*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KUALA LUMPUR, 8 Feb -  Pengerusi Suhakam, Tan Sri Musa Hitam berkata beliau 
juga mungkin akan dituduh melakukan seks sumbang seperti meliwat sekiranya 
memilih menentang Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mahathir ketika dalam 
kabinet dahulu.


Musa yang juga Bekas Timbalan Perdana Menteri pertama era Mahathir berkata 
demikian dalam temu ramah untuk tesis Phd seorang pelajar The Australian 
National University, Australia.
Tesis tersebut bertajuk ‘Changing Conflict Configuration and Regime 
Maintainance in Malaysian Politic: From Consosiational Bargaining to 
Mahathir’s Dominance’ dihasilkan oleh In Won Hwang, yang berasal dari Korea.

"Jika saya enggan berhenti dan memilih menentang Mahathir, beliau mungkin 
akan mengadakan sepuluh orang lelaki dan menyatakan saya mempunyai hubungan 
seks dengan mereka," kata Musa.

Musa menambah bahawa tuduhan-tuduhan yang dikenakan terhadap Dato’ Seri 
Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi.

"Tidak syak lagi, Mahathir dan kemnya mengadakan konspirasi untuk 
menjatuhkan Anwar," ujar beliau dalam temu ramah yang diadakan pada bulan 
Ogos 1999 itu.

Musa yang juga merupakan bekas timbalan Mahathir, meletak jawatan pada tahun 
1986 dipercayai atas tekanan politik. Ini adalah kenyataan pertama dari Musa 
itu mengenai kes Anwar.

Kes Anwar menjadi perdebatan umum apabila beliau dipecat dan kemudian 
dipenjarakan sejak tiga tahun lalu. Anwar sentiasa menegaskan secara 
konsisten bahawa beliau adalah mangsa konspirasi politik peringkat 
tertinggi. -ER


_________________________________________________________________
Join the world’s largest e-mail service with MSN Hotmail. 
http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "nor ain" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke