*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Tajuk-tajuk dari akhbar Utusan:-
19-Feb-2002: Tarif baru telefon beri kesan minimum pendapatan Telekom 06-Dis-2001: Kadar tol PLUS naik 10 peratus -- Kenaikan bermula 1 Januari - Melibatkan semua kelas kenderaan 06-Dis-2001: NS naikkan tarif air tahun depan 20-Okt-2001: Petrol, diesel naik 10 sen seliter mulai hari ini 16-Ogo-2001: Muktamad tambang haji naik -- Kabinet kekalkan keputusan kerana kos operasi di Tanah Suci kian meningkat 10-Ogo-2001: Belanja haji naik 10 peratus -- Kos jemaah Semenanjung ke Mekah RM9,445 18-Jul-2001: Tambang MAS untuk semenanjung naik 51.8 peratus 11-Jul-2001: Tambang bas sekolah naik 10% 22-Feb-2001: Tarif air kediaman di Selangor naik 20-60% 01-Okt-2000: Harga minyak naik 10 sen -- * Berkuat kuasa hari ini * Masih rendah berbanding negara jiran Kita lihat pula apa kata-kata pemimpin-pemimpin kita mengenai kenaikan harga:- Utusan 11-Jul-2001: ``Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Zakiah Hashim dijangka mengumumkan tambang baru itu dan LPKP memberi jaminan kenaikan itu TIDAK AKAN MEMBEBANKAN orang ramai,'' katanya kepada Utusan ketika dihubungi di sini, hari ini. Utusan 20-Jul-2001: PUTRAJAYA 19 Julai - Tambang domestik MAS masih merupakan antara yang TERMURAH di rantau ini walaupun setelah ia dinaikkan sebanyak 51.8 peratus, kata Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Petikan kata-kata Dr. Md Khir Toyo dalam Utusan bertarikh 22-Feb-2001: ``Kriteria kenaikan tarif ini mengambil kira keperluan asas bekalan air minimum bagi satu-satu keluarga iaitu sebanyak 20 meter padu. Oleh itu tarif kenaikan bagi kuantiti ini TIDAK MEMBEBANKAN. ``Kenaikan ini tidak sampai 100 peratus dan kerajaan negeri menunaikan janjinya untuk TIDAK MEMBEBANKAN rakyat,'' tegas beliau. Utusan bertarikh 6-Dis-2001: BAHAU 5 Dis. - Tarif air di Negeri Sembilan akan dinaikkan pada tahun depan dan kerajaan negeri memberi jaminan kenaikan itu TIDAK AKAN MEMBEBANKAN para pengguna. Utusan 9-Dis-2001: SUNGAI SIPUT 8 Dis. - Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, kadar tol di negara ini masih merupakan antara yang TERENDAH di dunia walaupun selepas kadar di Lebuh Raya Utara-Selatan dinaikkan mulai Januari depan. Utusan 7-Dis-2001: KUALA LUMPUR 6 Dis. - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan kenaikan 10 peratus kadar tol di lebuh raya dan menyifatkannya sebagai KENAIKAN KECIL berbanding pelbagai faedah istimewa yang ditawarkan dalam Belanjawan 2002. Selain itu, tambah Dr. Mahathir, Malaysia juga merupakan negara yang mengenakan bayaran tol TERENDAH di kalangan negara-negara yang ada mengenakan bayaran tol. Utusan 1-Okt-2000: Kenaikan yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan hari ini adalah kurang dari 10 peratus dan ia masih RENDAH berbanding kebanyakan negara jiran. Utusan 23-Okt-2001: SINTOK 22 Okt. - Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Datuk Mustapa Mohamed berkata, kenaikan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter tidak akan mempengaruhi kadar inflasi di negara ini. Katanya, indeks harga pengguna di negara ini masih rendah iaitu 1.4 peratus dan kenaikan harga minyak juga TIDAK MEMBEBANKAN rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah. Utusan 16-Ogos-2001: KUALA LUMPUR 15 Ogos - Kabinet hari ini mengambil keputusan muktamad mengekalkan keputusan Tabung Haji untuk menaikkan perbelanjaan mengerjakan haji antara 10 dan 11.5 peratus yang melibatkan kos RM860 hingga RM990. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin berkata, beliau telah menjelaskan kepada kabinet bahawa kenaikan tersebut adalah sederhana dan TIDAK MEMBEBANKAN para jemaah. Kesimpulan yg boleh diambil ialah, pemimpin-pemimpin kita amat popular menggunakan EXCUSES yang berikut: 1) TIDAK MEMBEBANKAN 2) TERENDAH / MASIH RENDAH 3) KENAIKAN KECIL. PERSOALAN: Setelah diambil kira, dicongak, di tolak-campur, kesemua kenaikan-kenaikan tersebut (ini belum termasuk kenaikan-kenaikan lain yang tidak tersenarai), adakah kenaikan-kenaikan harga tersebut TIDAK MEMBEBANKAN??? Mungkin ianya memang tidak membebankan bagi para-para menteri tersebut dan tokeh-tokeh yang kaya raya!!! TAK GITU??? _____________________________________________________________________ Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient, kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action. This message has been checked for all known viruses by the MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit http://www.messagelabs.com/stats.asp ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>