*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

------- Forwarded Message Follows -------
From:                   Lenggang Kangkung <[EMAIL PROTECTED]>



Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar
r.a.;"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10
Muharram) adalah seperti berpuasa setahun dan siapa
yangg bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku
bersedekah setahun." Riwayat Albazzar

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah
s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9
Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat
menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang".
Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura
(10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat
menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada
masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi
s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah,
Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh
orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa
Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam
pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya
mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum
puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa
yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga
sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih
Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar
berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai
hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan
pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah
s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Sahih
Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba
di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada
hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?".
Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada
hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh
mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya".
Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan
Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain
berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari
ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara
orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi

__________________________________________________
Melanggan? (FREE) : Send email to: [EMAIL PROTECTED]

Berhenti Melanggan : Hantar email kosong to: [EMAIL PROTECTED]

Laman Web Lenggang Kangkung: http://www.angelfire.com/ct/lk

Email lama daripada Lenggang Kangkung: http://groups.yahoo.com/group/lk/messages

Download File dari Lenggang Kangkung: http://groups.yahoo.com/group/lk/files
 





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Reply via email to