*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya ada dua perkara nak bertanya dan berkongsi. Nak
tanya malu juga tapi kalau tak tanya, sesat jalan
pulak....

1. Kakak saya ni nak menunaikan haji tahun ini.Kiranya
dalam 2 minggu lagi insya ALLAH. Masalahnya ada tak
siapa-siapa netters ni yang tahu macamna nak hentikan
haid. Dengarnya ada ubat boleh berhenti tapi bila
tanya Doktor dekat HKL, mereka kata takda guarantee
boleh berhenti kejap, nasib-nasiblah. Tapi kita nikan
nak mengerjakan haji. Syarat mengerjakan tawaf mesti
suci dari haid. Itulah kesian juga, jadi kalau netters
yang arif dan dapat membantu, bolehlah beritahu
mana-mana klinik ke atau ada ubat ke yang boleh
dimakan. Tolong ya, email pada saya.

2. Ini isu pembantu rumah. Jiran saya ni(selang 4
rumah dari rumah saya) baru ni maid dia lari dan curi
duit RM200. Maid ni baru aja kerja dalam 4 bulan.
Jiran ni pun dengan mengikut prosidur laporkan pada
balai polis dan batalkan permit kerjanya. Dengan polis
dah settlelah takda masalah. Dengan Imgresen ni, satu
hal pulak. Jiran ni dahlah bengang, maid dia lari,
kena pulak bayar denda RM250 lagi. Lojik tak maid tu
lari, curi duit lagi, imigresen denda lagi? Terdiam
saya dengar cerita jiran saya tu. Pelikkan? Kenapa
imigresen denda? Salah siapa? Dalam hati saya berfikir
kalau maid saya ni lari, saya tak pasti samada nak
batalkan permit atau tidak....sebabnya nanti kena
bayar lagi RM250. Ambil maid ni, dah melayang RM3000
jugak.. semuanya majikan yang tanggung.
Apa yang saya nampak kesannya ialah akan jadi lebih
ramai pendatang harammm betul tak? Siapa yang
saja-saja nak bagi RM250 pada Imigresen... To netters
jom kita kongsi pendapat tentang hal ini. Apa
rasionalnya imigresen buat macam ni?? 

TK
 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send FREE video emails in Yahoo! Mail!
http://promo.yahoo.com/videomail/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: zzzz zzzzz <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke