*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Menilai tuduhan terhadap PAS berasaskan realiti yang
> dilakukannya
> Oleh Husam Musa
> Ahli Parlimen Kubang Kerian
> Saya merujuk kepada tulisan Encik Chan Kai Poh
> bertajuk "Insulting the ulama
> or Islam?" dalam Malaysiakini.com.
> Di hujung tulisan beliau, PAS telah dikaitkan
> kononnya negara kita akan
> bertukar kepada negara teokratik menggantikan
> demokrasi berparlimen jika PAS
> berkuasa.
> Saya hairan bagaimana intelektual berfikiran luas
> seperti Encik Chan boleh
> membuat kesimpulan berbentuk tuduhan yang sangat
> tidak berasas seperti itu.
> Adakah ini adil?
> Adakah PAS telah menukar Kelantan dan Terengganu
> menjadi negeri teokratik?
> Adakah pilihanraya umum telah dihapuskan di Kelantan
> dan Terengganu? Adakah
> rang undang-undang di Kelantan dan Terengganu tidak
> diluluskan melalui Dewan
> Undangan Negeri tetapi oleh "mullah-mullah"? Adakah
> satu contoh dimana
> keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Negeri atau
> Exco dibatalkan oleh para
> "mullah"? Adakah satu contoh keputusan kerajaan
> Negeri Kelantan yang
> membelakangkan mana-mana kumpulan rakyat?
> Jawabnya tidak. Bahkan, jika diperhatikan,
> persidangan Dewan Undangan Negeri
> Kelantan antara yang paling panjang sidangnya
> berbanding beberapa negeri
> lain. Ada negeri tertentu hanya bersidang separuh
> hari kerana takutkan
> pembangkang di sebalik slogan demokratik. Adakah
> Encik Chan sedar tentang
> ini dan apakah yang telah beliau suarakan terhadap
> fenomena ini yang
> "mencabul" demokrasi dan kebebasan bersuara yang
> sihat. ADUN-ADUN yang
> dipilih oleh rakyat dinafikan bersuara dalam Dewan
> yang dibuat khas untuk
> memperlambangkan demokrasi di negara kita.
> Bahkan, jika Encik Chan menyemak handsard sidang
> Dewan Undangan Negeri
> Kelantan, saya yakin ianya sangat informatif,
> melambangkan tranparansi dan
> demokratik.
> Dewan Undangan Negeri Kelantan pernah meluluskan
> Enakmen Jenayah Syariah II
> atau Enakmen Hudud untuk memenuhi hasrat sebahagian
> besar masyarakat Islam
> Kelantan. (Saya katakan sebahagian besar masyarakat
> Islam Kelantan kerana
> PAS telah berkuasa di Kelantan melalui undi rakyat
> pada tahun 1990, di mana
> manifesto PAS Kelantan pada waktu itu meletakkan
> hudud sebagai satu perkara
> yang akan dilaksanakan - dan PAS menang lagi pada
> pilihanraya 1995) Encik
> Chan tentu ingat, sebelum rang ini dibentangkan
> secara rasmi di Dewan, PAS
> terlebih dahulu membentangkannya kepada masyarakat
> awam di Kuala Lumpur.
> Pembentangan ini adalah terbuka dan semua pihak
> diberi peluang menyuarakan
> pandangan mereka. Bahkan, UMNO juga telah dijemput
> menghantar wakil dan UMNO
> yang "demokratik" itu seperti biasa tidak berbuat
> demikian. Satu dialog dan
> wakil pelbagai agama juga telah diadakan berhubung
> perkara ini.
> Pada saya, ini melambangkan sikap paling demokratik
> dan ia harus dipuji.
> Demokratik juga bermakna 95% penduduk Kelantan yang
> beragama Islam harus
> diberikan peluang mengamalkan ajaran agama mereka
> berhubung undang-undang
> jenayah berat yang mereka yakini lebih efektif tanpa
> menjejaskan kumpulan
> masyarakat yang lain. Oleh kerana undang-undang ini
> dipetik dari ajaran
> agama, ia bukan bermakna teokratik. Jika ajaran
> agama telah diproses melalui
> proses demokrasi dari memenangi pengundian sampai
> kepada perbincangan dan
> perundang-undangan tidak dianggap demokratik, maka
> apa sebenarnya demokrasi?
> Walaupun begitu, apabila Kerajaan Pusat secara rasmi
> melalui sepucuk surat
> dari Perdana Menteri melarang Kerajaan Negeri
> Kelantan meneruskan
> pelaksanaan undang-undang tadi, Kerajaan Negeri
> Kelantan telah secara matang
> dan demokratik mematuhi larangan itu. Pemimpin
> Kelantan yang digambarkan
> sebagai "mullah" tidak bertindak diluar garis
> undang-undang mahupun
> menggerakkan penentangan menggunakan kekerasan. Sila
> jelaskan kepada saya
> adakah ini bukan demokratik?
> Encik Chan akan berkata, PAS bertindak demikian
> kerana PAS belum berkuasa
> penuh. Jika PAS menang di peringkat nasional barulah
> PAS akan menunjukkan
> belangnya.
> Jawabnya, itu hanya satu andaian yang didorong oleh
> prasangka. Adakah jika
> PAS memenangi pilihanraya di peringkat nasional maka
> ia takut untuk
> berhadapan dengan rakyat sekali lagi dalam
> pilihanraya seterusnya? Sedangkan
> bila PAS berkuasa di peringkat nasional, bermakna
> PAS mempunyai segala
> peluang untuk menarik sokongan rakyat, baik dalam
> dasar-dasarnya yang lebih
> prihatin rakyat, adil, jujur dan telus mahupun
> pengaruh ke atas media dan
> instrumen kuasa yang lain. Tentulah PAS lebih yakin
> untuk menghadapi
> pilihanraya.
> Jika PAS serta merta mengubah sistem pemerintahan
> negara daripada demokrasi
> berparlimen kepada negara teokratik, bermakna PAS
> mengambil risiko ditentang
> oleh pelbagai kumpulan rakyat sehingga kerajaan yang
> ditubuhkannya mungkin
> tumbang. Adakah PAS sebodoh itu ketika ia nampaknya
> mempertimbangkan
> pelbagai aspek, contohnya berkaitan dengan Enakmen
> Syariah itu tadi?
> PAS telah menerima konsep multi rasial bila ia
> bergabung dalam BA. Jika
> ditakdirkan PAS berkuasa, ia berkuasa melalui
> bilangan perwakilan di Dewan
> Rakyat yang dipilih oleh rakyat. Dari jumlah kerusi
> yang ia tandingi dalam
> pilihanraya yang lepas, tidak mungkin PAS dapat
> membentuk kabinetnya sendiri
> tanpa perwakilan dari parti yang lain.
> Ini bermakan kabinet BA nanti ialah kabinet multi
> rasial. Ini bermakna rang
> undang-undang pada waktu itu juga mesti dibawa ke
> Parlimen yang juga multi
> rasial. Sebarang penyelewengan dari sistem ini
> adalah amat mustahil.
> Apa yang akan berlaku ialah perubahan semangat.
> Semangat permesyuaratan akan
> berubah, iaitu rakyat mungkin dirundingi sebelum
> mana-mana rang
> undang-undang dibentangkan. Kebebasan bersuara ahli
> Parlimen mungkin lebih
> luas. Akauntabiliti Kerajaan terhadap Parlimen
> mungkin meningkat. Fungsi
> Parlimen juga akan lebih berkesan.
> Selain dari risiko politik, perubahan dari demokrasi
> berparlimen kepada
> negara teokratik juga tidak mungkin berlaku
> berdasarkan rekod PAS sendiri
> sebagai sebuah parti. Jika PAS berhasrat
> melaksanakan negara teokratik, ia
> harus melaksanakan dalam amalan parti itu terlebih
> dahulu. Apa yang
> teokratik dalam PAS? Bukankah PAS mengamalkan
> pemilihan kepimpinan parti
> sejak hari pertama ia ditubuhkan hingga kini melalui
> konsep pemilihan. Dari
> peringkat paling bawsah iaitu cawangan-cawangan ke
> peringkat yang paling
> atas iaitu Presiden, PAS mengamalkan pemilihan
> terbuka yang ditentukan oleh
> ahli-ahli.
> Sepanjang tempoh itu, UMNO yang menjadi lawan PAS
> telah memperkenalkan
> pelbagai peraturan pemilihan yang boleh dianggap
> tidak demokratik. Tetapi
> PAS, kekal dengan pemilihan bebas tanpa
> memperkenalkan sebarang perubahan
> peraturan pemilihan. Adakah ini tidak demokratik?
> Mengapa tidak "mullah-mullah" melarang orang lain
> bertanding menentang
> mereka jika itu yang akan mereka lakukan bila mereka
> berkuasa kelak? Dewan
> Ulama¹, satu sayap dalam PAS sendiri, memilih ketua
> dan ahli jawatankuasanya
> melalui pengundian. Jika ketua "mullah" juga
> terpaksa melalui proses
> pengundian, jiwa teokratik mereka tentulah telah
> "dibelasah" oleh proses
> demokrasi sedemikian rupa. Bukan sekali, bukan hanya
> sekarang, bahkan sejak
> hari pertama PAS ditubuhkan hingga kini,
> berkali-kali.
> Mengapa PAS tidak memulakan konsep teokratik tadi
> dengan parti mereka
> terlebih dahulu? Mengapa dalam perhimpunan agung PAS
> usul dari Dewan Ulama'
> boleh dibahas oleh perwakilan yang lain dan tidak
> terus diterima? Di mana
> terpakainya konsep teokratik yang dikatakan
> diperjuangkan oleh PAS? Jika
> dalam partinya sendiri, teokratik telah ditewaskan
> oleh demokrasi, bagaimana
> caranya PAS boleh melaksanakan konsep teokratik
> mengganti demokrasi
> berparlimen dalam negara ini tanpa sebarang halangan
> dari ahli-ahlinya
> sendiri?
> Menggaitkan PAS dengan Taliban adalah sesuatu yang
> sangat tidak adil, tidak
> rasional dan tidak jujur. Jika Taliban telah
> meruntuhkan patung Budha,
> adakah kita ingin membutakan mata kita melihat
> patung Budha masih wujud di
> Kelantan? Jika Taliban melarang wanita bekerja,
> adakah Encik Chan tidak
> sanggup menghabiskan sedikit wang untuk terbang ke
> Kelantan melihat sendiri
> wanita menjadi pegawai dan kakitangan kerajaan di
> pejabat kerajaan negeri
> termasuk di pejabat Menteri Besar, guru-guru wanita
> mengajar di sekolah
> kelolaan kerajaan Negeri, wanita berniaga di
> pasar-pasar di seluruh negeri
> atau lainnya. Janganlah menipu diri sendiri dengan
> menulis sesuatu yang
> tidak masuk akal.
> Saya berharap Encik Chan berlaku lebih adil dan
> lebih faktual.
> Di perenggan akhir tulisan beliau, beliau
> mencadangkan kerajaan bertindak
> tegas terhadap kumpulan agama tertentu (mungkin di
> sini kumpulan masyarakat
> seperti Muslim Scholars Association of Malaysia
> (MSAM).
> Cadangan ini benar-benar kontradik dengan pendirian
> demokratik Encik Chan.
> Di satu segi, beliau mahukan kebebasan berpandangan,
> sekalipun boleh
> digolongkan sebagai "menyakiti" dan di satu segi
> yang lain beliau mahukan
> tindakan "polis". Orang yang dianggap "menyakiti"
> diminta diberikan
> kebebasan dan orang yang merasakan "disakiti"
> diminta "dipoliskan". Ini
> adalah satu hipokrasi.
> Comments ? E-mail Us
> <mailto:[EMAIL PROTECTED]>
> 


=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Great stuff seeking new owners in Yahoo! Auctions! 
http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke