*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ > KUALA TERENGGANU, 14 Feb. (Hrkh) - Timbalan Presiden > PAS, Dato' Seri Tuan > Guru Abdul Hadi Awang berkata, sepatutnya pihak > kerajaan membenarkan ceramah > politik dan mereka boleh merakamkan ceramah-ceramah > yang diadakan itu. > > Ini, katanya pernah dilakukan di masa darurat pada > masa Tengku Abdul Rahman > Putra menjadi Perdana Menteri. > Menurutnya, pada masa itu walaupun keadaan darurat > akibat pemberontakan oleh > komunis dan berlaku huru hara tetapi Tengku > membenarkan rapat umum dan > diberikan permit. > > "Kemudian polis merakamkan ucapan-ucapan di majlis > itu dan dikaji dari segi > undang-undang. Sekarang negara kita sudah tidak ada > komunis, dikatakan aman, > tiba-tiba diharamkan ceramah," ujarnya. > > Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, > apa yang dilakukan oleh > kerajaan pada hari ini adalah satu tindakan untuk > menyelamatkan Umno yang > berada dalam ketakutan kerana ceramah-ceramah mereka > tidak dihadiri oleh > orang ramai. > > "Malangnya, mereka (pemimpin Umno) memaksa polis > supaya bertindak di luar > daripada amalan demokrasi, akhlak demokrasi dan > mereka mahu supaya > penyokong-penyokong PAS bertempur dengan polis. > Inilah adalah satu cara yang > tidak patut dan tidak wajar," ujarnya selepas > mesyuarat Exco di sini, > semalam. > > Beliau menambah, sepatutnya para pemimpin Umno > mestilah bersifat terbuka dan > demokratik kerana tindakan yang diambil itu > memberikan kesan yang sangat > negatif kepada demokrasi di Malaysia dan imej > Malaysia di luar negara. > > "Di mana pada hari ini kita mahu membersihkan negara > kita daripada > keganasan, dalam masa yang sama kita melakukan > perkara-perkara yang > menonjolkan keganasan. > > "Ini menunjukkan seolah-olah keganasan itu ada dan > ini membuka peluang > kepada campur tangan asing, kesan negatif kepada > campur tangan politik > termasuk juga ekonomi, tidak menggalakkan > pelabur-pelabur datang, nak > ceramah pun tak boleh, bagaimana nak berniaga. Kalau > tak boleh berceramah, > nak berniaga tentu lebih teruk lagi," katanya. > > Menurutnya, tindakan mengharamkan ceramah juga boleh > menjejaskan kedatangan > pelabur-pelabur asing di mana langkah yang diambil > oleh kerajaan itu adalah > satu langkah yang tidak bijak, pengecut dan tidak > demokratik. > > Sepatutnya, kata beliau kerajaan hendaklah bersikap > terbuka dan memberi > peluang kepada rakyat untuk bersuara dan memilih > kerajaan. > > Bagaimanapun, katanya ternyata kerajaan tidak boleh > menerima hakikat > keputusan pilihan raya yang mereka mengambil kira > menang satu parti sahaja > iaitu Barisan Nasional (BN) dan menganggap BN tidak > boleh dikalahkan. > > "Ini bukan demokrasi, seolah-olah kita mahu kepada > pemerintahan satu parti > sahaja, bukan pemerintah berbagai parti sebagaimana > amalan demokrasi. > > "Dan ini ternyata apabila kita menang di Terengganu > dan Kelantan, mereka > buat macam-macam, mereka tak boleh terima hakikat > kekalahan mereka di > Kelantan dan Terengganu, dan begitulah juga mereka > tidak boleh menerima > hakikat kekalahan di Pusat. Ini satu fikiran yang > bercanggah dengan > demokrasi yang diamalkan dalam dunia," ujarnya. > > Sehubungan itu, beliau mengharapkan demokrasi > disuburkan di Malaysia dan > pemimpin Umno jangan bertindak secara tidak rasional > yang berdasarkan kepada > kepentingan Umno semata-mata, bukan berdasarkan > kepada demokrasi, > kepentingan dan kebebasan rakyat untuk bersuara. > > Tambah beliau lagi, sepatutnya kebebasan rakyat > untuk bersuara dan > menyampaikan pendapat adalah satu perkara yang > digalakkan oleh Islam dalam > negara Islam dan demokrasi. > > Justeru itu, katanya apa yang berlaku pada hari ini > dengan pengharaman > ceramah adalah bercanggah dengan negara Islam dan > demokrasi secara umum. > > "Mereka (pemimpin Umno) mahu membodohkan rakyat > dengan satu media, satu > pihak melalui tv. Mereka menyerang kita dalam tv > dengan berita-berita palsu, > berita-berita bohong," katanya. > > Beliau mengambil contoh pembohongan yang disiarkan > itu mengenai kemasukan > beribu-ribu rakyat Terengganu ke dalam Umno, > sedangkan ahli PAS tidak > mencapai angka yang disebutkan itu. > > "Sebagai contohnya, 2,000 ahli PAS di kawasan Bukit > Tunggal masuk Umno, > sedangkan ahli PAS di Bukit Tunggal 200 orang > sahaja, bagaimana 2,000 masuk > Umno. > > "Jadi rakyat nak dibodohkan dengan satu siaran yang > begitu rupa di mana > siaran ini lebih ditujukan kepada rakyat-rakyat > tidak berpendidikan, yang > tinggal di kawasan pedalaman yang hanya sampai > siaran tv, pekerja kilang > yang tak ada masa untuk baca akhbar dan belajar," > katanya. > > Bagaimanapun, katanya di kalangan pelajar-pelajar > dan mereka yang > berpendidikan, mereka boleh menilai perkara itu. > > Semasa menjawab pertanyaan mengenai jemputan > berceramah, beliau berkata: > "Kita menghadiri di mana sahaja tempat kita dijemput > berceramah kerana > urusan permohonan adalah urusan di tempat berkenaan, > bukan urusan kita. > Urusan kita ialah menghadiri jemputan. > > "Apabila kita dijemput, kita hadir di mana sahaja di > seluruh negara, sama > ada dapat kebenaran ataupun tidak, itu terpulang > kepada negeri > masing-masing." > > Mengenai provokasi pihak tertentu jika ceramah > diteruskan, beliau berkata: > "Itu kita mengharapkan kebijaksanaan pemimpin > Barisan Nasional, mereka > bertindak secara bijaksana, bukan secara bijak sini. > > "Apa yang berlaku ialah bijak sini, untuk sini > sahaja, untuk Barisan > Nasional sahaja, bukan bijaksana dengan cara yang > menyeluruh. Ini satu hal > yang perlu dibuat pertimbangan yang adil. > > "Sebenarnya apa yang berlaku bukan menjejaskan kami > sahaja tetapi > menjejaskan imej kerajaan dalam negeri dan luar > negara." > > Beliau juga berkata, kepemimpinan PAS tidak > menghalang setiap organisasi > parti untuk mengadakan ceramah kerana perjuangan PAS > berlandaskan kepada > perlembagaan dan demokrasi yang menjadi dasar > negara. > > "Kita menganggap apa yang berlaku ini (mengharamkan > ceramah) adalah satu > penyelewengan daripada prinsip demokrasi dan kita > mahu mempertahankan > demokrasi," ujarnya. > > >
===== ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS... __________________________________________________ Do You Yahoo!? Send FREE Valentine eCards with Yahoo! Greetings! http://greetings.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>