*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kasihan dengan puak-puak UMNO dan BN ini, mereka mengadakan ceramah 
hanya segelintir sahaja yang datang. Kalau datang pun pendengar-
pendengar ceramah dikutip dari seluruh kampung dan diangkut dengan 
bas. Pendengar-pendengar diberi duit untuk mendengar ceramah UMNO 
atau BN. Keadaan tempat ceramah sungguh selesa di adakan dalam dewan 
khas dengan kipas angin dan tempat duduk yang empuk. Kemudian beri 
makan kepada pendengar-pendengar. Agak malang sekali dengan UMNO yang 
hadir tak sampai pun 200 orang. Kalau tidak dibuat begitu mungkin 
hanya tak sampai 50 orang pun yang hadir dalam ceramah UMNO dan BN. 
Ceramah UMNO dan BN hanya berkisar kepada isu PEMBANGUNAN, menyeru 
semua rakyat supaya BERSYUKUR DENGAN NIKMAT nya dari apa yang telah 
diusahakan oleh UMNO dan BN dalam membangunkan negara ini. 

Atau lebih tepat sekali MENGUNDI mereka dalam pilihanraya akan 
datang. Pada hal nikmat yang dibuat oleh UMNO dan BN tidak dirasai 
oleh semua lapisan masyarakat seluruh Malaysia. Kalau betul nikmat 
itu dikurniakan sepertimana yang didakwa oleh mereka. Kemewahan, 
kesenangan dan kekayaaan negara hanya di bolot oleh segelintir puak-
puak UMNO dan BN yang mempunyai kepentingan peribadi.

Ini bukan cerita kosong tapi saya melihat dengan mata kepala sendiri. 
Apabila saudara Ibrahim Ali mengadakan ceramah politik tak sampai 200 
pun yang hadir yang terdiri dari golongan orang tua-tua dan kanak-
kanak sahaja.Ceramah saudara Ibrahim Ali sungguh berapi-api. Entah 
betul entah tidak, tak siapa yang tahu. Mungkin mereka menang dalam 
pilihanraya tapi berapa juta duit rakyat sudah habis? Berapa juta 
duit rakyat dihabiskan di Kelantan dan Terengganu dan berapa kerusi 
sahaja yang mereka dapat? Padan dengan muka UMNO dan BN. Media cetak 
( Utusan Malaysia, Berita harian, Star dan NST ) dan media elektonic 
( TV1,2,3 ) telah berkempen sejak tahun 1999 lagi semasa pilihanraya 
umum. Belum pernah belaku dalam sejarah pilihanraya negara ini kedua-
dua media ini memainkan peranan sebegitu rupa, memburuk-burukkan 
kepimpinan pembangkang. Akan tetapi pihak UMNO dan BN telah gagal 
dalam kempen memburukkan parti pembangkang. Hakikatnya mereka agak 
sukar bagi UMNO dan BN untuk meyakinkan rakyat melalui dakyah politik 
mereka.Kerana rakyat telah hilang kepercayaan kepada mereka. 
Masalahnya mereka (UMNO dan BN ) sendiri tidak mahu menerima hakikat 
ini.

Manakala PAS apabila mengadakan ceramah beribu-ribu orang datang 
kadang-kadang tu bukan ditempat yang selesa. dalam kebun getah 
dicelah pokok getah, dalam semak samun, atau di lembah yang basah 
atau sawah padi tidak ada kipas angin dan duduk diatas tanah 
berlapikkan tikar sahaja. Tidak ada makan atau duit pun bahkan 
dikutip duit untuk tabung pilihanraya dari pendengar-pendengar 
ceramah. Ceramah parti pembangkang sehari demi sehari bertambah 
sokongan dari rakyat terutamanya bangsa Melayu.

Apabila UMNO melihat begitu ramai sekali pendengar-pendengar ceramah 
datang apabila PAS mengadakan ceramah. Media cetak dan electronic 
yang sedia ada tidak begitu berkesan, untuk memulihkan sokongan 
rakyat. Maka UMNO dan BN pun gentar dan takut bila rakyat tak mahu 
dengar ceramah mereka. Kadang-kadang tu UMNO dan BN buat kacau bila 
ceramah PAS diadakan. Mereka buat bising dengan membunyikan hon 
kereta, pakai baju PAS buat kacau dengan menyatakan PAS yang buat 
kacau. Berbagai tekanan diberikan oleh UMNO dan BN terhadap parti 
pembangkang, tapi sokongan rakyat telah bertambah dari semasa ke 
semasa, sokongan terdiri dari kalangan pemuda dan pemudi yang telah 
sedar taktik kotor dan tipu helah UMNO dan BN. Lebih mengecewakan 
apabila kakitangan kerajaan sendiri sudah berpaling tadah dengan 
meyokong parti pembangkang.

Apabila sambutan sungguh menggalakkan dari rakyat. ceramah PAS 
DIHARAMKAN oleh UMNO dan BN. Bagi menghalang ceramah PAS, mereka 
menggunakan polis untuk bertindak terhadap penceramah dan juga 
pendengar-pendengar ceramah. Kadang-kadang pihak polis bertindak 
tanpa memikirkan pendengar-pendengar ceramah terdiri dari wanita dan 
kanak-kanak. Sebagaimana yang berlaku di perhimpunan ISA di Kemunting 
Taiping baru-baru ini. Pihak polis telah menarik tudung wanita-wanita 
yang hadir dalam perhimpunan tersebut.memukul dan mengheret mereka ke 
dalam Black Maria. Yang menghairankan polis tersebut lelaki yang 
beragama Islam berbuat demikian terhadap wanita-wanita Islam. Apakah 
mereka tidak tahu halal dan haram menyentuh wanita-wanita yang bukan 
muhrim mereka? Apakah Islam menghalalkan cara demikian? Kalau sudah 
tidak boleh berceramah tidak payah cakap negara demokrasi? Tidak 
payah buat pilihanraya, buang masa dan buang duit sahaja. UMNO dan BN 
boleh perintah negara ini sampai kiamat.

Tujuan ceramah diadakan adalah untuk memberi penerangan dan 
penjelasaan terhadap isu-isu semasa didalam dan luar negara. 
Sepertimana yang kita dengar baru-baru ini RM 40 juta wang PPRT yang 
seharusnya diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya telah 
salah digunakan oleh puak-puak tertentu. Saya difahamkan bahawa 
peruntukan sebanyak RM10 ribu boleh diberikan kepada setiap keluarga 
yang mahu membaik pulih rumah mereka yang telah uzur atau mendirikan 
rumah untuk mereka yang tidak mempunyai tempat perlindungan yang 
sempurna. Sekiranya duit tersebut disalurkan kepada golongan sasar 
nya maka, seramai 4,000 keluarga dapat manafaatnya. Akan tetapi duit 
tersebut digunakan dalam kempen UMNO dan BN untuk menawan 
Kelantan.Dan akhirnya gagal menawan Kelantan. Apakah perkara yang 
seperti ini tidak boleh dijelaskan kepada golongan tersebut didalam 
ceramah-ceramah yang diadakan?

Sungguh sedih sekali apabila kita lihat rata-rata anggota polis 
terdiri dari bangsa Melayu, pendengar ceramah pun bangsa Melayu. 
Pemimpin yang bertindak terhadap orang Melayu pun berbangsa Melayu.

SANGGUP KAH KITA LIHAT MELAYU BERBUNUHAN SESAMA MELAYU ?

Kita lihat sendiri dalam peristiwa Memali, yang membunuh Melayu dan 
yang terbunuh Melayu. Ini jelas menunjukkan bertapa busuknya hati 
perut, sifat hasad dengki, dendam kesumat yang sungguh tebal didalam 
diri orang-orang UMNO dan BN. Tapi mengakui dirinya Islam? Mereka 
bertindak terhadap orang-orang Melayu sendiri. Manakala bangsa asing 
ketawa dan bersorak dengan penuh gembira bila orang-orang Melayu 
sendiri yang membelasah bangsa Melayu. UMNO dan BN takut bertindak 
terhadap bangsa asing, tapi berani bertindak terhadap orang melayu? 
Menggunakan orang Melayu sendiri membelasah orang Melayu, ini adalah 
strategi yang digunakan oleh penjajah Inggeris. Amalan ini telah 
diguna pakai oleh UMNO dan BN dihari ini.

Tapi bila kita lihat TV dan akhbar bahawa UMNO dan BN semakin kuat 
dan bertambah ahlinya setiap tahun. Setiap kali pilihanraya umum mahu 
pun pilihanraya kecil beribu-ribu ahli PAS masuk UMNO. Kalau dah 
banyak ahli kenapa takut dengan ceramah PAS? Tak kira lah samada 
ceramah tersebut ada fitnah, maki hamun atau sebagainya. UMNO dan BN 
pun sama juga ceramahnya penuh dengan fitnah dan maki hamun.

Kalau PAS nak berceramah biarkan kadang-kadang ceramah PAS ada yang 
betul dan juga ada yang salah. Begitu juga dengan UMNO dan BN ada 
yang betul dan juga ada yang salah. Tidak semua apa yang diperkatakan 
oleh Mahathir tu betul semua. Tetapi orang UMNO dan BN TERLALU TAKSUB 
DENGAN MAHATHIR SANGAT. Apa sahaja dia cakap semuanya betul belaka. 
Kemudian biarkan rakyat yang akan membuat keputusan sendiri samada 
UMNO atau PAS.

Saya berasa kasihan melihat puak-puak UMNO dan BN sekarang , bila 
rakyat sudah muak jelak dan meluat dengan mereka. Kempen mereka dalam 
TV bukan menguatkan pengaruh mereka bahkan menimbulkan rasa benci 
lagi dengan sikap mereka. Mereka bertindak dengan membelasah orang -
orang yang mendengar ceramah parti pembangkang dan lagi menambahkan 
kebencian rakyat. Kemudian menuduh parti pembangkang menimbulkan rasa 
kebencian terhadap kerajaan.

Ini bukan provokasi, tetapi untuk sama-sama kita fikirkan.
_________________________________________
Download mersal and add me as a friend :) 
http://www.arabia.com/mersal/english

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke