Assalamualaikum Wrt Wbt.

Salam sejahtera buat netters sekelian. Terima kasih di atas respon-respon sahabat sekelian. Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran dengan limpah kurniaan-Nya dapat lagi kita menghirup nikmat iman yang tidak terhingga dengan izinya.

Di dalam permasalahan ini banyak kita seharusnya meletakkan keadaan kita bersikap positif dari pelbagai aspek. Kenapa kita harus dan perlu meletakkan seseorang itu mesti tidak benar keimanannya walaupun kita tidak pasti ia benar atau pun tidak. Memang tidak dinafikan perkara boleh jadi benar ataupun tidak.

Tetapi kenapa kita tidak mengambil jalan yang lebih ke arah positif iaitu meletakkan diri kita "hussul zan" menyangka baik. Sekiranya perkara ini benar sudah pasti hamba Allah tersebut adalah orang yang paling bersih daripada dosa-dosa daripada kita mengata kepada Hamba Allah tersebut.

Baik kira kita mendoakan semoga ia benar dan tidak salah. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW apabila orang ingin memasuki Islam maka Nabi Muhammad dengan jiwa dan rupanya berseri-seri menerima hambar Allah tersebut. Tidak pula ia bertanya "kami nak masuk islam betul ker atau sahaja memain". Nabi tidak bersifat demikian malahan mendoakan kesejahteraan kepada hamba Allah yang Islam tersebut dengan janji-janji Allah.

Jadi dimanakah kita sekarang?

Wallhua`alam, fikirlah sendiri wahai sahabat-sahabatku sekalian.

Banyak dikalangan kita menyangka "kalau dia masuk Islam sudah pasti dia masih berlakon macam biasa"

Saya ingin menjawab prasangka tersebut. Adakah kita menentukan  kehidupan seseorang? Jadi janganlah kita berkata demikian.
Jadi kita adalah salah seorang yang beragama Islam perlu dan wajar kita menyemarakan lagi sifat ke arah positif kepada saudara-saudara baru kita.

Firman Allah SWT;


Surah Al-Mai`dah : 3

Maksudnya;

"Pada hari ini, aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku sempurnakan atas kamu nikmatku dan aku redakan bagi kamu  Islam itu adalah satu-satunya agama"

Sudah pasti kita faham bahawasanya Islam itu adalah agama yang diredai oleh Allah SWT.

Bersama-samalah kita berdakwah kepada mereka yang inginkan hidayah (petunjuk) semoga kita bersama-sama orang yang Muslimin dan Muslimat memasuki syurga yang diredai-Nya.

Dan kita mendoakan semoga kita masih berada di dalam petunjuk-Nya.
 

Wallhua`alam.
 

p/s  "Bersangka baiklah terhadap manusia.
 

Kirim email ke