*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ni daripada petronas, saya dapat daripada 
http://www.mymesra.com.my  :-


Cabaran Menanti Anda... 

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB), adalah anak syarikat PETRONAS yang 
tersenarai di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur memerlukan 
usahawan yang komited, cekal serta berwibawa sebagai calon 
Pengusaha Stesen Minyak PETRONAS di Negeri Selangor dan Wilayah 
Persekutuan.

Permohonan adalah dipelawa daripada individu-individu yang memenuhi 
syarat-syarat berikut:

- Bersedia mengendalikan stesen secara sepenuh masa atas dasar 
milik perseorangan;
- Berumur di antara 25 hingga 45 tahun pada tarikh permohonan 
ditutup;
- Mampu menyediakan modal pusingan sebanyak RM100,000.00 (minima) 
serta Jaminan Bank bernilai RM60,000.00 (minima);
- Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya di peringkat Sijil 
Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya;
- Bersedia untuk mengikuti latihan/ujian selama seminggu yang akan 
diberitahu dengan memberi notis dua minggu sebelum tarikh ujian.


Borang permohonan boleh didapati di pejabat PETRONAS Dagangan 
Berhad seperti berikut atau boleh menulis ke alamat yang sama 
dengan menyediakan satu sampul surat berukuran 25 sm x 18 sm 
beralamat sendiri berserta setem 40 sen.

       PETRONAS DAGANGAN BERHAD
       Aras 12, Menara Dayabumi
       Jalan Sultan Hishamudin
       Peti Surat 11946
       50762 Kuala Lumpur

Borang juga boleh di dapatkan dengan klik dokumen di bawah.

(Klik-kanan dan pilih "Save Target As..." untuk mendapatkan borang 
ini)

Borang permohonan yang telah dilengkapi hendaklah dihantar ke 
alamat berikut selewat-lewatnya pada 15hb Februari 2002.

       PENGURUS
       Pengurusan Wakil Penjual
       Jabatan Jualan Runcit
       PETRONAS Dagangan Berhad
       Aras 32, Menara 1, Menara Berkembar PETRONAS
       Kuala Lumpur City Centre
       50088 Kuala Lumpur

Nota: Hanya calon yang telah disenarai pendek akan dipanggil untuk 
ditemuduga. 




Quoting itet <[EMAIL PROTECTED]>:

> Assalamualaikum warga Hizbi Net,
> 
> Saya berminat untuk membuka Petrol Pump Station, tetapi
> tidak tahu cara-cara/prosedur nya.
> Amat berharap kiranya rakan-rakan yang ada maklumat atau
> pengalaman mengendalikan Petrol Pump Station dapat
> menolong.
> Sudah surf, tapi masih tak jumpa mana-mana website tentang
> Petrol Pump.
> 
> Adalah amat dialu-alukan jika boleh beri maklumat untuk
> semua syarikat minyak yang beroperasi di Malaysia...
> ( Petronas, Shell, Caltex, BP, ESSO.. etc...)
> 
>   Segala maklumat didahului dengan ucapan terimakasih.
> 


-----------------------------------------------------------------------------
This mail is sent through: Catcha.com

Get your FREE Email from Catcha! http://mail.catcha.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke