*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Semalam beberapa buah PASTI telah dikunjungi pegawai JAIS dan Polis yang datang untuk 
menampal poster/notis supaya PASTI ditutup. Memang hati mereka busuk dan jahat. Tempat 
maksiat dibiarkan. Orang Islam tanding Ratu Cantik dilepaskan. Orang Islam minum arak 
dan mabuk yang ditangkap di Pub The Ship dilepaskan kerana kata mereka JAIS tak ada 
kuasa menangkap orang.

Kami aktivis sosial, journalis, dan NGO ingin menasihati semua pengusaha PASTI dan AJK 
PASTI . Jika polis atau JAIS datang,

1. Minta mereka buktikan dahulu bahawa mereka pegawai JAIS. Mereka mesti tunjukkan 
dulu KAD KUASA. Tidak semua pegawai JAIS ada KAD KUASA. Minta kad pengenalan mereka, 
catitkan nombor KP dan nama penuh mereka, begitu juga polis. Jika mereka tak mahu 
tunjukkan kad identiti mereka, minta mereka beredar dengan baik. Jika polis 
beruniform, catitkan nombor polis yang ada pada baju mereka.

2. Ambil gambar mereka. Sediakan kamera. Jangan lupa tentang ini.

3. Jangan beri mereka masuk ke dalam rumah ketika pelajar sedang belajar kecuali di 
luar rumah atau bilik PASTI.

4. Beritahu mereka bahawa PASTI adalah aktiviti parti dan dibuat atas arahan PAS 
Pusat. Minta mereka hubungi Pengurus PASTI di situ atau  Ketua Pemuda PAS Negeri atau 
Ketua Pemuda PAS Pusat atau peguam PAS jika mereka mahu PASTI ditutup. Beritahu mereka 
bahawa PASTI berdaftar dengan PAS Pusat.

5. Beritahu mereka, bahawa mereka telah menceroboh premis persendirian dan mereka akan 
didakwa di mahkamah kerana memasuki rumah orang. Kemudian buat laporan polis seperti 
berikut: (contoh kita ambil dari kes semalam di PASTI SG. Jelok Hulu Langat)

----------
Suatu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha PASTI Sg Jelok di Balai Polis Daerah 
Hulu Langat (Kajang) bernombor (J) 888/02, bertarikh 16/01/02, jam 12.50 tengahari 
yang berbunyi; 

“Pada 16/01/2002 jam lebih kurang 10.30 pagi di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Sg 
Jelok, 4 orang yang tidak dikenal telah mencerobohi masuk kedalam pagar kawasan rumah 
bernombor No. 25 Jalan 8 Taman Sg Jelok, Kajang yang merupakan tempat persendirian 
tanpa kebenaran dari penghuni rumah itu. Setelah wakil penghuni rumah tersebut meminta 
pengenalan diri, orang tersebut dikenali sebagai :-

i.  H. Ruzimi H Mohd Rawi (630907-08-6073)
ii. Khairill Affizi b Ahmad Shaari (730531-10-5229)
iii.    Abd Rashid b Tamah (2737171)

dan seorang lagi yang tidak dikenali. Sekian laporan saya.
---------

6. Hantar satu laporan polis kepada Lajnah Guaman PAS.

7. Pastikan setiap pegawai JAIS akan didakwa di mahkamah kerana menceroboh masuk ke 
private premise anda.

8. Hantarkan Pemuda-Pemuda PAS untuk memantau suasana di PASTI.

Kenapalah Pengarah JAIS Dato Mansor dan Ustaz(?) Amin Rashid ni busuk hati sangat pada 
orang yang mahu kepada pendidikan Islam. Kita boleh berdoa mudah-mudah Ahhal Ta'ala 
memberi petunjuk kepada mereka. Tetapi kalau mereka menutup hati mereka, telinga 
mereka, mata mereka dari melihat kebenaran, tak ada ertinya. Elok kalau doakan, semoga 
Allah memberi balasan yang setimpal ke atas orang-orang spt mereka ini dengan balasan 
murka Tuhan!



Firman Allah; "jangan kamu merasa hina ketika menghadapi musuh, jika 
sekiranya kamu merasa sakit, mereka juga merasa sakit, tetapi kamu 
mengharapkan dari Allah, apa yang mereka tidak harapkan.

-- 




__________________________________________________________________
Your favorite stores, helpful shopping tools and great gift ideas. Experience the 
convenience of buying online with Shop@Netscape! http://shopnow.netscape.com/

Get your own FREE, personal Netscape Mail account today at http://webmail.netscape.com/


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED] (hello hi)

Kirim email ke