*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Agak-agaknya kalau kejadiannya berlaku dimesyuarat pembangkang, mesti the medias and the ministers would have a field day, saying, 1) Ahli-ahli pembangkang menyerang polis, ini mesti terpengaruh dengan ajaran islam yang salah. 2) Ni la kerja pembangkang, negara aman, dia pi serang polis, mereka ni, apa nama , musti dari pihak KMM.
3) eeetu orang suda serang polis, sebab itu kita keeena serang mereka balik >From: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]> >To: [EMAIL PROTECTED] >Subject: H-Net* Polis Lepas Tembakan Lerai Pergaduhan Mesyuarat UMNO >Cawangan >Date: Sat, 16 Mar 2002 06:39:53 -0800 (PST) > > > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* > { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } > { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } > { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* > PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ >Polis Lepas Tembakan Lerai Pergaduhan Mesyuarat UMNO >Cawangan > > MARANG, 16 Mac (Bernama) -- Polis terpaksa >melepaskan dua das tembakan amaran bagi menyuraikan >pergaduhan yang berlaku pada mesyuarat Umno cawangan >Pulau Kerengga di sini Jumaat petang. > >Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Wan >Mohamad Wan Abdullah berkata anggota polis berpangkat >lans koperal dari Ibu Pejabat Polis Daerah Marang itu >melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri apabila >diserang sekumpulan lima lelaki ketika cuba >menyuraikan pergaduhan pada mesyuarat itu. > >Ketika dihubungi di sini Sabtu beliau berkata kejadian >berlaku pada pukul 3.15 petang semalam apabila >sekumpulan lelaki menyerang lima anggota polis, >termasuk tiga yang berpakaian preman, yang bertugas >mengawal keadaan pada mesyuarat di Sekolah Kebangsaan >Pulau Kerengga itu. > >Wan Mohamad berkata berikutan kejadian itu, polis >menahan enam lelaki berumur antara 20 dan 60 tahun >untuk siasatan dan kesemua mereka dibebaskan selepas >polis mengambil kenyataan daripada mereka. > >Beliau berkata polis masih mengesan beberapa orang >lagi untuk disoal siasat. > >Menurut beliau, dua kumpulan pada mulanya bergaduh >ketika mesyuarat berlangsung dan polis yang cuba >menyuraikan pergaduhan itu sebaliknya diserang mereka >termasuk menggunakan kerusi. > >Difahamkan kejadian berlaku berikutan rasa tidak puas >hati sekumpulan lelaki dengan keputusan Umno Bahagian >Marang membatalkan mesyuarat cawangan itu yang >diadakan pada 8 Mac lepas. > >Keputusan itu diambil kerana Umno Cawangan berkenaan >menetapkan tarikh dan tempat persidangan tanpa melalui >mesyuarat jawatankuasa terlebih dahulu. > >Setiausaha Umno Bahagian Marang, Alias Abdullah >berkata keputusan bahagian supaya persidangan 8 Mac >ditangguhkan bagaimanapun tidak dihiraukan ketua >cawangan itu dan meneruskan mesyuarat di sebuah rumah >anggota Umno di kawasan itu. > >Pergerakan Pemuda dan Wanita cawangan turut >mengeluarkan usul tergempar, tidak berpuashati dengan >penetapan tarikh dan tempat mesyuarat itu. > >Selepas mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa >cawangan, satu tarikh baru ditetapkan iaitu semalam di >Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga, katanya. > >Alias berkata kekecohan bermula apabila sekumpulan >lelaki cuba menggagalkan mesyuarat cawangan itu >semalam dengan merampas pembesar suara daripada >pengerusi majlis sehingga menimbulkan ketegangan. > >"Berikutan itu berlaku pergaduhan sehingga anggota >polis yang bertugas terpaksa campurtangan untuk >meleraikan keadaan," katanya. > >Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, >Datuk Idris Jusoh ketika dihubungi berkata pergaduhan >itu tidak sepatutnya berlaku kerana persidangan Umno >sepatutnya berlangsung dalam keadaan harmoni. > >"Saya kesal di atas kejadian yang boleh menjatuhkan >imej parti itu," katanya. > >Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Ismail >Said berkata beliau telah meminta Ketua Umno Bahagian >Marang, Datuk Muda Mamat menyerahkan laporan berhubung >kejadian itu. > >Kejadian itu mungkin dibincangkan dalam mesyuarat >perhubungan yang dipengerusikan Timbalan Perdana >Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri >Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Isnin ini, katanya. > >Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang DSP A. > >Wahab Syed Majid berkata polis menerima dua laporan >mengenai kejadian itu dipercayai dari kumpulan >berlainan. > >-- BERNAMA > > > > >__________________________________________________ >Do You Yahoo!? >Yahoo! Sports - live college hoops coverage >http://sports.yahoo.com/ > > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ > ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) > ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) > ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) > ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) > ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ > >Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]> Zainol Zainuddin _________________________________________________________________ MSN Photos is the easiest way to share and print your photos: http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Zainol Zainuddin" <[EMAIL PROTECTED]>