabila bon-bon tersebut matang, pihak Petronas membayar berbilion-bilion ringgit kepada pembeli-pembeli bon tersebut. Oleh itu, sekiranya pihak Petronas tersilap langkah dalam mentadbir kewangannya, ianya mampu membawa akibat yang parah kepada Petronas.

Antara maklumat yang saya tahu, Petronas pernah mengeluarkan bon-bon bernilai RM1.7 billion pada Januari 1999 dengan kadar kupon sebanyak 5.9 dan 7.2 peratus setahun dan matang dalam tempoh 5 dan 10 tahun.

Bagi sesiapa yang arif tentang bon-bon tersebut atau yang lain yang pernah dikeluarkan oleh Petronas, sila berikan maklumat/komen.

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient,
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp
 

Kirim email ke