*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Pihak UiTM perlu tahu akan kewujudan hubungan
intim pensyarah dan pelajar. Mungkin tidak
dalam kes terbaru, tapi dalam kes lain, dimasa
lain, ditempat lain misalnya UiTM Dungun,
ianya memang pernah wujud.

Pensyarah tau, mereka tak boleh tackle pelajar
semasa dikampus. Tapi pensyarah ada jalan
lain; pikat diam2 dulu, bagi duit poket sikit,
bagi barang2 kemas sikit, bagi handphone,
keluar makan sikit2, dsbnya.  Bila palajar
sudah keluar UiTM, bolehlah teruskan program -
kawin.  Kalau makbapak halang, kawin lari kan
sah jugak. Tak payah ke Thailand. Cari saja
kadhi lebih 2 marhalah.  Yang kecewa ibubapa
pelajar yang ingin melihat anak gadis mereka
belajar dulu setinggi mungkin untuk bantu
keluarga, dan kurang setuju kerana pensyarah
dah pun kawin, dan sebab2 lain. Ini wujud
bukan dongeng - kisah benar.

--------------

Mahkamah & Jenayah: JENAYAH: UiTM nafi Bakaruddin, bekas pelajar jalin hubungan sulit

SHAH ALAM: Naib Cancelor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Dr Ibrahim Abu Shah 
menafikan wujud hubungan sulit di antara pensyarahnya yang mati dibunuh dengan bekas 
penuntut universiti itu.

Sebaliknya, beliau berkata, memang menjadi polisi UiTM supaya hubungan antara 
pensyarah dengan penuntut adalah mesra tetapi tidak membabitkan hal berkaitan peribadi.

“Boleh dikatakan semua pensyarah di universiti ini mesra pelajar iaitu bermakna 
sentiasa berhubung rapat tetapi hanya berkaitan hal akademik serta terbatas dalam 
kampus sahaja.

“Bagi kes pembunuhan Bakaruddin, saya tidak fikir ada hubungan luar biasa antara 
mereka walaupun wanita yang ditahan polis itu bekas murid pensyarah terbabit.

“Apapun, biarlah perkara ini diserahkan kepada polis dan kita usahlah ,” 
katanya ketika diminta mengulas mengenai kes pembunuhan Bakaruddin, di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, mayat Bakaruddin Busu, 35, yang jarinya dipotong dan tubuhnya 
dibakar, dibuang ke dalam longkang di Jalan SS 19/6 Subang Jaya, Rabu lalu.

Kelmarin, polis menahan reman enam orang termasuk seorang wanita berusia 21 tahun yang 
juga bekas penuntut UiTM selama 14 hari bagi membantu siasatan polis berhubung 
kejadian itu.

Polis juga mengenal pasti motif perbuatan itu sebagai jenayah asmara yang berpunca 
dari perasaan cemburu hingga menyebabkan pembunuhan kejam itu berlaku.

Sepanjang pengetahuannya, Dr Ibrahim berkata, Bakaruddin adalah seorang yang 
bersopan-santun, gemar menolong orang lain serta bijak membataskan pergaulan dengan 
penuntut.

Beliau berkata, mangsa menjalankan tugasnya dengan baik selaku seorang pensyarah 
sepanjang berkhidmat di universiti itu selama empat tahun, selepas meletakkan jawatan 
sebagai wartawan.

Bakaruddin adalah bekas wartawan Utusan Malaysia yang bertugas di meja jenayah, 
sebelum ditukarkan ke meja sukan sehingga menyambung pelajaran serta bertugas di UiTM.

Mengenai seorang pelayan perhubungan pelanggan (GRO) yang pernah menuntut di 
universiti itu, Dr Ibrahim berkata, penuntut terbabit sudah terkandas dalam semester 
pertama, tahun lalu.

“Wanita itu bukanlah digantung pengajian kerana bekerja sebagai GRO sebagaimana 
yang dilaporkan media tetapi sebenarnya beliau gagal dalam peperiksaan,” katanya.

Katanya, UiTM bercadang membuat kutipan dengan mewujudkan satu tabung khas bagi 
membantu meringan beban keluarga Bakaruddin.





-- 

_______________________________________________
Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup


1 cent a minute calls anywhere in the U.S.!

http://www.getpennytalk.com/cgi-bin/adforward.cgi?p_key=RG9853KJ&url=http://www.getpennytalk.com



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apa nama" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke