*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

VALENTINE’S Day atau ‘Hari Kekasih’ sebagaimana yang difahami ialah hari di 
mana dua orang yang berkasih sayang atau sepasang kekasih yang bercinta 
meraikan percintaan dan kasih sayang. Budaya ini disambut setiap tahun pada 
14 Februari.

Tidak dinafikan manusia suka dikasihi dan mengasihi di antara satu sama 
lain. Golongan remaja adalah golongan yang sering kali dikaitkan dengan soal 
percintaan. Cuma lumrahnya mereka mudah terikut-ikut serta taksub dengan 
pengaruh yang dibawa oleh orang-orang barat.

Ruangan Irsyad hukum kali ini akan membicarakan sama ada Valentine’s Day 
munasabah disambut sebagai hari kekasih atau tidak.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian 
yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom 
yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah 
memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan 
dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, 
beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan 
menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping 
membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini 
telah diketahui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh 
pada 14 Februari.

Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang 
mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama 
Kristian dan penganut-penganutnya. Beliau disamakan dengan Jesus yang 
kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di 
antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Dikatakan 
juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak 
salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau 
sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan 
‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan 
hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.

Berdasarkan penerangan di atas, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari 
Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh 
orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan 
bagi orang-orang Kristian.

Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara 
satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang 
lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan 
yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang 
kepada yang dilarang dan maksiat.

Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam 
agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah 
menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya.

Dalam Islam ada tiga kategori kasih; pertama, kasih Pencipta (Allah 
Subhanahu wataala) kepada hamba-Nya; kedua, kasih hamba kepada Pencipta dan 
ketiga, kasih makhluk sesama makhluk.

Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam 
menyatakan mengenai hikmat dan besarnya faedah berkasih sayang.

Allah Subhanahu wataala menjelaskan tentang keagungan nikmat-Nya kepada 
ma-khluk-Nya melalui nikmat kasih sayang; yang tafsirnya:

"Dan (Dialah) yang menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu). 
Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di muka bumi, 
nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan 
tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka." (Surah 
Al-Anfaal: 63).

Dan tafsirnya lagi:

"Lalu Allah menyatukan di antara hati (sehingga kamu bersatu padu dengan 
nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang 
Islam yang bersaudara." (Surah Ali Imran: 103).

Dengan penjelasan ayat di atas bahawa Allah Subhanahu wataala sangat mencela 
dan mengingatkan dengan keras tentang perpecahan sesama makhluk. Allah 
Subhanahu Wataala juga memerintahkan umat Islam supaya sentiasa berpegang 
teguh dengan agama Allah dan dilarang berpecah belah dan bermusuhan.

Kasih sesama makhluk pada sifatnya adalah tidak kekal, ia bergantung kepada 
keadaan, tetapi kasih hamba kepada pencipta-nya dengan iman dan takwa, 
manakala kasih Pencipta kepada hamba berkekalan. Hal in jelas sebagaimana 
firman Allah subhanahu wataala yang tafsirnya

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah 
aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan 
(ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui." (Surah Ali Imran: 
31).

Oleh itu sebaik-baiknya hendaklah setiap orang Islam khasnya golongan remaja 
tidak terikut-ikut dengan budaya ‘Hari Kekasih’ yang dicipta oleh 
orang-orang Kristian, sebaliknya hendaklah menumpukan masa dan waktu kepada 
Allah Subhanahu Wataala dengan melakukan apa jua pekara yang mendatangkan 
manfaat yang matlamat akhirnya menghidupkan cinta kepada Allah Subhanahu 
Wataala. - Sumber : Laman Web Mufti Kerajan Brunei Darussalam

http://mazuki2.tripod.com/hukum_valentine.htm


>From: Siti Eishya Hashim <[EMAIL PROTECTED]>
>To: Mazuki Izani El-Besuty <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED],        
>[EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Selamat Menyambut Hari Velentine kepada ahli Hizbi
>Date: Mon, 11 Feb 2002 19:10:46 -0800 (PST)
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Mengikut sumber yang pernah saya baca, St. Valentine
>adalah seorang mubaligh Christian yang bercinta dengan
>puteri raja yang berugama Islam. Mereka tidak dapat
>bersama kerana perbezaan ugama yang di anuti,
>sehinggalah St. Valentine itu meniggal dunia.
>
>So di "Hari Kekasih" ini kita hargai bersama kekuatan
>cinta puteri raja yang berugama Islam itu...yang tidak
>menukar ugama demi kerana cintanya pada lelaki. Ini
>menunjuk cinta Puteri itu pada Allah dan Islam lebih
>kuat dari cintanya pada St. Valentine. Dan begitulah
>sepatutnya. Di hari in kita sama-sama berdoa semoga
>puteri-puteri bangsa kita memegang cinta yang sama dan
>tidak tergugat dengan Mubaligh2 Christian.
>
>Moga Allah memberi bimbingan dan kekuantan,
>Siti Eishya
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Send FREE Valentine eCards with Yahoo! Greetings!
>http://greetings.yahoo.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Siti Eishya Hashim <[EMAIL PROTECTED]>


_________________________________________________________________
Join the world’s largest e-mail service with MSN Hotmail. 
http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mazuki Izani El-Besuty" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke