*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

"Biar mati anak, jangan mati Islam":  Di zaman
awal Islam dulu diberitakan ada ibu yg sanggup
kematian semua anak2nya semata2 untuk membela
Islam.  Malah dikatakan sekiranya dia
melahirkan putera lagi, itu juga akan dihantar
ke medan Jihad.

"Biar mati anak, jangan mati adat":  Dizaman
sebelumnya, orang jahiliah sanggup bunuh anak
kerana meneruskan amalan dan kepercayaan yang
karut marut tentang anak2 perempuan.  Ini
betul2 menepati ungkapan diatas.

Dalam satu dokumentari tentang satu suku kaum
di satu hutan, anak2 lelaki terjun dari satu
tempat tinggi, kepala kebawah dan kaki
terikat. Mereka sanggup mengambil risiko
kecederaan teruk malah maut  - semata2 untuk
meneruskan adat "membuktikan kelakian dan
kematangan" anak2 lelaki mereka.   

Melayu pulak, kata2 seperti "bermandi darah",
"biar mati anak",  "menyusu kera dihutan", 
"berenang dilautan api", "tenggelam ditasik
madu", dsbnya lebih kepada perumpamaan atau
ekspresi diri.  Perkataan "mati" pun bukan
semestinya bererti "hilang nyawa".  Mungkin
ertinya;  tak berfungsi sekejap (seperti
dlm 'mati akal') ,  sia2 (seperti dlm 'mati
katak'),  putus hubungan keluarga (seperti dlm
'biar mati anak' dlm kes kawin lari dan tak
ikut adat). Jadi untuk melabel seseorang bebal
dan buta dalam pengertian sesuatu istilah
adalah terlalu gelojoh dan tak matang. Yang
sepatutnya dibuat ialah bertanya dulu apa
sebenar yang dimaksudkan. PAStu baru debat
jika mahu.

: "ABDUL GHANI, Zailani" <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Wed, 13 Mar 2002 18:53:41 +0800
To: apa nama <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
Subject: RE: H-Net* Adat Bersanding !!

> Bukan melenting, bukan nak emosi.
> Rasanya adalah molek saya perbetulkan
> tangapan yang salah agar ianya tidak
> berterusan disalah anggap dan dipandang
> negatif. Salah kah kalau saya
> memberi pandangan dan pandapat tentang
> sesuatu perkara yang selama ini
> sering disalah anggap oleh masyarakat.
> Saya tak ada pun nak membahaskan soal adat
> pepatih dan tak ada pun saya kata
> saudara sentuh soal adat pepatih mahupun
> pembahagian harta pesaka. Saya cuma
> menjelaskan akan asal usul timbulnya pepatah
> tersebut supaya para netters
> faham. Itu saja. Cuba baca betul-betul, ada
> ke saya tuduh saudara bodoh !
> Yang saya maksudkan Bodoh Betul !! di akhir
> ayat e-mail saya tu adalah
> kepada orang yang sanggup membiar anaknya
> mati semata-mata nak menjaga adat
> nikah kahwin ! Itulah yang bodohnya!! Bukan
> saya kata saudara atau para
> netters sekelian.
> Bacalah dengan hati dan fikiran terbuka,
> bukan secara sembrono. fahamkan
> dulu maksudnya.
> 
> > -----Original Message-----
> > From:       apa nama [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> > Sent:       Wednesday, March 13, 2002 11:34 AM
> > To: ABDUL GHANI, Zailani; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
> > Subject:    RE: H-Net* Adat Bersanding !!
> > 
> > Assalamualaikum,
> > 
> > Ada orang melenting. Walhal tak disebutkan
> > pun adat pepatih, seperti pembahagian
> > pesaka, dll. 
> > 
> > Sekarang siapa yang betul2 bodoh?
> > 
> > 
> > ----- Original Message -----
> > From: "ABDUL GHANI, Zailani" <[EMAIL PROTECTED]>
> > Date: Tue, 12 Mar 2002 11:21:27 +0800
> > To: apa nama <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED],
> > [EMAIL PROTECTED]
> > Subject: RE: H-Net* Adat Bersanding !!
> > 
> > 
> Assalamualaikom !!
> > > Maaf mencelah sikit.
> > > Bercakap soal adat, harus terlebih
> > > dahulu mengenal persoalan adat. Yang
> > > mana dikatakan adat istiadat, adat yang teradat, adat yang bersendi hukum
> > > berlandaskan syarak.
> > > Jangan sembrono mengambil faham sendiri kalau tak mengetahui maksud
> > sebenar
> > > persoalan adat dan falsafah pepatah " Biar mati anak jangan mati
> > adat..".
> > > Sayang seribu kali sayang, ada orang masih buta dan bebal tentang bahasa
> > dan
> > > budaya ibundanya sendiri. Mengambil pemahaman sendiri lalu dijatuhkan
> > hukum
> > > terhadap masyarakat yang mengamalkan pepatah " Biar mati anak jangan
> > mati
> > > adat.." tersebut. Wajarkah! Matangkah orang sebegini! Apa pula hukumnya
> > bagi
> > > orang sebegini yang telah memesongkan pemikiran, pendirian, pandangan,
> > sikap
> > > dan perspektif terhadap masyarakat pengamal adat. Menuduh mereka lebih
> > > mementingkan adat daripada menyayangi anak sendiri. Apa akan jadi pada
> > > setiap individu yang dipesongkan pemahamannya ? Siapa nak
> > bertanggungjawab ?
> > > 
> > > Pepatah tersebut timbul dan diamalkan oleh masyarakat pengamal adat
> > > terutamanya masyarakat di Negeri Sembilan dan masyarakat Minangkabau
> > > khususnya. ADAT sebenarnya adalah satu bentuk peraturan, hukum,
> > > undang-undang masyarakat, panduan hidup masyarakat tersebut. Dari situ
> > juga
> > > timbul pepatah " Bulat air dek pembetung, bulat kata dek muafakat.."
> > > ADAT sebenarnya telah sedia wujud sebelum kedatangan agama Islam ke
> > > Nusantara ini. ADAT telah diguna pakai sebagai panduan hidup sebelum
> > > kedatangan Islam lagi. Pepatah " Biar mati anak jangan mati adat.." ada
> > > peristiwanya. Kejadian berlaku dalam masyarakat adat tatkala seorang
> > pemuda
> > > telah melakukan jenayah rogol dan membunuh lalu ditangkap, dihadapkan
> > dan
> > > dibicarakan ke lembaga adat yang diketuai oleh bapak lembaga adat.
> > Pemuda
> > > tadi yang telah membawa petaka dan mendatangkan malu kepada masyarakat
> > dan
> > > keluarga didapati bersalah lalu dijatuhkan hukuman bunuh. Demi
> > memelihara
> > > keharmonian masyarakat dan menegakkan hukum hidup(adat), keluarga pemuda
> > > tersebut lebih rela anaknya mati daripada membiarkan dia lepas bebas
> > membuat
> > > maksiat dan jenayah. Dengan ertikata lain " Biarlah mati anak yang
> > mungkar
> > > tak apa, asalkan terpelihara agama( adat - ketika tu belum ada Islam)
> > dan
> > > tertegaknya syarak. Begitu kesimpulannya. Bukannya kerana sayang adat
> > nikah
> > > kahwin maka mereka sanggup membiar anak mati. Bodoh betul !! 
> > > 
> > > > -----Original Message-----
> > > > From:   apa nama [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> > > > Sent:   Saturday, March 09, 2002 10:56 AM
> > > > To:     [EMAIL PROTECTED]
> > > > Subject:        Re: H-Net* Adat Bersanding !!

> > > > Assalamualaikum,
> > > > 
> > > > Bukan senang nak robah adat. Ada orang sanggup
> > > > mati anak jangan mati adat. 
> > > > 
> > > > Oleh kerana susahnya, maka kalau nak sanding,
> > > > sandinglah, tapi dalam bilik untuk ahli
> > > > keluarga saja, dengan hukum-hakam dijaga.
> > > > Ini, cakap memang mudah. Perlaksanaannya 
> > > > near impossible. 
> > > > 
> > > > Yang lebih mudah, cari pasangan yang sekepala.
> > > > Dimana2 dua2 keluarga memang tak mahu sanding2.
> > > > Ini pun cakap amat mudah. Jodoh pertemuan
> > > > tak boleh dirancang2.
> > > > 
> > > > Ada satu kes dimana si teruna berjaya memujuk
> > > > mertua supaya tak payah buat pelamin. Mertua
> > > > setuju, tapi nak juga ambik gambar untuk
> > > > anak cucu tengok - so buat dalam bilik. Ramai
> > > > lah yang terjenguk2 dari pintu dan tingkap.
> > > > Selesai satu masalah, timbul satu lagi. Abang
> > > > sigadis ahli kumpulan rock - nak jugak main
> > > > band, sebab adat kampung tu memeng ada band
> > > > semasa orang kawin. Kalau tak bagi main, abang
> > > > sigadis boikot taknak tolong majlis tu. Dah
> > > > menangis mak mertua. Last2 persetujuan dibuat,
> > > > nak main band mainlah, tapi tunggu rombongan
> > > > pengantin lelaki balik dulu. Malangnya, masa
> > > > dok tengah santap, depa terus kreng kreng
> > > > kreng ditengah hari buta tu dan juga sampai 
> > > > kemalam buta. Dalam kes sebegini, apa siteruna
> > > > boleh buat. Pilih ajelah yang lebih kurang
> > > > mudaratnya.
> > > > 
> > > > Mungin jenerasi pengantin tu nanti, baru
> > > > boleh dihentikan. Itupun bergantung kepada
> > > > generasi belah satu lagi. 
> > > > 
> > > > --------------
> > > > 
> > > > From: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>
> > > > To: khaulah abdullah <[EMAIL PROTECTED]>; awe din
> > <[EMAIL PROTECTED]>;
> > > > <[EMAIL PROTECTED]>
> > > > Cc: <[EMAIL PROTECTED]>
> > > > Sent: Friday, March 08, 2002 2:56 PM
> > > > Subject: Re: H-Net* Adat Bersanding !!
> > > > 
> > > > > Isu bersanding ni isu lama, dah jenuh dah
> > > > > alim ulama nak perbetulkan sikap orang
> > > > > melayu kita. Kalau tak paham-paham jugak 
> > > > > tak tahulah lagi nak buat macam mana. Sedih
> > > > > mengenangkan kejahilan masyarakat kita
> > > > > hari ni.

-- 

_______________________________________________
Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup

Travelocity.com is giving away two million travel miles.
http://ad.doubleclick.net/clk;3969773;6991039;g?http://svc.travelocity.com/promos/millionmiles_main/0,,TRAVELOCITY,00.html


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apa nama" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to