Assalamualaikum
 
Maaf, saya juga ingin bertanya kepada semua yang arif pasal komputer.
 
Sejak dua hari yang lepas komputer saya ini asyik terputus connection dari ISP Jaring. Contohnya dari 7 petang hari ini Isnin, hingga hampir waktu Maghrib 735 pm sekarang, saya sudah terputus sebanyak 6 kali. Soalannya:
 
1. Adakah modem saya Artnet 56K V90 model V1456VQE sudah penat berkhidmat selama lebih kurang setahun ?
 
Apa cara terbaik untuk test modem ini ( jika ada ) atau perlu test kestabilan TELEKOM line ?  ATAU
 
2. Jaring sebagai ISP sudah pun penat atau Jaring sedang membuat sebarang upgrade yang tidak diketahui umum ?
 
Harap sesiapa yang menghadapi masalah yang sama dapat berkongsi pengalaman.
 
Terima kasih. Wassalam
 
Nizam

Kirim email ke