*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ulamak 'makan gaji' keliru soal dosa, pahala

PASIR MAS, 30 Jan  - Ramai tokoh ulamak di negeri ini
kesal dengan kenyataan yang disifat beragenda dan
berkepentingan 'makan gaji' segelintir ulamak kerajaan
di negara ini mengenai isu pengundi mendapat pahala
apabila mengundi kerajaan mahu mendaulatkan Islam.

Mereka berkata, ulamak yang bertaraf mufti dan anggota
majlis fatwa lebih mengutamakan status kedudukan
daripada memperkatakan hakikat sebenar mengenai agama.

Malah katanya, persoalan pahala dan dosa bagi rakyat
yang memilih kerajaan mahu melaksanakan Islam boleh
difahami secara mudah oleh kanak-kanak di peringkat
pra persekolahan lagi.

Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Ustaz Mohamad
Mustafa berkata, persoalan dosa dan pahala adalah
perkara jelas dan tidak perlu disembunyikan di sebalik
agenda lain. Katanya, isu itu tidak mempunyai sebarang
kekeliruan kerana asas fiqah mengenai dosa dan pahala
bagi mereka yang mahu kepada kerajaan mendaulatkan
Islam adalah jelas.

"Kenyataan sesetengah ulamak makan gaji mengenai
perkara itu menggambarkan sikap ketidakjujuran mereka
terhadap ilmu yang dimiliki sendiri.

"Sekiranya ada di kalangan mereka yang mahu berhujah,
ia perlu dilengkapkan dengan nas-nas al Quran dan
Hadis dan bukannya membuat kenyataan umum yang
tersembunyi," katanya.

Pelbagai pihak mengulas kenyataan awal Menteri Besar
Kelantan berhubung pengundi yang  mengundi PAS bagi
mendaulatkan Islam di negeri ini akan mendapat pahala
dengan lojik akal semata-mata.

Akhbar bertarikh 24 Januari lalu, memetik kenyataan
Mufti Kerajaan Kelantan Dato' Hasbullah Mohd Hassan
sebagai berkata, umat Islam tidak boleh mengeluarkan
kenyataan mengelirukan mengenai hukum termasuk soal
pahala yang diberi Tuhan kepada manusia. Menurut mufti
berkenaan, tidak semestinya tidak undi PAS tidak dapat
pahala tetapi mungkin undi yang lain dapat pahala.

Manakala akhbar bertarikh 29 Januari pula melaporkan
Majlis Fatwa Kebangsaan mengingatkan syurga dengan
sokongan kepada orang tertentu adalah menyalahi ajaran
Islam dan harus dihentikan bagi mengelakkan kekeliruan
umat.

Pengerusinya, Dato' Dr Ismail Ibrahim dilaporkan
berkata, tindak tanduk demikian termasuk perbuatan
menyebarkan ajaran salah atau menyeleweng.

Presiden Umno, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad pula
membidas Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan mengatakan
seolah-olah Menteri Besar Kelantan itu bertindak
sebagai Tuhan yang boleh menentukan dosa pahala
seseorang.

Ustaz Mohamad yang juga anggota parlimen Peringat
mengingatkan pihak terbabit usah banyak berselindung
di sebalik kenyataan mereka kerana hujah asal
Mursyidul Am PAS cuba dikelirukan.

Katanya, soal dosa dan pahala terhadap setiap
perbuatan adalah jelas sebagaimana disebut dalam al
Quran dan Hadis.
"Pemikiran yang cuba memisahkan soal dosa dan pahala
adalah jelas bercirikan sekular," katanya.

Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Rantau Panjang, Ustaz
Hussin Ibrahim berkata, memberi undi kepada parti yang
memerintah untuk mendaulatkan Islam adalah jelas
mendatangkan kebaikan. Katanya, parti yang menang dan
melaksanakan tuntutan agama dengan mencegah perkara
mungkar akan diberi balasan pahala.

"Perkara mungkar seperti riba, judi dan hiburan bebas
adalah benda mungkar yang mesti ditegah.
"Dan apa yang dilakukan kerajaan Kelantan sejak 1990
adalah mengharamkan perkara mungkar tersebut. Dan ini
secara tidak langsung rakyat yang mengundi kerajaan
berkenaan akan mendapat kebaikannya (pahala),"
katanya.

Menurutnya, PAS menyeru umat Islam melakukan kebaikan
dan mencegah perkara mungkar.
Sehubungan itu, beliau kesal dengan segelintir tokoh
yang dilabel sebagai ulamak kerajaan lebih
mementingkan kedudukan berbanding menyatakan
kebenaran.

Seorang guru agama lepasan Universiti Al Azhar, Ustaz
Abdullah Abdul Razak berkata, persoalan dosa dan
pahala adalah perkara jelas yang tidak perlu
dikelirukan dengan kenyataan berbelit.

Katanya, kenyataan awal yang dikeluarkan Menteri Besar
Kelantan berhubung isu undi parti yang melaksanakan
Islam mendapat pahala adalah perkara 'simple' yang
difahami dengan mudah.

"Isu ini tidak pernah mengelirukan dan jelas difahami
oleh orang Islam yang ikhlas untuk mendaulatkan
agamanya dan bukan berkepentingan kebendaan dan
kedudukan," tambahnya.
 

=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Great stuff seeking new owners in Yahoo! Auctions! 
http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke