*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ulama memang boleh ditegur
> 
> Thursday, February 28 @ 16:20:40 MYT
> 
> 
> 
> 
> oleh ZULKIFLI SULONG
> 
> Akhbar-akhbar Malaysia sangat berminat dengan
> tulisan dalam ruangan From
> Editorial Desk Harakah yang disiarkan dalam edisi
> pada 15 - 28 Februari
> lepas.
> 
> 
> 
> Di muka depan sebuah akhbar pada 21 Februari
> disiarkan satu berita yang
> bertajuk "Harakah bidas ulama bersikap tidak boleh
> dikritik" manakala di
> dalamnya disiarkan terjemahan penuh tulisan itu.
> 
> Dengan liputan meluas tersebut, akhbar-akhbar ini
> telah membantu Harakah
> menjalankan satu tugas PR yang sangat berat iaitu
> memaparkan nama baik PAS
> di mata dunia.
> 
> Antara masalah besar yang dihadapi adalah persepsi
> di kalangan banyak pihak
> terutama yang kurang faham tentang Islam menganggap
> jika PAS diamanahkan
> mentadbir negara, konsep yang akan dilaksanakan
> adalah negara teokrasi.
> Antara ciri utamanya adalah, pemimpinnya "mad
> mullah" yang tidak boleh
> dikritik.
> 
> Ada juga persepsi, ulama-ulama PAS ini dianggap oleh
> ahli PAS sebagai maksum
> atau tidak melakukan dosa atau kesilapan. Oleh itu,
> PAS menerima konsep
> ulama tidak boleh dikritik. Jika ditegur buruk
> padahnya.
> 
> Seorang peserta yang juga seorang penulis dalam
> Dialog Negara Islam yang
> dianjurkan oleh Harakah sedikit masa lalu bertanya,
> "Andai kata PAS
> memerintah negara ini, pemimpin ulama PAS menjadi
> pemimpin negara, apakah
> boleh saya berdiri di depan Dewan Ulama PAS dan
> mengkritik mereka. Tidakkah
> nanti saya akan dipenjara kerananya?" Penulis ini
> adalah seorang penulis
> akhbar Bahasa Inggeris dan banyak tulisannya yang
> disiarkan.
> 
> Dalam akhbar The Star, yang dimiliki oleh MCA, Wong
> Chun Wai selalu menulis
> tentang kepimpinan ulama PAS dan banyak memberikan
> gambaran salah terhadap
> PAS. Beliau terlalu berpihak kepada kepimpinan MCA
> sekarang, seolah-olah
> takut benar kalau Team A MCA yang ada sekarang
> jatuh.
> 
> Oleh itu, kita mengucapkan terima kasih atas laporan
> meluas terhadap
> pandangan Harakah itu.
> 
> Suka ditegaskan di sini bahawa memang menjadi dasar
> dan pandangan Harakah,
> ulama boleh dikritik. Yang tidak boleh dikritik
> adalah Nabi dan Rasul.
> Harakah berpendirian begini kerana Nabi dan Rasul
> adalah maksum iaitu
> terpelihara dari melakukan sebarang dosa. Sunnahnya
> jika diikuti akan dapat
> pahala.
> 
> Harakah tidak mengkritik Rasul sebagaimana Perdana
> Menteri memperlekehkan
> janggut Rasulullah dengan alasan ketika itu tidak
> ada pisau gillete.
> 
> Tetapi ulama adalah manusia biasa. Mereka terdedah
> kepada kesilapan dan
> kesalahan serta keterlanjuran. Oleh itu, terdedah
> kepada kritikan. Apakah
> salah mengkritik ulama apabila mereka membuat silap?
> Tetapi kritikan itu
> bukanlah bertujuan untuk mencela ulama atau
> institusi ulama itu.
> 
> Tetapi, perkara yang dibawa oleh ulama berdasarkan
> ajaran Nabi yang jelas
> dan disepakati oleh semua ulama tentang kesahihan
> autoritinya tidak boleh
> dikritik atau ditegur. Tetapi ijtihad ulama boleh
> ditegur jika salah.
> 
> Ini berdasarkan Sabda Nabi saw agama itu nasihah.
> Sahabat bertanya, nasihat
> untuk siapa. Baginda menjawab untuk Allah, untuk
> RasulNya, untuk pemimpin
> umat Islam dan orang awam.
> 
> Seorang tokoh gerakan Islam, Abdul Kadir Audah juga
> pernah menulis buku
> bertajuk "Islam antara kelesuan ulama dan kejahilan
> ummat". Ini adalah satu
> kritikan kepada ulama.
> 
> Kami yakin inilah sikap kepimpinan ulama PAS. Mereka
> sedia menerima kritikan
> hatta secara terbuka. Yang tidak boleh dikritik
> adalah pemimpin Umno. Jika
> mengkritik, tunggulah hasilnya.
> 
> Khalifah Islam yang kedua Saidina Omar Al Khattab di
> dalam satu majlis
> mengucapkan terima kasih kepada seorang yang berdiri
> dan mencabut pedangnya
> dan memberi amaran kepada Saidina Omar iaitu jika
> dia menyeleweng, maka
> tengkok Saidina Omar akan dipenggal dengan pedang
> itu. Inilah sikap pemimpin
> Islam.
> 
> Dalam satu lagi peristiwa lain, Saidina Omar telah
> mencadangkan agar mas
> kahwin ditetapkan had maksimanya. Tetapi pandangan
> beliau itu dibantah oleh
> seorang wanita. Omar menerima pandangan dari wanita
> tadi.
> 
> Ketika sebuah akhbar menyindir Harakah dengan isu
> ini, dalam akhbar yang
> sama dan keluaran yang sama disiarkan bagaimana
> Timbalan Presiden PAS yang
> juga Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Tuan Guru
> Abdul Hadi Awang
> menerima sendiri secara peribadi memorandum yang
> dibuat oleh Kelab Wartawan
> Terengganu (Kawat) yang mengkritik kepimpinan beliau
> di Terengganu.
> 
> Memorandum itu, menurut akhbar itu adalah memorandum
> bantahan terhadap sikap
> kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Dato' Seri
> Abdul Hadi Awang yang
> gemar mengecam wartawan dan pengamal media massa
> ketika berucap di khalayak
> umum.
> 
> Bagi kami, ini adalah contoh yang klasik dan jelas
> sikap para pemimpim ulama
> PAS - sedia menerima kritikan hatta secara terbuka.
> 
> Harakah juga berpendirian, kesediaan menerima kritik
> ini adalah satu sikap
> yang baik dan lambang pribadi sesaorang yang berjiwa
> besar. Bukan sahaja
> pemimpin biasa, ulama juga perlu bersedia menerima
> kritikan.
> 
> Sikap ini telah diamalkan oleh Harakah sejak sekian
> lama. Harakah telah
> mengkritik PAS dan pemimpinnya dalam pelbagai
> bentuk. Harakah juga sering
> dikritik dan sedia dikritik. Ia juga diamalkan oleh
> ahli-ahli PAS yang
> mengkritik para pemimpinnya termasuk pemimpin yang
> terdiri dari ulama.
> 
> Harakah pernah menyiarkan satu surat yang mengkritik
> pedas tandas pejabat
> Agung PAS yang kotor sehingga tandas itu dirobohkan
> dan dibina yang baru
> oleh Pejabat Agung PAS.
> 
> Kesemuanya dengan niat baik dan inilah sepatutnya
> diamalkan oleh sebuah
> media. Menjadi mata, telinga dan tangan pembaca.
> Dalam hal ini, ahli PAS
> adalah sasaran Harakah.
> 
> Akhbar berkenaan dan lain-lain media juga menyindir
> dengan berkata ianya
> disiarkan dalam English kerana ia ditujukan kepada
> orang bukan Islam. Ya
> memang kita menujukan tulisan ini kepada orang yang
> boleh berbahasa Inggeris
> termasuk orang bukan Islam ini. Ini kerana,
> merekalah yang banyak terdedah
> kepada salah faham terhadap kepimpinan ulama PAS
> sebagaimana yang disebut di
> awal tulisan ini.
> 
> Gambaran salah tentang Islam ini jarang disiarkan
> dalam bahasa Malaysia
> kerana sekurang-kurangnya penulis itu ada asas agama
> dan tahu sempadannya.
> Tetapi, medan serangan utama terhadap Islam adalah
> dalam akhbar berbahasa
> Inggeris.
> 
> Harakah juga sedia menerima sebarang kritikan
> tentang pendiriannya ini
> termasuk dari para pemimpin PAS sendiri dan bersedia
> membetulkan sikap ini
> pada bila-bila masa jika kritikan itu betul.
> 
> [Penulis adalah Ketua Pengarang Harakah]
> 
> 
> 


=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Greetings - Send FREE e-cards for every occasion!
http://greetings.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke