*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
P/raya kecil: Giliran kerusi dewan negeri Ketari (BN-Gerakan) selepas Indera 
Kayangan?

BENTONG, Selasa 5 Feb - Selepas Barisan Nasional memenangi kerusi dewan 
undangan negeri Indera Kayangan di Perlis dengan majoriti yang lebih besar, 
kini kerusi Ketari yang disandang BN-Gerakan disebut-sebut akan dikosongkan 
pula berikutan keuzuran Datuk Loke Koon Kam kerana barah.
Parti Keadilan negeri Pahang siang-siang telah menyatakan minatnya untuk 
bertanding di kawasan itu sekiranya dan apabila pilihanraya kecil 
dilangsungkan nanti.

Dalam satu kenyataannya, ketua penerangan Keadilan Pahang Mohd Jefri B 
Rashid mendakwa bahawa jentera BN sudah lama bergerak di kawasan yang 
majoritinya pengundi Cina itu sejak bulan lalu.

“Ada tanda-tanda yang menunjukkan satu pilihanraya kecil akan diadakan di 
Ketari tidak lama lagi. Kami sudah membuat keputusan untuk bertanding di 
kawasan ini apabila tiba masanya,”jelas Jefri.

Loke dari parti Gerakan telah menyandang kerusi itu selama tiga penggal dan 
pada pilihanraya umum 1999 beliau mengalahkan calon DAP Choong Siew Onn 
dengan majoriti yang nipis iaitu 231 undi, dengan memperolehi 5,874.

Ketari mempunyai 16,434 orang pengundi yang terletak di Bentong dan meliputi 
kawasan pelancongan Genting Highlands.

Menurut pegawai Gerakan, Loke diserang penyakit barah dagu sejak awal 2001. 
Beliau telah dinasihatkan parti supaya mengundurkan diri daripada jawatan 
Pengerusi parti negeri Pahang.

Sementara itu setiausaha agung DAP Kerk Kim Hock menegaskan bahawa partinya 
sudah pasti akan bertanding di kawasan itu kerana calonnya mencapai sokongan 
yang “boleh tahan”.


_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "dr swasta" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke