*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jangan tak tahu kawan....... Puak2 UMNO nih memang suka tengok MELAYU
BODOH.. macam dia org tuuu..... senang nak dicucuk hidung. Pasal betina,
minum, rasuah semuanya mesti firsst classs ...walau belajar bodh camna pun.
hehehe
yelaah..... kalau cikgu sekolah yg cabuk pun boleh jadik menteri besar,
boleh pikul duit cassh 18kg!!!!! (mohd Taib. X-Mb S'gor)...
buek gapo belajar pandai2

> -----Original Message-----
> From: Ahmad Tajuddin [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Friday, 08 March, 2002 7:04 AM
> To:   Hizbi
> Subject:      H-Net* Kerajaan Terengganu mahu memartabatkan pendidikan,
> kerajaan Persekutuan mahu...
> 
> Semasa balik ke kampong di Terengganu 2 minggu dulu saya diberitahu berita
> yang cukup menyakitkan hati saya sebagai seorang pendidik melayu...
> Kementerian Pendidikan menghantar surat kepada KUSZA menukarkan taraf
> KUSZA daripada IPTA kepada IPTS. Kalau niat jahat untuk membunuh
> pendidikan orang melayu Terengganu ini terlaksana (dilakukan oleh orang
> melayu sendiri), bermakna KUSZA akan hilang peruntukan kerajaan pusat
> untuk pengurusan dan pembangunannya. Alhamdulillah semalam saya
> diberitahu, setelah dibantah oleh penasihat undang-undang Negeri
> Terengganu...hasrat jahat dan dengki ini tidak terlaksana tetapi dengarnya
> Kementerian mengenakan syarat. Untuk kursus-kursus baru perlu mendapatkan
> kelulusan LAN (ini kira biasalah) tapi untuk kursus-kursus baru dalam
> bidang Islam diperlukan mendapatkan kelulusan Kementerian Pendidikan (ini
> setahu saya belum pernah berlaku ditempat lain).
>  
> Kita maklum bahawa Yayasan Terengganu sekarang kurang berkeupayaan untuk
> membantu pelajar Terengganu disebabkan rompakan wang royalti minyak yang
> telah berlaku. Saya mendapat berita, bagi pelajar di-institusi penganjian
> tinggi di Terengganu mereka boleh mendapatkan pinjaman dari PTPTN ... tapi
> dengar khabar yang peliknya borangnya kena ambil melalui Puteri UMNO. Apa
> kena mengena puteri UMNO ini dengan PTPTN?
>  
> Satu lagi cerita dogeng hasad dengki terhadap melayu Terengganu ini ialah
> berkaitan Kolej (saya lupa namanya) yang bersebelahan dengan Stadium
> Negeri tu... semua kursus baru yang nak diadakan perlu dibawa kepada
> Majlis Tertinggi UMNO dulu.
>  
> Tindakan-tindakan berniat jahat untuk menghancurkan peluang pendidikan
> anak-anak melayu Terengganu ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Tindakan
> ini adalah semata-mata merupakan dendam politik...mereka yang
> bertanggungjawab meneruskannya perlu ingat bahawa rakyat Terengganu tidak
> akan memaafkan mereka sehingga keakhirat. Kalau boleh dibuat, mungkin
> boleh kita pakat ramai-ramai bungkus Idris Jusoh dan kuncu-kuncunya dalam
> guni dan buangkan dilubuk yang paling dalam di Laut Cina Selatan...!!!
>  
> Kita lihat Cina dan India diberi begitu banyak kemudahan pendidikan oleh
> kerajaan pusat...universiti MCA sudah tertubuh (dengan janji setiap RM
> dikutip akan diberikan jumlah ringgit yang sama oleh kerajaan
> pusat)...India pula meminta belanja makan/penginapan/tambang untuk
> murid-murid sek tamil yang akan dipindahkan ke bandar. Kita lihat di IPTS
> yang besar-besar berapa kerat Melayu yang ada. Kenapalah mereka ni begitu
> jahat sehingga mahu menyekat peluang yang sudah tinggal begitu sedikit
> untuk anak bangsa mereka sendiri mendapat pendidikan tinggi??? Mereka yang
> rakus ini sudah tidak ada maruah dirikah atau sudah menjadi bukan Melayu
> lagi...???
>  
>  
>  
> Memartabat pendidikan: Terengganu pastikan hasrat kementerian tercapai
> <http://www.harakahdaily.net/themes/Linux/images/pixel.gif>
> 
> Thursday, March 07 @ 17:01:22 MYT 
> 
> 
> KUALA TERENGGANU, 7 Mac (Hrkh) - Kerajaan negeri akan terus memastikan
> segala hasrat dan matlamat semua pihak khususnya Kementerian Pendidikan
> dalam menjadikan masyarakat berilmu dan memartabatkan pendidikan negara ke
> peringkat antarabangsa akan tercapai.
> 
> Pengerusi Jawatankuasa Belia, Pembangunan Usahawan, Peniaga Kecil dan Hal
> Ehwal Pengguna negeri, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, pendidikan
> merupakan agenda pelaburan jangka panjang untuk menyediakan tenaga mahir
> generasi baru yang akan menjawab cabaran masa akan datang. 
> 
> "Jika kita tidak bersedia untuk menghadapi masa depan, maka perancangan
> kita akan dianggap gagal atau separuh gagal," katanya ketika berucap pada
> Majlis Perasmian Ekspo Pendidikan, Latihan dan Kerjaya (Edu-Care) 2002 di
> Pusat Dagangan Terengganu di sini, hari ini. 
> 
> Perasmian dilakukan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Abdul Aziz
> Shamsuddin. 
> 
> Tambahnya, melihat tanggungjawab itu, kerajaan negeri akan dan bersedia
> bekerjasama dan berganding bahu untuk memastikan perancangan pendidikan
> berjaya dilaksanakan. 
> 
> Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Edu-Care 2002 berkata, ekspo
> itu merupakan satu peluang keemasan kepada para pelajar dan ibu bapa yang
> ingin mendapatkan maklumat terkini peluang melanjutkan pelajaran dan
> kerjaya. 
> 
> "Pada kesempatan ini, kerajaan negeri juga merakamkan ucapan tahniah dan
> syabas kepada semua warga pendidik khususnya pengetua-pengetua sekolah
> yang telah membantu pencapaian cemerlang keputusan peperiksaan SPM dan
> STPM negeri ini," katanya. 
> 
> Katanya, gabungan sokongan, kerjasama dan kesungguhan semua pihak sama ada
> guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, masyarakat mahupun pelajar merupakan
> intipati kecemerlangan tersebut. 
> 
> Sementara itu, ketika bercakap pada sidang media, Abdul Aziz berharap
> semua pihak tidak mempolitikkan isu pendidikan. 
> 
> Ini, katanya kerana rakyat mempunyai peluang yang luas untuk mendapatkan
> pendidikan di negara ini. 
> 
> 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mohd, S. Yusof" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke