*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://www.muslimtents.com/sistersinislam/resources/lpoli2002.htm

Dalam perdebatan yang berbangkit mengenai cadangan untuk membenarkan semula 
poligami di kalangan orang bukan Islam, tidaklah menghairankan bahawa 
kebanyakan kumpulan wanita, dan juga orang lelaki yang berfikiran progresif, 
telah membantah dan mengecam cadangan tersebut

Adalah diakui bahawa poligami pernah dibenarkan bagi lelaki bukan Islam di 
Malaysia sebelum penguatkuasaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan 
dan Perceraian) 1976 pada tahun 1982. Sebelum penguatkuasaan tersebut, 
poligami tanpa had dan tanpa syarat pernah diiktiraf di bawah undang-undang 
adat masing-masing. Akta Membaharui Undang-Undang adalah hasil daripada 
perjuangan berbagai kumpulan wanita di negara ini bagi menamatkan penindasan 
dan ketakadilan yang dialami oleh kaum wanita di bawah amalan-amalan adat 
yang tidak adil dan sudah ketinggalan zaman. Kumpulan-kumpulan wanita yang 
merangkumi kaum wanita dari berbagai bangsa dan agama, termasuk juga wanita 
Islam, telah berganding bahu dan bekerjasama dalam perjuangan menentang 
penyalahgunaan poligami dan diskriminasi terhadap wanita. Tekanan daripada 
berbagai kumpulan wanita telah membawa kepada larangan berpoligami bagi 
bukan Islam, dan beberapa pecubaan (tidak begitu berkesan) yang bertujuan 
untuk mengawal poligami di kalangan orang Islam. Malangnya, apa-apa langkan 
berkesan untuk menentang penyalahgunaan poligami di kalangan orang Islam 
sering dikecam sebagai kononnya "menentang agama Islam". Ini berpunca kepada 
sikap salah faham yang menganggap seolah-olah poligami itu suatu hak lelaki 
yang begitu disanjung dan dijamin oleh Islam..

Sisters in Islam (SIS) ingin menegaskan bahawa Islam bukanlah mewujudkan 
atau menggalakkan polygami. Poligami tanpa had pernah menjadi amalan sedia 
ada di zaman sebelum al-Qur'an diwahyukan. Ayat-ayat al-Qur'an berhubung 
dengan poligami dengan jelas bersifat menyekat dan bukannya menggalakkan. 
Sejak abad ke sembilan belas, beberapa tokoh terkemuka ulama' Islam, 
misalnya Sheikh Muhammad Abduh, Mufti Besar di Mesir sehingga kematiannya 
pada tahun 1905, telah menjelaskan bahawa poligami hanyalah dibenarkan 
secara keberatan oleh ajaran Islam kerana keadaan yang sedia wujud pada 
zaman penurunan wahyu al-Quran. Begitu juga, perhambaan dibenarkan secara 
keberatan oleh ajaran Islam, dengan garispanduan yang menghala ke arah 
penghapusannya pada masa hadapan, melalui perintah supaya layanan baik 
diberi kepada hamba, dan menggalakkan pembebasan hamba abdi. Garispanduan 
dalam al-Qur'an mengenai poligami disarankan melalui pada mulanya, 
menghadkan bilangan maksimum kepada empat isteri, kemudiannya dengan 
memerintahkan layanan yang adil dan saksama, dan kemudiannya pula dengan 
menyatakan akan mustahilnya diberi layanan yang adil dan saksama itu..

Suatu hujah yang digunakan bagi menyokong membenarkan semula poligami di 
kalangan orang bukan Islam ialah bahawa ia akan membantu mengurangkan 
masalah social seperti hubungan luar nikah, pelacuran dan kelahiran anak tak 
sah taraf. Tetapi, walaupun poligami dibenarkan, terdapat juga banyak 
masalah sosial sedemikian di kalangan masyarakat Melayu.. Malah, dalam 
sesetengah kes, amalan poligami mungkin telah menambah lagi masalah social 
di kalangan para remaja iaitu mereka yang dibesarkan dalam keluarga yang 
terbiar kerana bapa berpoligami. Oleh yang demikian, persoalan yang wajar 
dipertimbangkan dalam masyarakat kita pada hari ini bukanlah sama ada 
poligami patut dibenarkan semula bagi bukan Islam, tetapi sama ada poligami 
patut terus dibenarkan di bawah undang-unang keluarga Islam, apabila 
difikirkan secara mendalam akan tujuan sebenar ayat al-Qur'an mengenai 
poligami: "jika takut tidak dapat berlaku adil (terhadap isteri-isteri), 
maka kahwinilah seorang sahaja". Sebenarnya, Kitab Suci al-Qur'an adalah 
satu-satunya kitab suci yang mengandungi rangkaikata "kahwinilah seorang 
sahaja". Malah, masyarakat orang Islamlah yang sepatutnya telah memimpin 
masyarakat lain dalam perjuangan menentang poligami dan penyalahgunaannya.

Moderator,
http://mazuki2.tripod.com/


_________________________________________________________________
MSN Photos is the easiest way to share and print your photos: 
http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mazuki Izani El-Besuty" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke