*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Teruskan Penyiaran!!

Bila tersiar di dalam berita tentang bagaimana seorang
MB telah menyebutkan perkataan yang dikira tidak elok
bahasabya terhadap seorang menteri yangdipertanggung
jawabkan menjaga hal ehwal Islam di Malaysia ini, kita
merasakan ia adalah sesuatu yang amat bijak.  Tentunya
para pemikir di Kementerian Penerangan telah
memikirkan semasak-masaknya sebelum berita itu
dikeluarkan.  Sudah pasti juga slot berita itu akan
memberi kesan yang mendalam ke dalam minda rakyat
Malaysia yang mahukan makluman tetapi berasa amat
berat untuk mencari sumber maklumat tersebut.

Minda rakyat Malaysia bukan sahaja mahukan maklumat di
dalam satu kes yang terpencil dan tersendiri.  Rakyat
mahukan maklumat jika boleh di dalam semua kes, dan
terhadap semua MB, MP, ADUN dan sesiapa sahaja yang
menyanggahi pimpinan negara tercinta ini.  Mahukan
makluman tetapi berasa amat berat untuk mencari sumber
maklumat tersebut, dan ditambah pulak dengan risiko
yang terpaksa ditanggung untuk menghadiri sessi-sessi
ceramah mereka, maka tentulah amat wajar jika suatu
slot di dalam masa perdana diperuntukkan untuk
memperdengarkan segala dakyah mereka di dalam media
penyiaran arus perdana supaya dakya-dakyah mereka itu
masuk ke dalam setiap rumah di setiap pelosok negara
kita.  

Kita telah mendengar sedutan ucapan dua orang MB. 
Kita mahu mendengar sedutan ramai dari mereka, yang
menjadi MP dan ADUN dan siapa sahaja.  Kalau boleh
jangan sekadar sedutan.  Siarkan keseluruhan ucapan
mereka, tentunya kita akan mendengar dan melihat lebih
banyak dakyah mereka.

Para pemikir di Kementerian Penerangan sepatutnya
memikirkan hal ini.  Sekadar sedutan, rakyat boleh
menempelaknya sebagai propaganda.  Siarkan kesemua,
biar segala kata buruk dan kurang tepat mereka itu
diketahui oleh sesiapa sahaja.

Kita dapat melihat sendiri jika slot yang lebih
panjang diberikan terhadap unsur-unsur tidak positif
begitu.  Perhatikan kesan peristiwa Memali bila
disiarkan dengan panjang lebar di media penyiaran. 
Mereka terpaksa berhempas pulas untuk meyakinkan kita
supaya tidak mempercayainya.  Dan kita mempunyai
tangan-tangan dan kaki-kaki yang sentiasa bersama
kita.  Belum sempat mereka dapat menjawap persoalan
kita dan memalingkan rakyat daripada kebenaran kita,
suatu juzuk dari anggota kita telah memainkan
peranannya.  Dan mereka tenggelam di dalam kebenaran
kita dengan minda rakyat teramai yang tidak dapat
dipalingkan, dan mereka tiada kaki-kaki dan
tangan-tangan yang banyak seperti mereka.

Tahniah!!!!



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?amir=20afnan?= <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to