*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum...w.b.t...

Kepada yang berkenaan (faham tentang hal-hal tanah dan peguam tanah)

Saya ada beberapa persoalan. Minta kerjasama kepada yang arif...

1) Saya (anak menantunya) ada tanah pusaka yang mencatatkan 2 pecahan.
Pecahan pertama keluarga lain. Pecahan kedua keluarga kami. Dalam pecahan
kedua ini, dibahagiakan kepada 9 bahagian (9 anak). Arwah emak (mertua)
saya merupakan salah satu anak dan mendapat 1/9 bahagian.
2) Baru-baru ini emak saya telah meninggalkan dunia. Al-Fatihah semuga
rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Meninggalkan 6 orang anak
perempuan dan seorang suami.
3) Semasa hayat emak saya, kakaknya (Mak saudara - Kelsom) telah menjual
tanah tersebut kepada emak saya. Tapi tanpa bukti hitam putih. Mak  saudara
(kelsom) masih hidup dan tidak ada masalah untuk menukarkan nama kepada
anak-anak saudara (6 orang anak).
4) Mak saudara (Kelsom) mempunyai dua nama iaitu Kelsom bnti Abu Bakar
ataupun Hitam binti Abu Bakar. Mungkin kerana warna kulitnya agak
kehitaman. I/C dinyatakan Kelsom, manakala geran tanah dinamakan Hitam.
Masalahnya ialah bagaimana mak saudara (kelsom) nak memindahkan tanah
tersebut ke anak-anak saudaranya.
5) Kakaknya yang seorang lagi (aminah) juga telah menjual dalam bentuk
gadai janji / cagaran (berhutang) kepada arwah emak saya 1/9 tanpa hitam
putih. Baru-baru ini, anaknya yang telah lama menghilang dtg semula nak
membayar hutang dan seterusnya mendapatkan semula tanah tersebut.
Masalahnya bagaimanakah nak menyelesaikan masalah ini.
6) Ini bermaksud arwah emak ada 3/9 bahagian.

Persoalan/masalahnya :
1) Bagaimanakah hendaklah memindahmilik kelsom/hitam kepada 6 orang anak
emak.
2) Bagaimanakah hendak memindahmilik aminah kepada 6 orang anak emak
3) Bagaimanakah hendak memindahmilik emak punya kepada 6 orang
anak-anaknya.
4) Bagaimanakah hendakah memindahmilik 3/9 bahagian kepada 6 orang anak
emak.

Harap dapat jawapan yang yang pakar...

TQ
Wassalam



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke