Kembali kita kepada permasalahan yang seringkali terjumpa pada keadaan yang mungkin kita tidak sangka.
Firman Allah SWT;
"Tiada ada paksaan untuk memasuki Agama Islam, sungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat"
(Surah Al-Baqarah, Juz. 3)
Ayat di atas jelas dan terangkan bahawa memang di dalam Agama Islam tidak memaksa seseorang yang bukan islam memasuki Agama Islam. Islam hanya mengajak mereka yang kafir (sesat) supaya memasuki Agama Allah. Penggunaan di sini ialah mengajak tidak memaksa. Itu kepada mereka yang belum memasuki Islam.
Permasalahan Pertama
Seandainya mereka (orang kafir) memasuki Islam tidak dapat tidak mereka perlu mengikuti Undang-undang Islam. Iaitu tidak boleh melanggarnya. Sekiranya mereka orang Islam yang telah melanggar Undang-undang Islam Mesti dihukum. Tidak wujud di dalam Al-Quran maupun As-Sunnah mengatakan mereka yang telah berumur 18 tahun boleh memilih agama sendiri. Kerana apabila seseorang itu Islam, dia tidak boleh memasuki agama lain. Dan apabila didapati mereka tetap mengikari dan memasuki agama lain maka hukuman mereka ialah pancung (setelah diberi nasihat dan tunjuk jalan selama 3 hari).
Permasalahan Kedua
Mereka (orang yang memasuki Agama Islam melalui ibubapa mereka) merasakan mereka seolah-olah dipaksa memasuki Agama Islam dan mereka mengatakan ayat Al-Quran di atas sebagai hujah mereka. Permasalahan ini boleh dikatakan mereka sudah tidak mengenal Agama Islam dan tidak didik mengenal Agama Islam. Maka faktor tersebut membuatkan mereka berasa Agama Islam bukanlah agama yang mereka pilih.
Mengapa masalah ini berlaku?
Keadaan ini membuatkan kita berfikir sejenak;
1. Adakah mereka ingin kebebasan seperti orang-orang kafir lain?
2. Adakah mereka merasa Agama Islam memaksa mereka?
3. Adakah mereka berasa sukar untuk beribadah kepada Allah?
4. Adakah mereka tidak tahu menahu lansung Agama Islam?
5. Adakah mereka telah dirasuki fikrah ke arah agama yang sesat?
6. Adakah mereka ingin tiada agama?
7. Dll.
Walau apa jua, masalah yang berlaku, terus terang saya katakan ayat Al-Quran di atas tiada kena mengena dengan mereka yang telah memasuki Agama Islam. Dan dengan itu saya harap jangan mudah menggunakan ayat Al-Quran sebagai hujah untuk meletakkan kita lari daripada agama-Nya.
Sesungguhnya Allah SWT lagi Maha Mengetahui apa jua yang ditadbirnya.
Wallahua`alam.