*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     <Picture: Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite> AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!


------------------------------------------------------------------------







Tangkap Semula Badrul Amin: Dollah Badawi Makin Biadap 


http://tranung2.tripod.com/b02/detik208.htm


Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY 




Kebiadaban Menteri Dalam Negeri, Abdullah Ahmad Badawi semakin ketara apabila bekas 
tahanan ISA, Dr Badrul Amin Baharom, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan, disumbat 
semula ke Kemunting, 31 Januari. 

Pemangku Ketua Polis Selangor, Fauzi Saari mengesahkan hal ini, apabila memaklumkan Dr 
Badrul Amin diarah ke Ibu Pejabat Polis Gombak, jam 10.30 pagi hari yang sama. Sejak 
kemudian Badrul dihantar semula ke Kemunting untuk sekali lagi bersama rakan-rakannya 
yang lain, Ezam Mohd Noor, Saari Sungip, Lokman Nor Adam, Hishamudin Rais dan Tian 
Chua. 

Bekas pensyarah UIA ini pertama kali ditahan pada 20 April tahun lalu bersama sepuluh 
aktivis refomasi apabila difitnah terbabit dalam komplot menjatuhkan kerajaan secara 
kekerasan. Selepas dibebaskan pada 3 November lalu, dan dikenakan pelbagai syarat yang 
mengongkong kebebasannya, pada 7 Disember Dr Badrul Amin didakwa melanggar syarat itu 
apabila beliau membaca doa selamat dalam satu majlis parti di Taman Melati. 

Hanya atas alasan sekecil itu, Dr Badrul Amin sekali lagi menjadi mangsa kejam Akta 
Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang nyata selama ini hanya dipergunakan untuk 
menakut-nakutkan pihak pembangkang. 

Dollah Badawi mungkin mahu mengingatkan sesiapa saja yang berhasrat untuk menentang 
pemerintah zalim ini, bahawa kerajaan BN tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan 
apa saja elemen yang cuba menyanggah kepentingan mereka. 

Ini juga memberi ingatan kepada kita semua bahawa, tekanan pemerintah zalim ini 
semakin keras dan perlu ditangani secara lebih strategik. Membiarkan arus politik 
dikuasai sepenuhnya oleh Umno hanya akan menjerumuskan negara tercinta ke lembah 
kebinasaan. 

Soalnya, apakah selepas setahun teman-teman pejuang reformasi dikurung ISA, maka 
semangat penentangan terhadap undang-undang zalim itu sudah kendur? Mungkinkah 
penahanan semula Dr Badrul Amin akan memberikan nafas baru terhadap kempen membantah 
ISA ini, ataupun Dr Badrul dan teman-temannya dalam Kamunting akan sepi dan hilang 
begitu saja? 

Hancur ISA, Hancur Penzalim! 













         <Picture: Ke atas>    <Picture: Balik Menu Utama>    Tarikh artikal 
diterbitkan : 4 Februari 2002 

------------------------------------------------------------------------
Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [EMAIL PROTECTED] 




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Nurul Izzah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke