*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salaam

Saya tak faham sebab apa perlu menangis. Keinginan untuk berumah tangga
dan bercinta kasih sayang adalah semulajadi dan adalah sebahagian dari
sifat naluri manusia. Hawa nafsu manusia adalah bagus dan baik jika
disalurkan dengan cara yang betul dan mengikut landasan syarak. 

Saya ingin mencadangkan beberapa perkara kepada yang bertanya.

1. Pertamanya pastikan bahawa lelaki yang dihajati itu adalah anak
teruna pingitan dan bukan tunangan orang. Ada baik juga kalau disiasat
bahawa jejaka tersebut bukan sedang hangat bercinta dengan sesiapa pun
jua. Bukan tak boleh nak rebut kekasih orang atau pun nak bermadu, tapi
saya rasa hidup akan lebih aman kalau dapat dielakkan. 

2.Bila dah sah bahawa si jejaka itu memang available, maka boleh lah
approach dengan cara yang paling direct sekali. "saya ada seorang
sahabat, muslimah yang baik budi pekertinya yang ingin berkenalan,
adakah encik mempunyai masa dan waktu dan keinginan untuk berkenalan"

3. sebagai orang tengah, tidak ada sebarang keperluan untuk memberitahu
kepada kawan tadi akan plan yang si tukang tanya akan dan telah buat.
orang tengah tadi perlu juga memberi waktu dan masa untuk jejaka tadi
menjawab.

4. Cuba minimizekan hanky panky dan gurau senda bila bertanya. kata
orang this is serious business, kalau ada macam rasa malu malu dipihak
orang tengah maka akan timbul suasana yang sangat tidak formal dan
macam acah mengacah pulak, nanti malu semua pihak.

5. bila si jejaka tadi menyatakan persetujuan untuk berkenalan. ulang
persetujuan untuk berkenalan dan bukannya persetujuan untuk
berkahwin.kahwin bab lain,,kena kenal dahulu lah yer. maka silalah
aturkan satu pertemuan ditempat yang awam dan bolehlah orang tengah
tadi ada sama. apa yang terjadi lepas itu maka terserah pada empunya
diri si jejaka dan si dara pingitan tadi dan juga takdir ketentuan
ALlah.

Usahlah dibimbangkan tentang perasaan sahabat yang memerlukan
pertolongan tadi. inilah satu satunya dimana matlamat menghalalkan
cara. disuatu masa dan ketika dimasa akan datang dia pasti akan
berterima kasih. kata orang doing something is better then not doing
anything.

Akhir kalam, sekali saya ingin tegaskan, janganlah malu dan janganlah
segan, this is serious business dan memerlukan serious action plan.
Tukang yang bertanya dan sahabat yang memerlukan pertolongan boleh
terus menangis jika mahu atau lakukan sesuatu yang jitu untuk mencapai
hajat tersebut. 

semoga berjaya hendaknya dan semoga ada baiknya...

wassalam

chief

p/s: usahlah dirisaukan tegur sapa dan gurauan dari sahabat sahabat
didalam mailing list ini, jika tiada gurau senda dari mereka semua,
hidup ini akan jadi bosan juga. 




"teh za" <[EMAIL PROTECTED]> on 13/02/2002 03:36:42 AM

     To:   [EMAIL PROTECTED]
    Subject:  H-Net* salahkah diri ini2

Assalamualaikum..
     ceitanya begini...
     al-kisahnya kawan saya...malam tadi dia ada datang ke bilik
     saya..
     selalunya dia suka berbincang isu semasa..atau memperkatakan
     sesuatu yg
     tidak berkenaan dengan lelaki..jodoh atau yg seangkatan
     dengannya,
     tapi saya terkejut utk malam tadi....dia kata hati dia sejak
     kebelakangan
     ini sentiasa terlintaskan seorang lelaki yang dia
kenali(melihat
     dari jauh)
     tetapi lelaki itu tidak mengenali dirinya (satu asrama)...
     tapi kawan saya ni memang jenis pembilik...(orang tak kenal
dia)
     sebab dia
     kurang minat bercampur dengan lelaki. itulah saya
     hairankan.......macam mana
     perkara ini boleh terkeluar dari mulut dia..

     jadi..saya pun perhatikanlah lelaki yg dia maksudkan....nak
lihat
     sejauh
     mana lelaki itu sampai kawan saya yang sorang tu akhirnya
mengaku
     kalah (dia
     memang dari dulu tak berminat dengan lelaki)
     ...dan saya dah perhatikan lelaki tu....selama dua
     minggu...patutlah...rupanya tak seberapa tapi kalau dilihat
     fizikalnya boleh
     tahan...sederhana...(pakaian)
     jadi sya nasihatkan kawan saya ni buat sesuatu yang boleh
     mententeramkan
     jiwa dia...asal tidak melanggar syarak...

     masalahnya sekarang...kawan saya tu kata tak
mungkin....sebab dia
     rasa dia
     tak sepadan dengan lelaki tsbt.
     Jadi sekarang ni...dia sedang berusaha untuk mengikis
     perasaannya...sampaikan menitis air mata saya melihat
kesungguhan
     dirinya
     untuk melupakan lelaki itu.
     subuh tadi..selepas solat subuh..saya lihat dia menangis2 di
atas
     sejada...jadi..saya pun merisiklah kenapa...lalu dia pun
berkata
     "SALAHKAH
     DIRI INI?"...
     sungguh terharu hati saya. lalu...pagi tadi saya
nekad...saya
     mahu jumpa
     lelaki itu...tapi dia menghalang keras...dia kata dia mahu
     kuburkan saja
     perasaannya. dia yakin Allah akan tolong dia....dia kata
biarlah
     dia
     menaggung kesakitan itu sendirian...mungkin Allah ingin
     mengujinya.

     Walaun pun dia berhak berbuat begitu...tapi saya sebagai
     kawan...sungguh
     tidak sampai hati. Saya terfikir..kalau saya berjumpa dengan
     lelaki itu
     tanpa pengetahuannya...saya takut perkara ini akan
menyebabakan
     dia rasa
     terhina atau merosakkan maruah dia..kerana saya kenal sangat
     dengan kawan
     saya yg seorang itu...selama ini dia tidak pernah mengambil
     kesempatan untuk
     berinteraksi dengan lelaki...kalau tidak ada perkara
     penting...saya takut
     nanti dia kecil hati dengan tindakan saya...

     jadi..saya ingin bertanya pendapat netters
semua..terutamanya yg
     lelaki...kalaulah anda lelaki itu...
     dan jika sya berjumpa dengan anda dan memberitahu yg kawan
saya
     menyimpan
     perasaan pada anda...sebagai lelaki...apakah tanggapan anda
semua
     terhadap
     kawan saya itu....

     harap semua dapat membantu saya..memikirkan jalan yg terbaik
buat
     sahabat
     saya...

     pening sungguh!



-- 
  [EMAIL PROTECTED]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "chief" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke