*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wasiat Sheikh Ahmad...Dr. Yusoff Al-Qardawi menjawab.

Assalamualikum sdr/i yg. dikasihi,

Saya rasa perlu menjelaskan perkara ini kepada sdr/i semua. Berikut adalah
soalan dan jawapan berkenaan wasiat
Sheikh Ahmad yg. berlegar di ruang e-mail sdr/i baru ini. Apakah menurut
Islam perkara seumpama ini boleh atau tidak?. Saya ringkaskan jawapan drp.
Dr. Yusof Al-Qardawi, seorang ulamak terkenal apabila ditanya berkenaan
perkara
seumpama ini. Ringkasnya..dia menjawab, "Perkara ini adalah khurafat" dan
tidak boleh dilakukan oleh seorang muslim.
Nak tahu lebih lanjut?. Di bawah dihuraikan lebih detail.

Soalan:
Saya telah terbaca satu surat (wasiat) dan amat terkejut dgn isi
kandungannya. Ia dikatakan sbg satu wasiat drp. Sheikh
Ahmad (pemegang anak kunci makam Rasullullah s.a.w) kpd. semua umat di
seluruh dunia. Di akhir wasiat itu beliau berkata, "Di Bombay terdapat
seorang yg. telah menyalin wasiat itu sebanyak 30 salinan dan dia telah
dikurniakan Allah
rezeki sebanyak 25000 rupiah. Seorang lagi menyebarkan wasiat itu diberikan
rezeki 6000 rupiah oleh Allah. Terdapat
seorang yg. mendustakan wasiat ini, maka dia telah kematian anaknya pada
hari itu juga. Dia berkata bhw sesiapa yg. menerima wasiat ini dan tidak
menyebarkannya akan ditimpa musibah yang besar". Apakah pandangan tuan
terhadap wasiat ini? Adakah ia benar atau dusta?.

Dr. Yusof Al-Qardawi menjawab:
Ramai org tertanya-tanya ttg wasiat ini. Sebenarnya ia bukanlah perkara
baru. Saya telah melihatnya semenjak puluhan tahun dahulu. Wasiat ini
dikaitkan dgn seorang lelaki bernama Sheikh Ahmad, pemegang kunci makan
Rasullulah s.a.w. Jika kita bertanya kepada penduduk Madinah atau Hijaz ttg
Sheikh Ahmad ini dan tugasnya, kita tidak akan dapat mengesannya atau
mendengar khabar berita mengenainya. Iannya tidak pernah dikenali dan tidak
pernah dilihat oleh penduduk Madinah. Tetapi terdapat org yg. menyebarkan
apa yg. dikatakan sbg wasiat ke negara2 Islam.

Wasiat itu tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi agama. Persoalan
yg.dikemukakan dlm. surat itu tidaklah berhajat kepada
wasiat Sheikh Ahmad atau Sheikh Omar. Sesungguhnya Al-Quran dengan jelas
telah menyatakan sebahagian drp itu. Kita sudah ada Al-Quran dan Sunnah,
kedua-duanya sudah lebih drp mencukupi. Allah berfirman dlm Al-Maidah:
"Hari ini Aku sempurnakan bagimu agama kamu (Islam) dan Aku sempurnakan ke
atasmu nikmat-Ku serta Aku reda Islam sebagai agama kamu". Sesiapa yg.
menyangka bahawa agama Islam, setelah disempurnakan dan dilengkapkan oleh
Allah, masih lagi berhajat kepada wasiat orang yang tidak diketahui
asal-usulnya, sesungguhnya telah timbul keraguan dan syak
di hatinya akan kesempurnaan dan kesyumulan Islam itu. Terdapat tanda2
pembohongan dan kejahatan pada wasiat tersebut. Orang yg. melakukannya telah
mengancam serta menakut-nakutkan orang ramai, iaitu sekiranya wasiat itu
tidak disebarkan, mereka akan ditimpa musibah, kematian anak-anak atau
kehilangan harta benda. Inilah yg. tidak pernah
diucapkan oleh manusia bahkan tidak ada dalam kitab Allah dan sunah
Rasul-Nya. Manusia tidak pernah menerima perintah seperti sesiapa yg.
membaca Al-Quran hendaklah disalin 25 salinan dan menyebarkannya. Jika tidak
melakukan demikian, dia akan ditimpa musibah. Maka bagaimana pula dengan
wasiat yang khurafat ini?. Perkara ini tentulah tidak
dapt diterima oleh akal muslim yang memahami Islam dengan kefahaman yang
sebenar.

Wasiat tersebut menyatakan bahawa si fulan dari negeri tertentu
yg.menyebarkan wasiat itu telah memperolehi puluhan ribu
rupiah. Ini adalah usaha untuk menyeleweng dan menyesatkan org2 Islam dari
jalan yg. sebenar. Juga menyelewengkan umat dari sunah alam dan konsep sebab
dan musabab yg. telah dijadikan Allah sebagai undang-undang alam ini.
Memperolehi rezeki ada cara-caranya. Berpegang kpd. perkara2 khurafat
seumpama ini menyelewengkan pemikiran umat Islam. Kita bimbang kalau-kalau
umat Islam mempercayai khurafat ini dan menyangka bahawa sesiapa yang
menyebarkannya akan mendapat shafaat khusus drp. Rasulullah s.a.w.
Sesungguhnya shafaat Rasulullah adalah untuk
org2 yg. tidak melakukan dosa-dosa besar di kalangan umat-umatnya
sebagaimana sabda baginda dlm sebuah hadis:
"Org. yg. paling merasa bahagia dengan syafaatku di hari kiamat adalah
orang yang mengatakan "tiada tuhan yang lain daripada Allah" dengan penuh
keikhlasan hatinya" Kita memohon kepada Allah memberikan kefahaman
yg.benar tentang
urusan agama, menunjukkan jalan yang lurus serta dijauhkan daripada
mempercayai khurafat, rekaan-rekaan dan kebatilan.

Yang benar,

Dr. Yusof Al-Qardawi

Salinan wasiat daripada sheikh Ahmad, Madinah Arab Saudi (yg dikatakan
khurafat oleh Dr. Yusof Al-Qardawi) adalah seperti di bawah:

Pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasullullah saw.
Selepas hamba membaca, hamba lalu tertidur. Dalam tidur hamba bermimpi
bahawa Rasullullah saw mendatangi hamba lalu bersabda:

"Dalam 60,000 yang meninggal dunia pada zaman ini, tiada seorang pun matinya
dalam keadaan beriman. Isteri tidak
mendengar kata suami, orang kaya tidak bertimbangrasa kepada yang miskin,
ramai yang tidak berzakat dan tidak lagi berbuat kebajikan. Oleh itu, wahai
Sheikh Ahmad, hendaklah kamu sampaikan kepada orang-orang Islam ini, supaya
membuat kebajikan kerana hari penghabisan akan tiba, dimana semua bintang
akan terbit dari langit. Sesudah itu, pintu
langit akan tertutup. Tulisan dalam Al-Quran akan hilang dan matahari akan
turun di atas kepala."

Pesan hamba ini: 'bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih
terbuka. Sembahyanglah, jangan tinggalkan zakat, berpuasalah dan tunaikan
fardhu haji jika mampu, jangan derhaka kepada kedua ibu bapa.'
'jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam
kekotoran dan biarlah tidak mendapat perlindungan atau syafaat dari
Rasullullah saw.'

Sambungan wasiat ini:

Perhatian Setelah membaca wasiat ini, hendaklah ditulis atau dicetak dan
sampaikan kepada orang lain atau kirimkan kepada orang lain sebanyak 20
salinan. Ingatlah apabila anda menerima wasiat ini, janganlah dibiarkan atau
diabaikan dan niat anda menerima wasiat ini adalah kerana Allah swt dan
bukannya takut bencana yang akan menimpa.

Sambungan wasiat ini lagi:
Al-kisah:
1. seorang saudagar di Bombay telah menerima wasiat ini dan beliau telah
mencetak 20 salinan dan mengirimkan
kepada orang lain. Ia kemudian dianugerahhi Allah swt dengan mendapat
keuntungan besar dalam perniagaannya.
2. seorang hamba Allah swt telah menerima wasiat yang serupa, tetapi tidak
mengendahkannya dan menganggap wasiat ini
adalah palsu. Maka, selang beberapa lama anaknya meninggal dunia.

Terdapat banyak lagi kisah2 yang diselitkan bersama wasiat tersebut. Saya
percaya ramai diantara kita yang pernah terbaca wasiat ini. Jadi,
sepertimana jawapan daripada Dr. Yusof Qardawi, wasiat ini adalah tidak
benar dan tidak perlu diikuti kerana mungkin aqidah kita akan terjejas
kerana mempercayai bahawa jika tidak menyebarkan wasiat ini, maka akan turun
bencana kepada diri kita. Harap dapat disebarkan maklumat penting ini.
Wallahualam.




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Amri Mat Saaid" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke