Wa`alaikumussalam warahmatullah,

Sebahagian jawapannya boleh sdra dapat dalam laman ni :

http://tranung1.tripod.com/alimuda.htm

Wassalam.

  simiskin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

assalamualaikum,
kawan-kawan ygpandai.. tolong jawab...saya tak pandai nak jawab....
 
 
TERKINI:14/02/2002
PAS MENIPU DAN MENYELEWENG
Oleh: Biro Agama dan Kebajikan Umno Terengganu.

1 Julai 01- Umno telah dicabar oleh pemimpin Pas
supaya mendedahkan apakah dia
penipuan Pas, sebagaimana kenyataan Fadhil Nor dan
Haji Hadi dalam
beberapa akhbar arus perdana baru-baru ini.
Justeru itu, sebagai menyahut cabaran itu,
disenaraikan di sini beberapa
penipuan Pas.

Sesungguhnya berbagai-bagai PRINSIP ajaran Islam telah
menjadi keliru
akibat PAS menyelewengkan KONSEP politik dan Islam;
dari dahulu hingga
sekarang yang masih berterusan. Namun begitu para
pemimpin PAS menolak
kenyataan mahu menegakkan benang yang basah.
Penyelewengan konsep itu
telah berlaku dalam berbagai aspek seperti kedudukan
politik dalam Islam,
mengharuskan perbalahan, menyalahtafsirkan jihad,
syahid, syukur serta
pelaksanaan hukum Islam, sehingga boleh menjejaskan
aqidah seseorang.

(A) MENGELIRUKAN KONSEP POLITIK DALAM ISLAM
BIL
KONSEP ISLAM YG. BETUL
KONSEP YANG DISELEWENG OLEH PAS
BUKTINYA
1
Al-Quran pertunjuk (Hidayah) untuk manusia dalam
segala bidang dunia dan
akhirat.
Al-Quran diperalatkan oleh PAS untuk tujuan politik
p/raya. Ayat 15 surah
Saba' ditulis separuh hujung dalam MANIFESTO PAS
Kelantan 1959.
·       Manifesto PAS 1959 bagi Kelantan.
2
Menyertai mana-mana parti politik HARUS sahaja.
Hukum PAS ialah WAJIB menyokong / menyertai PAS. Jihad
dan syahid jaminan
dalam PAS.
·       Harakah & Sebaran.
3
Matlamat politik untuk muslim mendapat kuasa
memerintah negara di dunia
ini.
PAS sekadar masuk bertanding dalam pilihanraya; tidak
pernah sampai untuk
memerintah (1990 = 32/180; 1995 =45/192 dan 1999 =
63/193 kerusi).
·       Kedudukan ahli parlimen
·       P/raya 29.11.1999
4
Politik (Siasatul-Mudun) ialah cabang agama di bawah
Ibadat Am dan bukan
aqidah.
PAS dakwa kita menjadi kafir kerana kata politik suku
agama suku.
Tujuannya untuk mengharuskan politik PAS dicampur
adukkan dalam agama.
·       Amanat Hadi dan Dt. Nik Aziz (HR: 04.03.1991)
Prof. Dr. Faisal
5
UMNO, PAS dan lain-lain pertubuhan bukannya agama.
Parti politik hanyalah
berebut kerusi pilihanraya. Utamakan mana yang mampu
berkuasa.
PAS mendakwa bahawa PAS parti Allah dan sama dengan
hizbullah dalam
al-Quran. Lebih bahaya lagi dianggap PAS itu Islam dan
Islam itu PAS.
Pernah Abu Bakar Chik selewengkan ayat 19 & 22 surah
al-Mujadalah dengan
kata "PAS Hizbullah".
·       UM: 02Mac& 31Jul.1986.
·       Bakar Chik di Batu Rakit Darat 20.11.1983.
6
TM 622 Nabi s.a.w tunjuk politik memerintah Madinah
secara kongsi kuasa
dengan musuh tradisi Islam iaitu Yahudi.
PAS mengkafirkan UMNO bekerjasama dengan orang kafir
memerintah negara
(Ogos 1963). Bagi PAS setelah bekerjasama dengan DAP
barulah YAB Datuk Hj
Nik Aziz beritahu sejarah Nabi s.a.w.
Mengapakah untuk UMNO dulu disembunyikan?
·       Kertas puteh 08.11.84
·       BH: 12.05.99 (Nik Aziz).



(B) MENGHARUSKAN PERBALAHAN
BIL
KONSEP ISLAM YG. BETUL
KONSEP YANG DISELEWENG OLEH PAS
BUKTINYA
1
Tak boleh berpecah belah sesama Islam walau apa pun
alasan. Putus
sillaturrahim tak masuk syurga. Derhakakan pemerintah
mati jahiliah.
Haji Hadi kata "Kalau Tuhan tidak menjadikan manusia
bergaduh, nescaya muka bumi akan
rosak". Ayat 251 surah al-Baqarah diselewengkan maksud
dan ayat cerita Nabi Daud a.s.
membunuh Jalut menjadi ayat hukum HARUS bergaduh.

·       Ucapan Haji Hadi di Bukit Kulim, Marang 24
Sept.,1980
2
Harus ikut imam sembahyang apabila imam itu sembahyang
sebagaimana juga
kita sembahyang.
Pengikut PAS sanggup berlawan sembahyang 2 imam
Tarawih dalam sebuah
masjid dan Jumaat 2 sekampung merebak di 39 qariah
sejak 1982 hingga 1999.
Apabila PAS memerintah Trg AJK masjid diubah dan
sengketa bertambah..
·       2 imam satu masjid.
·       2 Jumaat sekampong.
·       Sengketa.


(C) MENCARUT, MEMAKI DAN MENGHINA DIHARUSKAN
KONSEP ISLAM YG. BETUL
KONSEP YANG DISELEWENG OLEH PAS
BUKTINYA
·       Islam melarang merendah-rendahkan, memaki dan
menggelarkan
seseorang atau sesuatu kaum lain.
·       Lihat ayat 11 surah al-Hujaraat Allah
menghukum mereka yang
berbuat dermikian adalah sejahat-jahat nama fasiq
selepas daripada
beriman.
·       Memaki dan menghina orang menjadi tema
pendekatan ucapan pimpinan
PAS. Mencarut diharuskan.
·       Menghina YAB Pak Lah TPM dengan kata jaga babi
dan menghina YAB
Datuk Seri Dr. Mahathir PM Malaysia dengan kata tahun
2014 bermain tahi
dengan isteri. Thoghut dan Maha Firaun menjadi mainan
lidah biasa.
·       Fadzil kata Badwi Malaysia Jaga Babi
(UM: 12 April 1999).
·       Ucapan Datuk Fadzil Noor di Jeli, Kelantan
pada 14.08.2000.


D) SELEWENG MAKSUD JIHAD
KONSEP ISLAM YG. BETUL
KONSEP YANG DISELEWENG OLEH PAS
BUKTINYA
Jihad sebenar dalam Islam pertama "Pada jalan Allah";
mempertahankan MURTABAT agama, bangsa dan negara dan
keduanya jihad
melawan nafsu sendiri.
Jihad PAS ialah menyertai perjuangan PAS termasuk
derma, dengar ucapan dan
sebagainya. Jihad dalam ekonomi, pendidikan dan
lain-lain kekuatan umat
Islam tidak diperkenal bahkan dinafikan jihad yang
diperjuangkan oleh
orang lain.
·       Amanat Haji Abd. Hadi kemuncak penyelewengan.
Ada buku khas disediakan.
·       BM: 29.04.1994.


(E) SELEWENG MAKSUD SYAHID DALAM AMANAT HAD
I
KONSEP ISLAM YG. BETUL
KONSEP YANG DISELEWENG OLEH PAS
BUKTINYA
Syahid yang menjadi pertikaian dalam perjuangan
sekarang uialah syahid
ma'rikah iaitu mati kerana berjuang menentang orang
kafir yang memerangi
agama Islam atau menghalau orang Islam daripada
kampung halamannya. Rujuk surah al-Mumtahanah ayat 8 &
9. Soalan-soalan ini juga mesti
diperjelaskan:
i- Adakah perbuatan di atas di M'sia?
ii- Apakah erti pertahan perlembagaan jikalau terus
dipinda setiap masa?
iii-Bagaimanakah dengan kerajaan PAS Kelantan yang
meluluskan usul
pertahan p'bagaan tubuh Kel. 1993?
Syahid dalam PAS ialah mati kerana menentang UMNO dan
BN. Amanat Hadi 07
April 1981 di Banggol Peradong K.Trg. dicetak EMPAT
VERSI. Inilah bukti PAS selewengkan hukum syahid.
Ucapan
Haji Abd. Hadi di Kg. Raja, Besut 29.12.1985 pula
menambah bukti seleweng
hukum syahid ke atas 14 orang mangsa Memali..
Tidak boleh mati syahid jikalau orang yang dilawannya
itu bukan kafir
harbi. Haji Hadi tidak mengaku amanatnya mengkafirkan
UMNO. Apabila orang
UMNO tidak kafir bagaimanakah boleh timbul SYAHID?
Apakah menentang orang "Pisah agama dengan politik"
juga boleh mati syahid?
(HJ. HADI MESTI JELASKAN SEMUA INI)
·       Amanat Haji Hadi 4 versi dalam kertas putih
kerajaan Malaysia
mengenai MEMALI yang bertarikh 26 Februari 1986.
·       U. Melayu 20Feb.,1986 "Amanat Hadi b'canggah
dengan Islam" ? J/K. Fatwa Kebangsaan.
·       Ucapan Hj. Hadi di Kg. Raja, Besut.
·       U. Melayu 07.02.1986 (Fadzil Kata Syahid
Bukannya Fatwa Ulamak PAS
buat).
·       BH: 12.04.1993 & UM: 31 Januari 2000.




(F) SELEWENG KONSEP SYUKUR
KONSEP ISLAM YG. BETUL
KONSEP YANG DISELEWENG OLEH PAS
BUKTINYA
Ajaran Islam Ikut Hadis Nabi S.A.W.
Dalam Kumpulan Sunan at-Tirmizi:
"Sesiapa yang tidak berterima kasih
kepada manusia; ia tidak bersyukur
kepada Allah" ? Riwayat at-Tirmizi
Ajaran PAS Ialah Tidak Perlu Berterima Kasih Kepada
Kerajaan (Sesama
Manusia). Bersyukur Hanya Kepada Allah Sahaja.
(Dr. Hatta Ramli = HR: 05 Mac 1999)
·       Akhbar Harakah 05 Mac 1999


(G) CAKAP TAK SERUPA TULIS TAK SERUPA BIKIN
KONSEP ISLAM YG. BETUL
KONSEP YANG DISELEWENG OLEH PAS
BUKTINYA
CAKAP-CAKAP YANG TIADA
DALAM PERLEMBAGAAN PAS:
i- Tiada tertulis "Negara Islam" .
ii- Tiada tertulis "Menegakkan Hukum Allah" atau
undang-undang Islam.
iii- Tiada perjuangan Melayu.
iv- Tiada membela raja-raja Melayu.
i- YB. Datuk Haji Fadil Noor kata. "Negara Islam
matlamat perjuangan PAS" adalah hanya cakap-cakap
iklan (HR:16.04.1999).
ii- Tujuan PAS dituliskan hanya "Nilai-nilai hidup
Islam" bukan hukum Allah. UMNO sudah praktik
"Nilai-nilai Islam".
iii- Dibuangkan MELAYU selepas 1987.
iv- Perjuangan raja tidak pernah ada dalam
perlembagaan tubuh PAS.
·       HR: 16.04.1999: Fadil kata negara Islam
matlamat PAS.Perlembagaan
tubuh PAS fasal 5 & 6 sebelum 1987.

·       Perlembagaan tubuh PAS fasal 5 & 6 pindaan
1987.


(H) HUDUD ALLAH DIPERMAINKAN
KONSEP ISLAM YG. BETUL
KONSEP YANG DISELEWENG OLEH PAS
BUKTINYA
KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993
KELANTAN (72 FASAL)
Dipanggil HUDUD oleh PAS
Sampai hari ini tidak diwartaklan
walaupun DYMM sultan Kelantan
sudah ampun perkenan.
Pengerusi JK menggubal EKJS(II) ini
ialah Haji Abdul Hadi Awang. Namun beliau tidak
mengambilnya untuk
Terengganu.
Datuk Mufti kerajaan Kelantan
tidak turut terlibat dalam penggubalan
EKJS (II) 1993 itu.
Apabila dipanggil EKJS(II)
Membuktikan PAS akur kepada
Enakmen Kanun Jenayah Syariah
sedia ada yang telah diguna pakai
sebelum ini oleh semua negeri.
INILAH BUKTI BAHAWA
EKJS (II) 1993
BUKANLAH HUDUD ALLAH.
SEBAB ITULAH YAB. HAJI ABD. HADI
AWANG (MB. Terengganu)
TIDAK AMBIL UNTUK DIPAKAI
KEPADA PEMERINTAHAN TRG.
1. EKJS(II)1993 Kelantan itu sebenarnya banyak yang
bercanggah dengan
hudud Allah. Antaranya disedutkan dua daripada 72
fasal yang menyentuh
prinsip keadilan:
Fasal 56 : Hanya terpakai ke atas orang Islam sahaja.
Fasal 68 : Syarat menjadi hakim ikut sahaja syarat
mahkamah sivil; sedangkan
syarat untuk menjadi hakim hudud Allah ada 15 perkara.
Kerajaan PAS tidak
memasukkan syarat mesti Islam dalam EKJS(II) 1993 itu
mengikut hukum
syarak. Maka jelaslah bercanggah dg. Islam.
2. YAB. Datuk Nik Aziz tuduh YAB PM ugut ambil
tindakan jikalau PAS
laksanakan hudud. Demikianlah beliau memaklumkan
kepada DUN; tetapi surat
YAB PM yang dihantar kepadanya tidak dibacakan
keseluruhannya kepada DUN.
3. Sekarang sudah tak timbul lagi pinda perlembagaan
penjajah sebaik-baik
PAS memerintah. Terus pakai yang sedia ada.
4. Segala pembangunan / projek yang dikecam tidak
mengikut hukum Allah
selama ini terus diguna pakai tanpa sebarang pindaan
apatah lagi tiada
kemampuan untuk membuat tambahan.

·       Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993
Kelantan,
·       HR:15.06.1998 (Sedutan surat YAB PM kepada MB
Kelantan mengenai
Hudud.
·       HR:20.11.1998 (Kenyataan YAB Datuk Nik Aziz
yang mengatakan PM
ugut).

·       UM: 07.03.2000 (Jawapan YAB Haji Abdul Hadi
Awang kepada soalan dalam suatu dialog
bersama kakitangan kerajaan; mengenai dengan
pelaksanaan hudud di Trg.
YAB. MB berkata, "Hudud Melalui Proses Yang Panjang"
dan ditambah "Hudud Adalah 0.0001 Daripada Hukum
Islam". Mengapakah setelah beliau menjadi MB; HUDUD
yang begitu besar dahulu
sehingga UMNO dituduh kafir kerana tidak
melaksanakannya maka kini sudah
beitu kecil sekali?



(I) TINDAKAN KERAJAAN PAS KELANTAN / TERENGGANU
BERCANGGAH  DENGAN CONTOH
NABI S.A.W.
KONSEP ISLAM YG. BETUL
KONSEP YANG DISELEWENG OLEH PAS
BUKTINYA
Sejarah Nabi s.a.w telah menunjukkan bukti
bagaimanakah tindakan orang
Islam setelah berjaya menawan orang kafir? Hasil
kejayaan 'Perjanjian Hudaibiah", Nabi s.a.w melakukan
tawaf keliling Kaabah. Sebelum masuk dalam Kaabah nabi
s.a.w
meminta pemegang kunci Kaabah menyerahkan kunci kepada
baginda. Setelah
nabi s.a.w keluar Kaabah dibacakan ayat 58 surah
an-Nisak dan menyerah
kembali kunci kepada pemegang kunci Kaabah asal iaitu
Othman bin Thalahah.
Walaupun Islam beroleh kemenangan, amanah di
kembalikan kepada pemegang
yang asal dan tidak dirampasnya.
Sejarah syariat Islam yang ditunjukkan oleh nabi s.a.w
ketika membuka kota
Mekah tidak diambil tauladan oleh PAS Kelantan dan
Terengganu.
Sebaliknya kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu sama
sahaja menzalimi puak
orang iaitu memecat pegawai, merampas hak pentadbiran
masjid, mengancam
kelas-kelas urusan rumah tangga dan TABIKA KEMAS
saeluruh negeri, memecat
kakitangan kerajaan yang tidak sealiran, merampas
tanah yang dibahagi
semasa kerajaan dahulu, merobohkan pusat-pusat
kebajikan / rumah kediaman
kepunyaan bukan ahli PAS dan sebaginya terus
bermaharajalela.
·       Petikan tafsir al-Azhar HAMKA ayat 58 surah
an-Nisak:
"Sesungguhnya Allah s.w.t. memerintahkan kamu supaya
kembalikan amanah
kepada ahlinya"
(LIHAT KEZALIMAN PAS DALAM BUKU KHAS "SIAPAKAH
ASOBIAH?").


(J) SALAH TAFSIR DAN SALAH PADAN ASOBIAH DENGAN
KEBANGSAAN MELAYU
KONSEP ISLAM YG. BETUL
KONSEP YANG DISELEWENG OLEH PAS
BUKTINYA
Konsep ASOBIAH dalam Islam ialah perjuangan kepuakan.
Ada tiga ciri
asobiah yang mudah dikenali:
1. Membela puak atas asas zalim, iaitu membela puak
walaupun mereka melakukan kezaliman atau mengambil
hak orang lain untuk diberikan kepada puak sendiri.
Pecat puak oraang dan
lantik ganti puaknya.
2. Sangat berpegang kepada pendapat sendiri /
jamaahnya.
3. Menolak kenyataan apabila jelas terbentang
buktinya..
PAS menyalahtafsirkan hadis asobiah untuk menghukum
asobiah kepada
perjuangan kebangsaan Melayu. Apatah lagi konsep
asobiah berdasarkan makna
daripada hadis dan makna daripada kamus Arab tidak
diperjelaskan langsung.
Sebenarnya Kebangsaan Melayu sama sekali bukan
asobiah; kerana asobiah
adalah sifat perbuatan dan bukannya ideologi. Jelas
PAS rika makna
asobiah.
Sifat asobiah yang sebenarnya di Malaysia ini lebih
ketara ada di dalam
PAS; sama ada ZALIM dari segi makna hadis maupun
perjuangan KEPUAKAN dan
MENOLAK REALITI dari segi bahasa mengikut kamus
al-Munjid cetakan 27/1994
muka 481.
·       Teks ucapan Haji Abd. Hadi di Hulu Trg.
November 1982:
(Secara langsung Hj. Hadi sebut "Asobiah itu ialah
nasionalisma Melayu iaitu perasaan kasih kepada puak
dan kasih kepada bangsa dijadikan ideologi)
·       Penjelasan Hadis dan Kamus al-Munjid mengenai
makna asobiah yang
sebenar secara ilmiah.
(LIHAT BUKU "SIAPAKAH ASOBIAH?")






Do You Yahoo!?
Yahoo! Sports - Coverage of the 2002 Olympic Games

Kirim email ke