OPERASI HAPUS DI MALAYSIA

(NEW FACTS CONCERNING HAPUS OPERATION IN MALAYSIA)

 

Assalamu 'alaikum,

Saya mengirimkan satu liputan khas mengenai Memali. Ia bersangkutan dengan

tragedi Baling dengan harapan anda akan menerbitkannya dan menyibarkannya

seluas mungkin. Disebabkan masalah keselamatan saya lebih selesa kekal

tanpa

nama.

 

BALING, ialah sebuah daerah di Kedah yang terletak di utara Malaysia.

Daerah

ini pernah mengalami pelbagai pengalaman tragedi yang dicetuskan oleh Parti

Komunis Malaya yang diharamkan itu, walaupun ia menerima sokongan kerajaan

Cina yang berpusat di Peking. Apakah satu keanihan, tragedi yang terjadi

pada 19hb November, 1985 di Baling itu berlaku ketika Perdana Menteri

Malaysia, Dr. Mahathir Mohammad sedang melakukan satu kunjungan rasmi di

China?

Tragedi ini telah mengorbankan empat belas nyawa orang Islam yang mati

syahid kerana mereka lebih rela memilih jalan syahadah daripada jalan

sekularisme. Orang yang lebih memilih jalan kebenaran daripada akur kepada

kekerasan telah turut terkorban nyawanya. Beliaulah al Syahid Ibrahim

Mahmud. Latar belakang Al-syahid Ibrahim Mahmud berumur 43 tahun ketika itu

dan amat dihormati oleh masyarakat di Kampung Memali, yang termasuk dalam

Mukim Siong, Baling. Beliau memang merupakan seorang yang banyak pengalaman

dan berpendidikan Islam yang cukup tinggi. Beliau lulus daripada Universiti

Al Azhar dan kemudiannya melanjutkan pelajarannya lagi di India dan Libya.

Sebaik pulang ke tanah air, Al Syahid Ibrahim telah berkhidmat sebagai

pegawai pendakwa di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri.

 

Ketika itulah beliau kerap memberikan ceramah agama Islam di Televisyen

Malaysia. Ibrahim merasa terganggu dengan sistem pemerintahan negara,

lantas

berhenti kerja untuk memulakan kelas agama di kampungnya di Memali. Ini

diikuti oleh pembukaan sebuah sekolah agama di kampung itu untuk memberikan

khidmat yang lebih luas kepada masyarakat Islam. Kerana kesedaran akan

adanya konspirasi yang dicetuskan oleh golongan neo-kolonis terhadap ajaran

Islam yang benar, Ibrahim Mahmud mengambil langkah untuk menganggotai PAS.

Ibrahim telah menyumbangkan khidmatnya kepada parti politik itu dan

memperkenalkan pendekatan universal yang memberikan ruang yang luas kepada

parti yang berfahaman sempit menjadi satu pergerakan Islam yang mampu

menyatupadukan masyarakat Islam yang sanggup hidup dan mati kerana Islam.

Ibrahim telah menyemarakkan semangat jihad dan kepentingan kepimpinan

golongan ulama sebagai pra syarat kepada kecemerlangan Islam, kebebasan dan

perpaduan. Dia amat yakin bahawa Islam akan menjadi lebih bermakna dalam

sebuah negara Republik Islam.

Pada 1978, Ibrahim telah bertanding atas tiket PAS di kawasan Bayu-Baling.

Beliau berjaya meraih 5,081 undi berbanding 6,169 undi yang diraih oleh

calon Barisan Nasional. Pada pemilu 1982, Ibrahim tewas kepada calon BN

dengan hanya 100 undi. Ibrahim merupakan seorang ayah yang penyayang dan

menghormati golongan wanita. Hidupnya sungguh bersahaja. Memang jelas,

beliau adalah lambang seorang insan yang bersih kehidupannya di kalangan

satu masyarakat tani yang termiskin di Malaysia.

Ibrahim pernah ditawarkan beberapa jawatan penting dalam sebuah parti

politik yang bukan Islam seandainya dia sanggup mengenepikan golongan

miskin

dan melata. Menepati nawaitu hidupnya, beliau telah menolak semua itu yang

dianggapnya sebagai syurga dunia kerana dia lebih senang merapati golongan

yang mendekati Allah. Kerana itu dia kerap didatangi ancaman hidup beberapa

kali yang mahu memerangkapnya dan membunuhnya. Semua itu dipinggirkannya

sahaja sebagai sesuatu yang tidak penting. Selepas pemilu 1982, satu arahan

untuk menahan Ibrahim di bawah akta ISA yang menjijikkan itu telah

dikeluarkan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negara. Kesannya telah mengejutkan

pihak yang berkuasa. Ribuan penyokong Ibrahim telah menjadikan surat arahan

penangkapan itu sebagai secebis kertas yang tidak bermakna apa-apa.

Rancangan untuk menangkapnya telah berakhir dengan kematainnya yang

diiktiraf sebagai mati syahid bersama 13 orang sahabat dan pengikutnya.

Mereka telah mati di tangan segerombolan penembak upahan yang tergolong ke

dalam golongan yang suka berpoya-poya.

 

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Berikut adalah catatan terperinci mengenai perkembangan di Kampung Memali,

Mukim Siong, Baling yang berkesudahan dengan terkorbannya 13 nyawa bersama

Al Syahid Ibrahim Mahmud. Catatan yang dipaparkan di sini merupakan rakaman

komputer daripada Signals Division pasukan PDRM yang mengikuti perjalanan

tragedi Baling itu untuk maklumat perdana menteri. Di sini dicatitkan juga

fakta mereka yang tercedera dan mereka yang berjaya melepaskan diri

daripada

kepungan pihak polis.

RAHSIA

001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan

Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian

termasuk

FRU (Penang), Pasukan Senoi Perak, Anggota Polis beruniform, Commando 69,

sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kumpulan ini diletakkan di bawah

arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh

beberapa pegawai daripada Bukit Aman Kedah, Perlis, dan Penang.

 

002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada

Bukit

Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan

menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan

dengan

sempadan Thailand.

003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi

Sungai

Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan

Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu

yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni 'kem

komunis'

itu seberanya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa

juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai

yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada

Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para

pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di

kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan

satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.

 

004: Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong

Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya

menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam

Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah

diberikan

laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa

Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak

yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikkan taraf hidup

masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati

oleh

para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah

memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.

Nota Khas: Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah

mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama

"Operasi Hapus" oleh Musa Hitam.

 

005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah

padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan

minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga

segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.

006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej

melalui wireless. Mesej yang diterima mengatakan betapa 10 orang komando

polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan

laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang

menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai

sasaran serangan polis itu.

 

007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan

pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta

perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya

ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah

kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam

23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka

sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.

008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah

menerima arahan terakhir mengenai 'Operasi Hapus' itu. Ketika itu berlaku

sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka

mahukan

operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak

Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung

itu

mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani

itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau

telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga

OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin

membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang

berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka

ini

muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong

pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud.

 

Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada

kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di

hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu

yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang

mengikuti perkembangan dengan berada di Ibupejabat Polis Penang. Beliau

sedang mengikuti perkembangan 'Operasi Hapus' itu. Tidak berapa lama

kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yang

seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma

mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia

bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.

 

Catatan di Kampung Memali: Seorang pemandu motorsikal dilihat berhenti di

hadapan pintu-gerbang rumah yang dihuni oleh Ibrahim Mahmud. Seorang muda

dilihat berlari ke arah pintu rumah itu meminta kebenaran untuk masuk. Dia

telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan

polis yang ramai di Baling setibanya di pekan itu. Ibrahim Mahmud telah

dikejutkan dari tidurnya. Begitu juga halnya dengan 39 orang lain yang

telah

berjaga malam di Madrasah itu sebelumnya. Mereka dikerah bersiap sedia

untuk

mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan segala alat yang ada di rumah

kampung seperti kapak, pisau, buluh runcing dan sebagainya. Yang lebih

berani telah membuat bom molotov pula. Dengan lain perkataan, setiap insan

di situ ada alat senjata yang boleh dipergunakannya.

 

Dalam kumpulan yang bertahan itu ada empat kanak-kanak dan lima kaum

wanita.

Ibrahim telah mengajak para pengikutnya untuk berwuduk daripada sebuah

telaga yang berhampiran. Mereka telah melaksanakan solat sunat dan juga

solat hajat. Mereka membaca Surah Yasin dan berzikir. Ibrahim Mahmud

kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih rela bersyahadah daripada

menyerahkan dirinya untuk dijadikan alat mereka yang mahu menaikkan

semangat

nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yang curiga dengan hasratnya

itu

meninggalkan kumpulan mereka. Tidak ada sesiapa yang mahu berganjak

daripada

tempat duduknya. Laungan Allahuakbar mula bergema, bertalu-talu dan memecah

keheningan Kampung Memali. Yang hadir lebih memilih jalan 'syahid' daripada

terus hidup mengabdikan diri ke jalan yang hina. Di waktu yang sama di

Stesen Polis Daerah baling, segala persiapan untuk menyerang kampung Memali

semakin dipercepatkan. Semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polis

yang telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.

009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama

pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata

automatik

dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika

itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak

dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya

yang bertahan di Ibupejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang

tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan mereka akan menyerang

sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh

Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada

Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.

 

010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh

pihak

polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan

Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak

Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis

Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga

merupakan sekolah agamanya.

011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah

Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan

Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni

rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun

pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara.

Mereka

bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.

 

012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang

termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara .

Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga

Komando

69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketiak bertanam

padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan.

Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin

itu

telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi,

mereka tersalah sasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan

mereka itu membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan.

Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan

Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun

turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh

satu

pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan sendiri.

Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung

masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah

meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil

iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang

songsang. Permintaan mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah.

BABAK DUA

013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud.

Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor

Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud

mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu

itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya

mula menyerang. Beliau telah ditentang oleh pegawai yang beragama Islam.

 

014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan

lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki

perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis

Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan

sambil menggenggam tangan mereka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan

perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan

pasukannya untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya

diarahkan

bertahan sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk

menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan

hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan

melindungi rahsia kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu

telah

terdedah sama sekali.

Nota Khas: Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam

telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah

mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?

 

015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal

ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua

kereta perisai mula menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang

oleh bajingan bom molotov.

Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru

senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat

orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke

diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan diri. Mereka telah dikepung dan

ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi

oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak

polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.

016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.

 

017: Jam 1136 (19/11/85) pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan

senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan

orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang

keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus

menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya

Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam

perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera

teruk sahaja. Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahim.Beliau

telah melawat mereka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya.

Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju

berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas

sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang pegawai polis

berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya.

Ibrahim

kedengaran bersuara: "Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati

syahid."

018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap

telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah

dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah

mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi sambil berkata; "Pergi

jahanam dengan Islam".

 

019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan

kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur.

Musa Hitam mengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan

agar

rahsia operasi itu tidak terdedah.

020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung

dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang

cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati

syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star,

termasuklah Ibrahim Mahmud.

 

021: Jam 1510 (19/11/85) Sekitar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata

automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan

di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengawasi tempat

itu dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang

ramai

itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari

betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang

bertugas

di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: Hari

ini hari kau.....Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan

timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang

setara. "

BABAK KETIGA

Setiap insan yang waras di kalangan marhaen di negara ini tentu dapat

membuat penilaian akan lapuran mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau

bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam.

Namun,

akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang

bertulis: Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran. Di

akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13

rakannya

sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat. Beliau telah menyanggah

kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah yang berkata:

"Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama. Lagipun dalam satu

pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita

bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak

bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh

Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah,

termasuk keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh

membuat kesimpulan betapa 'Operasi Hapus' adalah satu tipu muslihat untuk

menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu

menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi

Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang.

DILEMMA UMNO

Di manakah prioriti UMNO selepas episod Memali? Kalau UMNO memperakukan

ianya sebuah parti Islam, episod Memali membawa erti bahawa para

pemimpinnya

telah memperlekehkan Allah. Bukankah mereka yang telah merencana pembunuhan

di Memali itu sehingga tergolongnya beberapa insan sebagai mati syahid?

Kalau para pemimpin UMNO memperakui bahawa parti itu condong ke arah

nasionalistik, ia bererti bahawa para pemimpin itu sudah menderhaka kepada

bangsanya kerana terbunuhnya orang Melayu. Bukankah itu kaum yang mahu

dilindungi oleh UMNO? Tindakan yang dilakukan oleh segelintir pemimpin UMNO

ini akan mencetuskan peperangan saudara di kalangan orang Melayu. Cara

nyawa

diperlekehkan telah membuatkan ramai ahli UMNO yang kecewa dengan

kepimpinan

Timbalan Presiden Parti, Musa Hitam. Beliau memang semacam giankan

kesamsengan dan kini menerima padahnya. Rakan sejawatnya dalam kerajaan

Idonesia bernama General Benny Murdani pernah berkelakuan serupa dan

dibenci

oleh rakyatnya. Kini Musa menerima jolokan sebagai 'haiwan politik' dan

juga

'penghapus orang Islam'. Murdani adalah seorang agen Zionis, kerana dia

bukan beragama Islam. Tetapi kenapakah Musa Hitam mengikuti gelagat

Murdani?

 

Tindakan yang dilakukan oleh UMNO menunjukkan parti itu bukan lagi memberi

kepentingan terhadap keluhuran Islam dan juga orang melayu. Ironisnya Islam

dan Bangsa Melayu menjadi alat UMNO untuk terus mempertahankan kuasanya.

Kumpulan ultra Cina dan India sedang bersepakat secara senyap di kalangan

mereka. Mereka berjaya memperalatkan individu Melayu yang ternama sebagai

juara tempelan mereka. Untuk menyelesaikan keadaan yang semakin menjadi

satu

masalah besar ini, Dr. Mahathir perlu menulis lagi mengenai dilemma UMNO.

Kesan tragedi Memali telah membuatkan Kampung Memali bertukar rupa daripada

sebuah kampung yang aktif menjadi sebuah kampung yang dihantui seribu

kenangan pahit. Ramai penduduk asal kampung itu telah melarikan diri kerana

takutkan ancaman polis.

Seramai 159 penduduk kampung pernah ditahan oleh polis .Dosa mereka

terletak

kepada keyakinan diri mahukan ajaran Islam yang direstui Allah. Mereka ini

termasuk beberapa anak-anak kecil dan warga tua sedang ditahan dalam tiga

buah bilik kecil di sebuah kem tahanan. Kaum wanita dibiarkan berkumpul

dengan kaum lelaki. Tidak ada kemudahan bersolat. Mereka kerap didera dan

diaibkan. Anak-anak kecil dilihat menangis mencari ibu-ibu yang sengaja

dipisahkan dari mereka. Setiap tahanan diberikan makanan berupa satu

mangkuk

kanji setiap hari. Sesiapa yang cedera parah dihantar ke hospital Sungai

Petani ataupun Alor Star. Mereka hanya diberikan layanan pesakit luar, satu

penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan tidak diperbaiki ada di kalangan

mereka yang akan mati syahid pula.

 

Tiga belas daripada yang mati syahid termasuk Ibrahim Mahmud telah

disemadikan di satu kubur panjang di Parit Panjang, Baling. Mereka

disemadikan dengan pakaian mereka yang berlumuran darah itu. Seorang mangsa

lagi telah disemadikan di Alor Star di atas permintaan ibunya. Kes ini kini

dianggap sudah tamat oleh Musa Hitam dan juga pengarah Operasi Hapus itu.

Kumpulan ultra yang bukan beragama Islam memang menantikan berlakunya

peperangan saudara hasil episod Memali ini. Kini, orang Melayu sudah sedar

betapa berbahayanya semangat nasionalisme dan kuasa yang didorong oleh

semangat semacam itu.

Kepada golongan yang mati syahid, episod yang berlaku adalah merupakan

kemuncak kehidupan mereka. Mereka sudah pulang kepada pencipta-Nya dan di

waktu yang sama mereka telah membawa satu arus kesedaran kepada orang

melayu

di negara ini.

 

Mereka telah menyedarkan betapa orang Melayu harus berganding bahu dengan

saudara Islam di seluruh dunia. Dengan cara itu barulah kita faham apa

ertinya menjadi seorang muslim.

Dengan arahan yang dibuat oleh Musa Hitam, ramai orang yang tidak berdosa

telah ditangkap dan ditahan. Mereka dikumpulkan di satu tempat yang tidak

selesa dan menjijikkan. Hingga hari ini jumlah merka yang ditahan dan nama

yang telah ditahan secara tersilat tidak pun diterbitkan. Mereka yang

ditahan itu tidak pernah dibawa ke hadapan mahkamah untuk didakwa.

Kenapakah kerajaan tidak melakukan tindakan yang serupa seperti kes BMF?

Apakah Episod Penghapusan Memali itu dilaksanakan sebagai melencongkan

perhatian rakyat terhadap rompakan di siang hari yang paling terbesar dalam

sejarah negara ini? Berbilion dana kepunyaan rakyat telah lesap dan seorang

insan yang jujur telah dibunuh.

 

Namun, pihak kerajaan masih mahu berahsia dalam hal BMF itu dan perkara itu

masih belum mampu diselesaikan. Sebaliknya pula, apabila seorang ulama cuba

memberikan khidmatnya kepada rakyat jelata, dan membantu mereka menaikan

taraf hidupnya, beliau telah dikepung dan ditahan untuk dibunuh dengan

kejam. Di manakah letaknya erti kehakiman, keadilan dan kebenaran itu?

Mereka yang bertanggungjawab dalam Episod Memali harus ditangkap dan dibawa

ke mahkamah. Darah orang Melayu tidak sepatutnya dibiarkan mengalir di atas

bumi orang Melayu dengan alasan songsang betapa Islam menyokong

nasionalisme. PAS dan juga seluruh organisasi Islam telah mendesak agar

ditubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk membongkar kisah Tragedi Memali

itu.

Satu Kertas Putih perlu dikeluarkan dan untuk sementara waktu sebarang

usaha

untuk mengadakan pemilu harus ditangguhkan.

 

Kata-kata Kenangan Kepada Yang Syahid:

"Janganlah kamu mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu mati;

bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."

27 hb November, 1985

14 hb Rabi-ul-awal 1406.

 



Do You Yahoo!?
Send FREE Valentine eCards with Yahoo! Greetings!

Reply via email to