*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salaam

berdasarkan kepada cerita yang tak berapa nak jelas ini, ini lah dia
saranan sekadar termampu:_

1.pastikan samada benar benar atau betul nak cerai atau tidak. cerai
bukan main main boleh berbolak balik. hari ini nak cerai, esok tak mau
pulak. tension sikit nak cerai..bila happy sikit dah ceria nak berumah
tangga. mana satu hendak ini ?

2. kalau nak terus berumah tangga, sila dapatkan kaunseling di jabatan
ugama, Bgn Sultan Abdul Aziz Shah Alam, Tingkat 5 atau di JAIS di KL.
kauseling untuk kedua duanya sekali suami DAN isteri.

3. kalau dah nekad nak cerai maka silalah ke Mahkamah Rendah Syariah di
PJ, dekat Jalan Othman. sila isikan borang dan dapatkan tarikh
perbicaraan dari pendaftar mahkamah. Jika borang tidak diisi dan tarikh
bicara belum ditetapkan maka proses penceraian BELUM lagi bermula.
sengaja nak sebut banyak orang salah sangka dan konfius. ada orang
pergi jumpa pegawai kauseling di shah alam dan tak buat apa apa pun
selepas itu dan berharap ada orang hubungi dia untuk tarikh bicara. 

4. kalau tak pernah masuk mana mana mahkamah dan tak tahu hujung
pangkal sila dapatkan khidmat bantuan peguam syariah. kalau tak mampu
sila dapatkan bantuan dari peguam percuma ( ( Legal Aid ) dari pegawai
mahkamah. 

5. sila mula himpunkan segala bukti dan semua saksi untuk dikemukakan
di mahkamah. 

6. emosi dan fakta adalah dua perkara yang amat berbeza dimahkamah.
Yang Ariff Tuan Hakim hanya memerlukan fakta dari saksi dan bukti yang
sahih. 

Bercerai bukanlah semudah yang disangka, sila dapatkan nasihat peguam
syariah yang berkebolehan.

akhir kata..berkahwin atau berusaha untuk membaiki rumah tangga adalah
jauh lebih baik dari menjadi janda, duda atau ibu / bapa tunggal atau
berseorangan. sila dapatkan khidmat kaunselor terlatih.

semoga ada baiknya. wassalam

chief

On Tue, 26 Feb 2002 02:16:43 -0800 (PST), "abcdef" <[EMAIL PROTECTED]>
said:
> Assalamualaikum
> 
> Jika kisah Salwa berakhir dengan happy
> ending(alhamdulillah)... kisah Kak Mas ini masih lagi
> tak tahu apa endingnya.  Hari Raya korban menyaksikan
> dia diserang oleh 3 anak tirinya yang besarnya dua
> kali ganda tiap seorang.  Walau dia bertindak melawan,
> tapi apalah daya dia berbanding dengan tenaga orang
> muda.  Mujur ada saudara lain yang datang
> menyelamatkan keadaan.  Suaminya turut cuba meleraikan
> tapi punca utamapun kejadian itu adalah dari suaminya.
> 
> Sebenarnya saya buntu untuk memikirkan apa cara
> terbaik utknya.  Hari semalam dia berkata yang dia
> ingin berpisah, tapi lepas dipujuk suami dia ubah
> fikiran.  Bukan niat meruntuhkan rumahtangga, tapi
> rumahtangga tu sudah lama runtuh... sudah tak ada erti
> lagi.  
> Ingin saya dengar nasihat sdr yg boleh membantu, tapi
> entah kenapa email yang dihantar tak ada content. 
> Kalau perlu hantar kepada: [EMAIL PROTECTED]
> 
> Dah dua hari sejak saya tahu hal ini(lepas balik
> bercuti), sakit saja kepala saya.  Walau bukan masalah
> sendiri, tapi saya rasa saya perlu membantu beliau.  
> 
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Yahoo! Sports - Coverage of the 2002 Olympic Games
> http://sports.yahoo.com
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: abcdef <[EMAIL PROTECTED]>

-- 
  [EMAIL PROTECTED]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "chief" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke