*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa yang sebenarnya berlaku di Hama pada tahun 1982 ialah suatu "armed uprising" atau 
kebangkitan bersenjata orang-orang Islam di Syria menentang kerajaan secular dan kafr 
yang dikuasai oleh penganut agama Nusairi (Alawiya). Keluarga Al-Assad termasuk 
President Hafez serta majoriti pemerintah tentera dan kabinet Syria adalah penganut 
agama Nusayri. Agama Nusayri (al-Nusairiyyah) ini adalah hasil dari campuran fahaman 
Kristian, Islam, Yahudi berserta pagan. Ia dianuti oleh kira-kira 10% penduduk Syria. 
Arak dihalalkan, sembahyang dan puasa dihapuskan di dalam agama mereka. Penganut 
Nusayri menyambut perayaan Easter dan Krismas. Mereka mempelajari al-Quran tetapi 
ayat-ayat ditafsir untuk menepati fahaman sesat mereka. Sebagai contoh, mereka 
mempercayai Ali bin Abu Talib dicipta dari cahaya bintang(atau matahari?) dan adalah 
jelmaan Allah di atas dunia.

Seorang ulamak yang terkenal di negara Arab mengharamkan orang Islam lelaki dan juga 
perempuan berkahwin dengan penganut Nusayri, walaupun ulamak tersebut menghalalkan 
orang lelaki Islam berkahwin dengan orang perempuan Kristian dan Yahudi. Ibn Taimiyah 
juga memanggil mereka sebagai "lebih kafir dari Nasrani dan Yahudi". 

Di dalam sejarah, penganut Nusairi  (Alawia) terus-menerus menjadi pengkhianat kepada 
agama Islam. Di zaman kemunduran dan kelemahan khalifah Abbasiyah, satu kumpulan 
penganut Nusairi yang diketuai oleh Hamdan Ibn Qaramat telah menyerang Mekah, 
berpuluh-puluh ribu jemaah haji mati dibunuh. Batu hitam hajar al-aswad telah dirampas 
dari Kaabah di Mekah. Batu hitam hajar al-aswad berada di dalam penguasaan mereka di 
Yemen selama lebih 20 tahun. Batu hitam hajarul aswad dipulangkan semula ke tempat 
asal(Kaabah) selepas pemimpin Qaramitah dipujuk oleh rakan Shi'a Ismailiya mereka dari 
kerajaan Fatimiah yang memerintah Mesir ketika itu (selepas lebih 20 tahun !). Di 
dalam beberapa perang salib, golongan Nusairi selalu berpihak kepada Crusaders.        
   

Sehingga ke hari ini, penganut Nusairi tetap memusuhi orang Islam yang mengamalkan 
Sunnah. Di bandar Hama, Syria tahun 1982, lebih 20,000 (yes, dua puluh ribu) orang 
Islam dibunuh dalam masa 24 jam. Beribu-ribu pemimpin jemaah Ikwanul Muslimin telah 
dibunuh. 

Suatu lagi bukti jelas permusuhan mereka terhadap orang Islam yang mengamalkan Sunnah 
ialah semasa perang Iran-Iraq. Seluruh dunia Arab menyokong Iraq kerana perpaduan 
sesama bangsa Arab, tetapi Syria berpihak kepada Iran. Syria ialah sebuah negara Arab 
secular yang diperintah oleh Parti Ba'ath. Iraq juga sebuah negara Arab secular 
diperintah oleh Parti Ba'ath. Parti Ba'ath di Syria dan Iraq diasaskan oleh orang yang 
sama. Saddam Hossein seorang secular, Hafez al-Assad juga secular. Apakah yang membawa 
kepada pemerintah Syria menyokong Ayatollah Khomeini ? Agama mereka !

Agama al-Nusairiyah mempunyai lebih banyak persamaan dengan Jaafari Ithna Ashri (12 
Imam) jika dibandingkan dengan Islam (Sunnah) yang dianuti oleh pemerintah secular 
Iraq. President al-Assad (secular hardcore) boleh menjadi rakan karib kepada Imam Musa 
Sadr (pemimpin agama Shia Lebanon tahun 1970s). Seorang Nusairi yang secular lagi 
berbangsa Arab lebih mesra dengan seorang ayatollah yang alim lagi bukan berbangsa 
Arab. Begitulah mereka ini memusuhi orang Islam (Sunnah) walaupun secular atau liberal 
sekali pun.

Di Lebanon hari ini, pemimpin Hezbollah amat rapat dengan pemerintah di Syria. 
Penganut Jaafari Ithna Ashri di Syria juga lebih menyukai negara mereka diperintah 
oleh penganut Nusayri. Seorang ayatollah di Syria atau Lebanon akan berasa lebih 
selesa dengan seorang secular atau Westernised Nusairi jika dibandingkan dengan 
pemimpin Ikhwanul Muslimin. Di Syria, ulamak dan mufti dilarang dari membicarakan soal 
aqidah.      








-----Original Message-----
From: "Mohd Bazil Badrul Jam"<[EMAIL PROTECTED]>
To: "Hizbi"<[EMAIL PROTECTED]>, "Geoffrey Nasrullhaq"<[EMAIL PROTECTED]>, "Azman 
Muda"<[EMAIL PROTECTED]>
Date: Tue Feb 19 20:04:17 PST 2002
Subject: H-Net* The Massacres of Hama: Law Enforcement Requires Accountability

>
>http://www.shrc.org/english/special/hama/index.htm


___________________________________________________
GO.com Mail                                    
Get Your Free, Private E-mail at http://mail.go.com



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Servant of Allah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke