*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Masa Dewan UM terbakar, umno kata ada orang
bakar. Bomba kata litar-pintas dia orang tak
percaya. Sekarang Dewan UTM pulak - polis kata
mungkin litar pintas. Macam biasa, suratkhabar
cepat2 kata ada mempunyai unsur  sabotaj -
mungkin ada jin peliharaan bagitau kot.
Macamlah rakyat malaysia ni takdak kerja
lain selain dok bakar dewan aje. Macammana
Malaysia nak maju?

----------------

SKUDAI, Jumaat: Sebahagian Dewan Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 
di sini, termasuk pentas, tirai dan pelbagai peralatan, musnah dalam kebakaran tengah 
malam tadi.

Walaupun kebakaran dianggap tidak serius, sumber-sumber percaya kejadian itu mempunyai 
unsur khianat atau sabotaj, memandangkan dewan berkenaan bakal digunakan untuk 
beberapa majlis penting minggu depan.

Antaranya, majlis sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan UTM pada 14 Mac dan majlis 
konvokesyen pada 16 dan 17 Mac. Malah, dewan itu juga dijadual digunakan bagi satu 
kertas peperiksaan akhir semester pagi ini.

Setakat ini, polis menyifatkan kejadian itu berpunca daripada litar pintas, tetapi 
siasatan lanjut diteruskan.

Kebakaran itu disedari kira-kira jam 8.30 pagi ini oleh pekerja UTM yang melakukan 
pemeriksaan. Kerugian akibat kejadian itu dianggarkan RM200,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner II Tan Seng Eng, 
berkata kebakaran dipercayai berlaku malam tadi.

“Bahagian pentas yang terbakar turut membabitkan peralatan,” katanya dalam 
kenyataan satu perenggan yang difaks ke pejabat akhbar, petang ini.

Tinjauan Berita Harian petang ini mendapati seluruh kawasan dewan itu dikawal ketat 
pengawal keselamatan.

Mereka tidak membenarkan sesiapa yang tidak mempunyai kaitan dengan siasatan 
menghampiri bangunan itu. Difahamkan, pengawal keselamatan ditempatkan di situ 24 jam.

Wartawan dan jurugambar yang cuba merakamkan kejadian berkenaan turut dilarang berbuat 
demikian.

Sepasukan pegawai penyiasat terdiri daripada polis, bomba dan Jabatan Kimia kelihatan 
berada di tempat kejadian sejak pagi ini untuk mengumpul bukti.

Pekerja UTM pula dilihat sibuk membersihkan kawasan kebakaran, termasuk mengelap 
lantai dewan yang dipenuhi air daripada sistem penyemburan automatik.

Sementara itu, Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Mohd Zulkifli Mohd Ghazali ketika 
dihubungi di Kuantan berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Katanya, sidang akhbar akan diadakan pagi esok untuk menerangkan kejadian sebenar.

Pada 29 Jun tahun lalu, Dewan Tuanku Canselor (DTC) Universiti Malaya (UM), Kuala 
Lumpur, yang berusia 37 tahun, musnah dalam kebakaran.
-- 

_______________________________________________
Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup

Travelocity.com is giving away two million travel miles.
http://ad.doubleclick.net/clk;3969773;6991039;g?http://svc.travelocity.com/promos/millionmiles_main/0,,TRAVELOCITY,00.html


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "sam dol" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke