*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Kehadiran Mat Taib Tidak Disenangi Jentera BN
> Sendiri
> Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY
> KANGAR: Jentera BN yang dipimpin Shahidan Kassim
> melahirkan rasa tidak
> senang dengan pembabitan bekas Menteri Besar
> Selangor, Muhammad Taib sebagai
> pengarah bersama dalam kempen pilihan kecil Indera
> Kayangan.
> "Kami hairan mengapa Umno Pusat tidak memilih
> Timbalan Presiden, Pak Lah
> sebagai teraju utama kempen kerana pilihan raya ini
> cukup penting buat BN.
> Tetapi dengan memilih orang yang sememangnya
> bermasalah, seperti Mat Taib,
> yang sudah dipalit dengan amalan rasuah, membuatkan
> kita dalam keadaan
> tertekan," kata seorang aktivis Umno dari Kedah,
> yang sudah berkampung di
> Kangar dua hari sebelum penamaan calon.
> "Memang sepatutnya BN boleh menang mudah dalam
> pilihan raya ini kalau tidak
> ada masalah-masalah yang dibawa dari dalam sendiri.
> Bagi saya, mana-mana
> pemimpin BN yang boleh dirasakan membawa masalah
> kepada jentera kempen,
> lebih baik mereka tidak ke depan, seperti Mat Taib,
> dan juga Khir Toyo,"
> tambahnya.
> Walaupun diakui, katanya, Khir Toyo belum disabitkan
> dengan kesalahan rasuah
> oleh mahkamah, tetapi rakyat dapat membuat penilaian
> tersendiri. Malah,
> katanya lagi, PM sendiri selalu mengingatkan
> ahli-ahli dan pemimpin Umno,
> bahawa kita buikan saja mesti bersih tetapi harus
> kelihatan bersih.
> "Kami memang alu-alukan setiap sumbangan daripada
> pemimpin Umno seluruh
> negara, tetapi kalau mereka sendiri merasakan jika
> kehadiran dalam kempen
> boleh menjadi bebanan kepada parti, lebik baik orang
> seperti Khir Toyo
> membuat sumbangan dalam bentuk lain," ujarnya,
> sambil mencadangkan, "Umno
> Selangor boleh menghantar sumbangan berbentuk
> material, termasuk wang
> tunai."
> 
> 
> Top Home <http://detik.daily.tripod.com/>
> 
> 


=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send FREE video emails in Yahoo! Mail!
http://promo.yahoo.com/videomail/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke