*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Walaupun jumlah undi yang BN dapat dalam pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan
baru-baru ini telah bertambah tetapi jumlahnya masih tidak menyamai jumlah undi
yang mereka dapat pada tahun sebelum 1999. Nampaknya sekarang pilihanraya yang
selesa yang telah dinikmati oleh BN seperti pada tahun-tahun sebelum 1999 tidak
akan berulang lagi pada masa hadapan ini.

Sekarang ini setiap kali pilihanraya yang diadakan tidak kira samada pilihanraya
umum atau pilihanraya kecil sentiasa mencemaskan BN. Perbelanjaan yang begitu
besar terpaksa digembelingkan untuk memastikan kemenangan di pihak mereka.

Dari pemerhatian kita di beberapa pilihanraya kecil yang lalu,
penyokong-penyokong dari kedua-dua parti yang bertanding sungguh bersemangat
sekali sehingga kadang-kadang menjadi sukar untuk dikawal. Sering juga kita
dengar pergaduhan berlaku antara penyokong-penyokong parti yang bertanding.

Mungkin di masa yang lalu parti pembangkang begitu lemah, mereka tidak mempunyai
ramai penyokong oleh itu keadaan yang tegang semasa berkempen tidak pernah
berlaku seperti sekarang ini. Walaupun waktu yang dibenarkan kempen telah
dipendekkan menjadi sepuluh hari sebelum hari mengundi tetapi dalam masa 10 hari
itu boleh menyebabkan banyak perkara yang tidak diingini boleh berlaku.

Apabila penyokong-penyokong parti ini berhimpun di tempat yang sama sukar untuk
mereka mengawal diri mereka. Sedikit kesilapan dan salah faham akan mudah
mencetuskan pergaduhan dan keganasan. Tambah bahaya lagi negara kita mempunyai
rakyat yang berbilang kaum, dan parti politik negara kita juga kebanyakannya
diwajahkan oleh kaum-kaum yang ada. Kita bimbang keadaan seperti ini akan
diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk menyemarakkan api
perkauman. Bila berlaku keganasan perkauman tentulah mala petaka yang lebih
besar akan menimpa negara kita.

Untuk mengelakkan kemungkinan keadaan yang buruk ini berlaku kepada negara kita
yang aman damai ini, ada baiknya kempen pilihanraya dan merayu undi secara
terbuka hendaklah diharamkan sama sekali.  Walaupun tindakan ini nampak
keterlaluan dan seperti menyekat kebebasan bersuara yang merupakan sebahagian
dari amalan demokrasi itu tetapi ini perlu kita lakukan demi kesejahteraan
negara kita yang jauh lebih penting lagi.

Bagaimanapun bagi memenuhi kehendak amalan demokrasi yang membenarkan
calon-calon atau parti politik yang bertanding menghebahkan manifesto dan
berkempen sebelum bertanding maka mereka perlu diberi peluang seluas-luasnya
menggunakan media samada media cetak atau media elektronik, yang dipunyai oleh
kerajaan atau sawasta untuk menyampaikan manifesto mereka.

Dunia telah berubah, di masa dulu kita tidak ada cara lain untuk berkempen
selain bertemu  dengan orang ramai secara terus. Di zaman canggih ini kita boleh
menggunakan akhbar, radio, TV malah internet untuk berhubung dengan orang ramai.
Cara ini lebih selamat, tidak ada perhimpunan ramai, pergaduhan dan keganasan
tidak mungkin boleh berlaku.

Tetapi sebagai gantinya pihak kerajaan mestilah mengadakan ruang yang luas untuk
parti-parti yang bertanding untuk menggunakan saluran  media kerajaan dan
sawasta bagi berkempen. Penggunaan media perdana untuk berkempen tidak patut
dihadkan kepada parti yang memerintah sahaja.Kita percaya bagaimana keras dan
kasarnya kempen yang dilakukan melalui media-media dia tidak akan memberi kesan
secara langsung kepada pergaduhan dan keganasan
Wallahualam.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: alias mohd yusof <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke