*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum

Dalam penelitian beberapa rakan journalist mendapati bahawa semacam ada satu 
konspirasi dalam media sekarang yang dikuasai oleh UMNO-BN dengan kerjasama media 
luar, Singapura, AP, Reuters, CNN dan sekutu-kutunya untuk mengolah berita-berita 
mengenai pengganas dan militant di Malaysia. 

Tujuan jangka pendeknya ialah untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam khususnya di 
Indera Kayangan supaya BN-UMNO akan terus memerintah di Perlis.

Tujuan jangka sederhananya ialah untuk discredit PAS atau melunturkan pengaruh PAS 
menjelang pilihanraya ke 11 ini supaya UMNO-BN akan terus berkuasa memerintah Malaysia 
sampai kiamat. Pilihanraya mungkin diadakah lebih awal, iaiatu bulan November 2002 
kerana pembentangan belanjawan negara akan berlangsung pada 18 Septmber 2002. 

Tujuang jangka panjangnya ialah untuk mengharamkan PAS setelah UMNO gagal membuang 
nama Islam dari PAS.

Data:

Media cuba mengaitkan PAS dengan KMM, dengan militant, dengan Taliban termasuklah 
dalam propaganda klip video 90 saat di TV1. Propaganda yang tidak beretika dan 
publisiti murahan ini yang ditayangkan sebagai kempen UMNO-BN adalah keterlaluan, 
mengelirukan, malah menyesatkan kefahaman orang ramai. Zainudin Maidin tanpa ada rasa 
malu dan tidak bermaruah terus menerus menayangkan propaganda murahan dan tidak 
bermaruah ini.

Saban hari berita mengenai tangkapan ke atas ahli KMM dilaporkan dalam akhbar dan 
media elektornik. Ahli-ahli KMM yang ditangkap cuba dikaitkan dengan PAS.

Singapura cuba menghangatkan isu ini dan mengaitkannya dengan orang Malaysia supaya 
Malaysia dan dunia percaya adanya rangkaian ini di sebelah Asia, khususnya di 
Malaysia. Ini akan memberi laluan dan tekanan kepada Malaysia supaya bertindak lebih 
ganas kepada PAS. Journalist juga percaya berita ini akan terus sensasi dan akhirnya 
Singapura akan minta Malaysia mengharamkan kumpulan militant dan PAS kerana dikatakan 
ada hubungan dengan Al-Qaeda atau Taliban. Kemungkinan sandiwara satu letupan di 
Singapura akan berlaku sebagai alasan untuk mendesak Malaysia mengharamkan kumpulan 
militant atau PAS. Tektik ini dilakukan oleh India ke atas Pakistan baru-baru ini dan 
India berjaya.

Bagi kerajaan Malaysia tidak ada ruginya BN mensesasikan berita ini supaya PAS akan 
terperangkap dan BN akan terus berkuasa sampai kiamat. BN-UMNO tidak bimbang kalau 
rakyat Malaysia "menyembah Amerika" sebagai kuasa besar dunia, takut, gerun, dan patuh 
kepada Amerika dan merasa hina terhadap diri sendiri.

Tektik:

Tektik "educating" "brainwashing" dan "coercing" the public ini pernah dibuat oleh 
Hitler ke atas rakyat Jerman dan George Bush Senior ke atas Iraq. Kini George Bush 
Junior melakukannya ke atas Afghanistan dan Malaysia membuatnya ke atas KMM atau PAS. 
Tektik yang sama pernah dibuat oleh Mahathir ke atas Anwar Ibrahim. Tektik ini 
dilakukan dengan cara menyogokkkan berita demi berita, maklumat demi maklumat, yang 
direka khas untuk memusnahkan seseorang. Apabila seseorang disogokkan berita berulang 
kali, setiap masa, maka orang itu akan percaya kepada berita atau maklumat itu 
walaupun berita tidak benar.

Irag diserang setelah media Amerika berjaya menggambarkan Saddam Hussien seorang yang 
jahat. General Noreiga diserang dan ditangkap setelah media Amerika berjaya meyakinkan 
rakyat Amerika bahwa Noreiga adalah pembekal dadah paling terbesar dalam dunia. 
Afghanistan diserang setelah media barat meyakinkan bahawa Taliban adalah jahat. 
Sekarang ini proses "mendidik" pemikiran masyarakat ini dibuat begitu rupa supaya 
pemerintah-pemerintah dan kuasa-kuasa zalim ini terus berkuasa di negara masing-masing 
dan di dalma dunia. Inilah sebenarnya rangkaian pengganas dunia...iaitu golongan 
muktabirin, golongan penindas yang melakukan apa saja asalkan mereka berkuasa hatta 
mereka cerita palsu terhadap Anwar, terhadap anggota Al-Maunah, terhadap KMM, terhadap 
PAS, terhadap orang-orang yang tidak berdosa.

Biarlah mereka terus menerus menfitnah kita!



-- 




__________________________________________________________________
Your favorite stores, helpful shopping tools and great gift ideas. Experience the 
convenience of buying online with Shop@Netscape! http://shopnow.netscape.com/

Get your own FREE, personal Netscape Mail account today at http://webmail.netscape.com/


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED] (hello hi)

Kirim email ke