*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum ya Datuk Dr. Abdul Malek semoga Datuk dan keluarga sihat,
Datuk kata; "...guru agama terbabit dikatakan mengarahkan pelajar menutup televisyen ketika siaran berita dan mendakwa dua pemimpin tertinggi negara sebagai orang jahat." Datuk, Datuk, memanglah Datuk nampak benar belaka apa yang TV tu buat sebab Datuk memang dok belah sana. Tapi dia orang tak nak bersubahat dengan segala penghinaan dan pembohongan yang TV buat didalam penghinaan berterusan kepada Islam. MasyaAllah datuk, tak nampak kah datuk akan putar belit TV tu demi semata2 hendak membodek pemimpin yang sememangnya jahat - sila lihat quotes dibawah dan cuba datuk cakap terus terang, Allah sebagai saksi, jahat ke tidak pemimpin serupa tu. Jangan berbohong datuk, Allah tau. Ingatlah datuk, kita semua akan mati. Kalau tidak datuk mati dulu, kami mati dulu. Dan pasti ditanya apa yang kita buat sebagai khalifah dibumi Allah ini. Datuk pun selalu buka Quran kan. Cuba tunjukkan dimana ada ayat yang kata, Malaysia dikecualikan dari menjalankan hukum hudud, riba ok, arak ok, judi ok, dsbnya. Datuk mungkin ada pangkat dan kedudukan didunia. Tapi semua tu akan ditinggalkan. Yang akan dibawa ialah amal2 Datuk yang banyak tu, termasuk usaha datuk menekan guru2 dan pelajar2 yang ingin kembali kepada Islam seperti yang termaktub dalam Al-Quran dan Hadith. Datuk nak sekat ke datuk? Ingat Allah ya datuk. Datuk tak takut kah dengan amaran Allah supaya jangan condong kepada orang2 Zalim? Ya Allah Ya Tuhan kami, kau peliharalah hamba2 mu yang berjuang untuk mendaulatkan Agama mu dibumi ini, termasuklah guru2 dan pelajar yang mana Datuk ini nak suruh ambil tindakan. Dan kau binasakanlah mereka2 yang menjadi musuhmu. Aamiinnn Ya Rabbalalamin. Untuk Datuk disini ada disertakan contoh kata2 pemimpin kesayangan Datuk: Hukum rejam kepada penzina adalah primitif - (Kenyataan Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim) Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan - (Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan) Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja. - (Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti. (Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor) Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama. - (Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah). Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud. - (Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno) Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam - (Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. - (Ucapan Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu. - (Kenyataan Najib Razak pada 20 April 1992 kepada para wartawan) Ini pula kita dengar Nik Aziz berkata bahawa perkataan Islam dalam PAS itu menolong mengingatkan kita kepada Allah. Sebelum Nik Aziz masuk PAS, dia tidak ingatkan langsung kepada Allah SWT. Saya dilahirkan jauh sebelum PAS ditubuhkan pada 1952. Saya dilahirkan pada tahun 1925 dan saya sudah tahu (bukanlah pada tahun pertama lahir) tapi apabila faham sikit, sudah tahu nama Allah. Saya faham saya adalah orang Islam. Tak payah ada parti PAS pun. Nik Aziz. Ini Nik Aziz kononnya Tok Guru. Tak boleh guna nama lain, kena panggil Tok Guru...Tok Guru apa? Sanggup mendakwa bahawa kerana ada PAS lah, maka kita ingat kepada Allah. Biarkan orang kata saya jaguh lompat. Mereka boleh panggil saya Raja Katak supaya stress mereka hilang. Tetapi saya merayu agar mereka jangan lagi menyerang Perdana Menteri, Dato Seri Dr Mahathir. Beliau sudah terlalu banyak berbakti kepada negara ini dan tidak pernah melakukan sebarang dosa. - Ibrahim Ali. PAS tidak lagi relevan jika UMNO telahpun menegakkan hukum2 Allah. - T.G. Nik Aziz ----------------- Empat sekolah agama di Perak hasut murid Oleh Rasid Rahaman IPOH, Rabu: Empat sekolah agama di Perak dikenal pasti menghasut muridnya membenci pemimpin kerajaan serta melarang pelajar mengikuti berita yang disiarkan televisyen. Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Pendidikan negeri, Datuk Dr Abdul Malek Hanafiah, berkata dua sekolah itu di Taiping dan masing-masing satu di Bagan Serai dan Kampar. “Siasatan masih dijalankan dan setakat ini kita belum bercadang memanggil pengetua atau guru besar sekolah itu untuk memberi keterangan kerana kita masih mengumpul bukti,” katanya. Beliau berkata, guru agama terbabit dikatakan mengarahkan pelajar menutup televisyen ketika siaran berita dan mendakwa dua pemimpin tertinggi negara sebagai orang jahat. “Apa yang dikesalkan kebanyakan sekolah agama terbabit mendapat bantuan kerajaan manakala elaun guru juga dibayar kerajaan, tetapi masih menjalankan kegiatan antikerajaan,” katanya kepada Berita Harian di sini, hari ini. Beliau juga mengesahkan polis sedang menyiasat beberapa guru sekolah menengah dan rendah agama di negeri ini yang disyaki terbabit dengan kegiatan Kumpulan Militan Malaysia (KMM). Abdul Malek berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai siasatan itu dan menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan lanjut. “Kita serahkan kepada polis. Kita tidak mahu kejadian di sekolah agama di Johor, berlaku di negeri ini,” katanya. Baru-baru ini, Berita Harian melaporkan 12 tenaga pengajar termasuk mudir Sekolah Tarbiyah Islamiyah Luqmanul Hakiem di Sungai Tiram, Johor, ditahan untuk siasatan berkaitan kegiatan KMM. Pihak berkuasa turut menutup sekolah itu yang hingga tahun lalu mempunyai 155 pelajar tahun satu hingga enam dengan semuanya tinggal di asrama. Laporan itu turut memetik sumber polis sebagai berkata, 12 orang itu ditahan berikutan aduan Jabatan Pendidikan Johor mengenai kegiatan yang mencurigakan di sekolah berkenaan. Berikutan itu, Jabatan Pendidikan Johor juga menolak permohonan pengurusan sekolah agama berkenaan untuk didaftarkan dan memulakan sesi persekolahannya awal tahun ini. Dalam perkembangan berkaitan, Dr Abdul Malek juga mengesahkan dua guru agama, iaitu seorang dari sebuah sekolah menengah agama di Ipoh dan seorang lagi dari Sri Manjung, ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (KDN) kerana terbabit dalam kegiatan KMM. Dr Abdul Malek berkata, walaupun kumpulan ekstrimis yang bergerak di negeri ini kecil, kegiatan itu perlu dibendung segera. “Kita tidak mahu mereka mempengaruhi murid dengan memainkan sentimen keagamaan dan perkauman sekali gus mencetuskan suasana tegang di negara ini,” katanya. -- _______________________________________________ Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com http://www.mail.com/?sr=signup Win a ski trip! http://www.nowcode.com/register.asp?affiliate=1net2phone3a ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>