*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

Apa yg ditulis oleh mamat UMNO di bawah ini adalah 
typical technique yg digunakan oleh UMNO untuk
menyakinkan orang-orang atas pagar agar tidak
menyokong PAS. Kalau kita perhati betul-betul ucapan
pemimpin-pemimpin mereka, spt Dr Mahathir misalnya,
ringkasan ucapan mereka ialah:

"PAS ini cuma pentingkan Akhirat, tak pedulikan
lansung hal-hal dunia (pembangunan, ekonomi, MSC, IT
dsg) sedangkan dalam Islam kita kena seimbangkan
kedua-duanya"

Kalau anda lalu di kawasan Jeli, anda akan dapati
begitu banyak kedapatan signboard2 yg menggambarkan
kenyataan di atas, seperti:

"Barisan NASIONAL membangun ummah Dunia dan Akhirat"

Sesetengah orang atas pagar atau pun pelajar-pelajar
di IPTA/IPTS yg masih belum tahu apa-apa, sedikit
sebanyak mungkin terpengaruh dengan slogan seperti
ini, i.e kononnya PAS hanya pentingkan akhirat 100%
tanpa pedulikan dunia langsung sedangkan UMNO/BN
mementingkan kedua-duanya selaras dengan ajaran Islam.

Slogan ini mungkin laku di sekitar tahun 70an atau pun
tahun 80an dulu, tapi dalam keadaan sekarang di mana
setiap kali mesyuarat Agung PAS, baik di peringkat
cawangan, kawasan mahu pun di peringkat negeri dan
pusat; dewan2 mesyuaratnya sama ada dewan pemuda,
muslimat atau pun AJK Pusat dipenuhi oleh golongan2
professional dan korporat, maka alhamdulillah hujjah
yg digunapakai oleh UMNO itu kini sudah tidak lagi
relevant.

Saya sendiri, kadang2 rasa amat bersyukur ke hadrat
illahi, kerana kedudukan pangkat dan position yg ada
pada saya ini menyebabkan saudara mara dari UMNO
terpaksa menyembunyikan rasa segan dan malu untuk
datang ke rumah (satu keluarga pulak tu) meminta
jasabaik saya untuk tolong rekomenkan anak-anak mereka
yg baru grad mencari kerja.

Bukan itu saja, saya juga sering menerima panggilan
talipon daripada sdra mara UMNO di kampung, yg tanpa
rasa segan dan silu (w/pun mereka tahu saya hardcore
PAS) minta nak pinjam duit 4 lima ribu. Kalau setakat
minta nak jadi penjamin, jangan dok habag la.

So, sapa kata orang-orang PAS ini jenis pentingkan
akhirat saja tanpa pedulikan dunia?

Mungkin si mamat UMNO di bawah ini sahaja yg masih
sedang hanyut dibuai ilusi, kalau tanya adik beradik
UMNO saya yg berkunjung ke rumah saya baru2 ini,
tentunya beliau akan menafikan kenyataan si mamat UMNO
ini one hundred percent, tambah-tambah apabila saya
bagitau kata:

"Insyaallah, tak lama lagi, rumah banglo saya nie nak
renovate sikit, dok ingat nak buat swimming pool kat
tingkat atas!!"

Sekian.


mamat umno wrote:

> Sebab Melayu di sogok biar miskin didunia, kaya di
> akhirat yang kekal. Maka Melayu pun berdoa dan
> berzikir dengan ayat seribu dinar 90%,10% mengerak
> tulang 4 kerat 0% akal. Kerana akal telah dipendap
> oleh Ulama PAS atas slogan 'Membangun bersama
> Islam'.Mereka percaya Ulama PAS berkat dan satu hari
> mereka akan jadi kaya, sementara waktu kutip derma
> seperti yang dilakukan oleh pemimpin mereka atas
> nama> amal jariah dan berjihad dengan harta. 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Try FREE Yahoo! Mail - the world's greatest free email!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Kuniq Bendang Perdang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke