ASSALAMUALAIKUM WBT.

Saya tertarik hati komentar tentang kelemahan iktiqad, akidah dan ibadah. Kelemahan ini
begitu ketara terutamanya disebabkan tumpuan yang kurang ke arah menggarap dan merealisasikan ketiga-tiga aspek tersebut dalam 'amal'.

Begitu juga perbincangan kita juga turut kurang dan lemah ke arah membina dan menguatkan ketiga-tiga aspek tersebut. Kelihatannya seolah-olah persoalan tersebut sudah selesai dan sempurna. Setiap orang seolah-olah bahkan bukan seolah-olah lagi malahan sudah boleh dan mampu berbicara tentang persoalan yang lebih kompleks dan advance.

Tetapi ternyata kenyataannya amat meleset. Apabila seseorang itu ditimpa dugaan dan cabaran yang benar-benar menguji ketahanan iktiqad dan akidahnya, terbukti tidak ada apa-apa, malahan berhadap ia kepada makhluk untuk bergantung dan meminta perlindungan dan keselamatan.

Persoalan iktiqad, akidah dan ibadah tidak mengenal latar belakang pendidikan, warna kulit dan sempadan geografi. Jangan kita hairan sekiranya turut melibatkan orang-orang yang kita tidak sangka.

Namun begitu kepercayaan karut dan tahyul ini usahlah dilabelkan kepada perkara-perkara yang ghaib sahaja. Perkara yang nyata dan berasaskan saintifik juga perlu kita berhati-hati.

Contohnya ramai orang yang percaya duit boleh beri kesenangan dan kebahagiaan. Lalu mengabdikan diri mengutamakan duit dari ibadah mengingati Allah.
Atau mengutamakan pangkat.
Atau mengutamakan kedudukan.
Atau percaya dengan doktor boleh merawat dan bagi sihat.
Atau percaya kepada ubat boleh memulihkan kesihatan.
Atau percaya kepada makanan boleh bagi kenyang.
Atau percaya kepada diri sendiri - tahu, pandai, kuat, berkedudukan dan sebagainya

Kesemua duit, pangkat, kedudukan, doktor, ubat, sihat, makanan, dan diri sendiri adalah makhluk. Percaya kepada makhluk bukan asas dalam iktiqad dan akidah. Jika Iman itu disinonimkan dengan kepercayaan maka percaya kepada makhluk itu sendiri tidak ada dalam kamus Iman.

Seseorang yang ada Tauhid adalah 'bebas dari sebarang isme ciptaan dan olahan makhluk dan kepada makhluk serta pergantungan kepada makhluk dan ciptaan makhluk'.

Keterangan lanjut berkenaan dengannya bolehlah diperpanjangkan kepada golongan yang arif dan takwa.
 
 

Harun Aminurrashid wrote:

 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kita perlukan reformasi dlm sistem pendidikan Islam di
Malaysia. Terlalu ramai yg masih jahil dgn Islam, yg
merisaukan, kejahilan dari segi bab tauhid dan akidah
pun masih ketara. Contohnya:

1. masih ramai yg jumpa bomoh buat tangkal dan
pendinding. ramai yg takut hantu dari Tuhan.
2. ada yg masih percaya orang mati boleh jadi hantu.
3. ramai yg masih percaya anak jadi cacat akibat
terkena badi/kenan (malah ramai yg lulusan ijazah pun
percaya). Bila bini mengandung tak berani memancing
takut terkena kenan konon.
4. ramai yg percaya mayat ada badi. tapi mengaji
tinggi tapi percaya pulak orang yg dah mati boleh bagi
mudarat.
5. masih ramai yg mintak bomoh pasang pendinding (siap
bubuh daun kat palang pintu) halau hantu dlm rumah
daripada amalkan bacaan yasin dan ayat kursi.
6. ramai anak2 yg baru lahir dipasangkan tali hitam
(tangkal) di tangan dan dikaki. Bila kita kata tangkal
mereka tak mengaku itu tangkal, sebaliknya kata itu
amalan orang-orang tua dulu yg perlu diikut.
7. yang berniaga pulak percaya dgn tangkal pelaris.

Kalau bab-bab tahyul ni pun ramai sangat yg masih
percaya apa nak diharapkan bagi bab-bab yg complicated
macam hudud, siasah Islam dan lain-lain.

--- ibnu ramli <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ~Salam.
>
> Netters sekalian,
>
> nampaknya tiada antara kita yg berminat nak ambil
> tahu ttg peristiwa
> penghantaran memo PUM.
>
> Ada sesiapa yg mempunyai artikel yg dimaksudkan
> menghina Islam itu?
> Saya w/pun belum membacanya, yakin bhw kemungkinan
> terdpt penghinaan itu ,
> disbbkan nama2 spt Kassim Ahmad dan SIS disebut di
> situ.
>
> Cuma apa yg membuat kita terkejut ialah di kalangan
> NGO dan aktivis
> masyarakat yg membantah penghantaran memo ramai drp
> mrk adalah di kalangan
> BA.
>
> Bagi saya, ini adalah satu contoh 'pertembungan'
> antara aliran Islam yg
> dibawa oleh PAS dan aliran 'kebenaran & keadilan' yg
> dibawa oleh NGO2 itu.
>
> Ini lagi satu cth bahawa penyokong2 PAS perlu
> membuka minda dan memikirkan
> pendekatan baru utk membawa Islam di Msia ini.
>
> Kita tidak hanya boleh melihat perlaksanaan  Islam
> di Msia dari sudut
> persepsi kita shj, ttp juga perlu peka terhadap
> perubahan2 dlm persekitaran.
>
> WaLlahua'lam.
>
> Wassalam.
>
>
> KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - "Supaya Islam menjadi
> relevan dan lebih
> difahami, semua pihak mestilah mengambil bahagian
> dalam mendefinasikan
> apakah maksud ajaran Islam kepada kita sebagai warga
> negara dalam masyarakat
> berbilang kaum dan agama," menurut satu kenyataan
> akhbar bersama yang
> ditandatangani oleh 26 Badan Bukan Kerajaan (NGO)
> dan 26 personaliti.
>
> Menurut kenyataan akhbar itu, dalam keadaan di mana
> agama Islam semakin
> berpengaruh membentuk semula corak kehidupan dan
> masyarakat di Malaysia,
> undang-undang serta polisi awamnya, usaha sebegini
> untuk menyisihkan mereka
> yang berpandangan berbeza dan kritikal dalam
> perbahasan isu-isu mengenai
> Islam di Malaysia pada hari ini, merupakan
> pencabulan hak-hak asasi warga
> negara demokratik warga negara demokratik.
> "Ia juga merupakan pencabulan terhadap prinsip yang
> dihargai dalam tradisi
> Islam mengenai perbezaan pendapat (ikhtilaf) di
> kalangan pelbagai mazhab.
> Mengkritik pandangan beberapa ulama tertentu
> bukannya bermakna tidak
> menghormati para ulama."
>
> Antara NGO-NGO yang menandatangani kenyataan akhbar
> tersebut adalah Sisters
> In Islam (SIS), Amnesty International Malaysia,
> International Movement fora
> Just World (JUST), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
> dan Malaysian AIDS
> Council.
>
> Manakala antara individu yang mengendorsikan
> kenyataan tersebut adalah Datuk
> Param Coomaraswamy, Lim Kit Siang, Professor Datuk
> Mohad Hamdan Adnan,
> Professor Dr Muhammad Hisham Kamali dan Tan Sri
> Dato' Musa Hitam.
>
>
>
http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=371&mode=thread&order=0
>
>
_________________________________________________________________
> Get your FREE download of MSN Explorer at
> http://explorer.msn.com/intl.asp.
>
>
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:
> UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net
>                )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]
>                )
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "ibnu ramli" <[EMAIL PROTECTED]>

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Sports - Coverage of the 2002 Olympic Games
http://sports.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to