*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Walaupun jumlah undi yang BN dapat dalam pilihanraya kecil DUN Indera
Kayangan baru-baru ini telah bertambah tetapi jumlahnya masih tidak
menyamai jumlah undi yang mereka dapat pada tahun sebelum 1999. Nampaknya
sekarang pilihanraya yang selesa yang telah dinikmati oleh BN seperti pada
tahun-tahun sebelum 1999 tidak akan berulang lagi pada masa hadapan ini.

Sekarang ini setiap kali pilihanraya yang diadakan tidak kira samada
pilihanraya umum atau pilihanraya kecil sentiasa mencemaskan BN.
Perbelanjaan yang begitu besar terpaksa digembelingkan untuk memastikan
kemenangan di pihak mereka.

Dari pemerhatian kita di beberapa pilihanraya kecil yang lalu,
penyokong-penyokong dari kedua-dua parti yang bertanding sungguh
bersemangat sekali sehingga kadang-kadang menjadi sukar untuk dikawal.
Sering juga kita dengar pergaduhan berlaku antara penyokong-penyokong parti
yang bertanding.

Mungkin di masa yang lalu parti pembangkang begitu lemah, mereka tidak
mempunyai ramai penyokong oleh itu keadaan yang tegang semasa berkempen
tidak pernah berlaku seperti sekarang ini. Walaupun waktu yang dibenarkan
kempen telah dipendekkan menjadi sepuluh hari sebelum hari mengundi tetapi
dalam masa 10 hari itu boleh menyebabkan banyak perkara yang tidak diingini
boleh berlaku.

Apabila penyokong-penyokong parti ini berhimpun di tempat yang sama sukar
untuk mereka mengawal diri mereka. Sedikit kesilapan dan salah faham akan
mudah mencetuskan pergaduhan dan keganasan. Tambah bahaya lagi negara kita
mempunyai rakyat yang berbilang kaum, dan parti politik negara kita juga
kebanyakannya diwajahkan oleh kaum-kaum yang ada. Kita bimbang keadaan
seperti ini akan diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang berkepentingan
untuk menyemarakkan api perkauman. Bila berlaku keganasan perkauman
tentulah mala petaka yang lebih besar akan menimpa negara kita.

Untuk mengelakkan kemungkinan keadaan yang buruk ini berlaku kepada negara
kita yang aman damai ini, ada baiknya kempen pilihanraya dan merayu undi
secara terbuka hendaklah diharamkan sama sekali.  Walaupun tindakan ini
nampak keterlaluan dan seperti menyekat kebebasan bersuara yang merupakan
sebahagian dari amalan demokrasi itu tetapi ini perlu kita lakukan demi
kesejahteraan negara kita yang jauh lebih penting lagi.

Bagaimanapun bagi memenuhi kehendak amalan demokrasi yang membenarkan
calon-calon atau parti politik yang bertanding menghebahkan manifesto dan
berkempen sebelum bertanding maka mereka perlu diberi peluang menggunakan
media samada media cetak atau media elektronik, yang dipunyai oleh kerajaan
atau sawasta untuk menyampaikan manifesto mereka.

Dunia telah berubah, di masa dulu kita tidak ada cara lain untuk berkempen
selain bertemu  dengan orang ramai secara terus. Di zaman canggih ini kita
boleh menggunakan akhbar, radio, TV malah internet untuk berhubung dengan
orang ramai. Cara ini lebih selamat, tidak ada perhimpunan ramai,
pergaduhan dan keganasan tidak mungkin boleh berlaku.

Tetapi sebagai gantinya pihak kerajaan mestilah mengadakan ruang yang luas
untuk parti-parti yang bertanding untuk menggunakan saluran  media kerajaan
dan sawasta bagi berkempen. Kita percaya bagaimana keras dan kasarnya
kempen yang dilakukan melalui media-media dia tidak akan memberi kesan
secara langsung kepada pergaduhan dan keganasan.

Alias Mohd Yusof.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: alias mohd yusof <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke