*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamu'alaikum,
Nampaknya rakan-rakan kita di universiti tempatan sudah pun dengan "sukarela" dan senang hati menandatangani akujanji ... semuanya akan selesai berbuat demikian sebelum akhir bulan ini. Ramai yang merungut, kerana selepas menandatangani dokumen ini, masing dalam dilema/ketakutan. Kalau ikut apa yang ada dalam akujanji itu banyak yang dilakukan oleh pensyarah-pensyarah termasuk bahan kuliah yang diberikan selama ini boleh ditafsirkan sebagai perbuatan yang tidak taat kepada kerajaan atau engkar kepada kerajaan. Dengan itu mereka boleh dikenakan tindakan disiplin etc. Oleh itu untuk memudahkan kerja pensyarah-pensyarah ini dan untuk berlaku adil kepada mereka, kerajaan patut menyediakan bukan sahaja rangka kursus untuk semua kursus yang ada di semua universiti tetapi juga menyediakan module dengan terperinci bagi setiap kursus berkenaan. Tugas pensyarah yang mengajar hanyalah membaca balik daripada module (perkataan demi perkataan ... sikit pun tak boleh lari dari apa yang disediakan...!!!) yang telah disediakan oleh kerajaan. Dengan cara ini pensyarah akan dapat mengajar dengan penuh berkeyakinan bahawa apa yang diajar menepati apa yang sudah di akujanjikan. Dengan ini juga kita akan dapat memastikan penghasilan graduan sepertimana yang dikehendaki oleh kerajaan. Begitu juga dengan semua penyelidikan yang dijalankan disemua universiti. Jika dibiarkan pensyarah membuat cadangan penyelidikan sendiri dengan bebas...hasil penyelidikan mereka mungkin akan bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh kerajaan dan dengan itu mereka boleh dikenakan tindakan disiplin. Dicadangkan disini kerajaan menyediakan hipotesis untuk kesemua penyelidikan yang dijalankan oleh pensyarah di semua universiti. Ini akan memudahkan pensyarah-pensyarah membuat penyelidikan mereka...mencari bukti menyokong hipotesis yang telah disediakan ini. Pensyarah berkenaan dengan itu tidak akan lagi perlu membuang masa dan wang meneliti bukti-bukti yang bertentangan dengan hipotesis yang telah disediakan...terus diketepikan saja bukti-bukti sedemikian. Sekian, saya dengan segala hurmatnya mencadangkan untuk dilaksanakan segera. _________________________________________________________________ Chat with friends online, try MSN Messenger: http://messenger.msn.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Awe Mat" <[EMAIL PROTECTED]>