*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa-apapun kita kena respek keputusan mak/ayah.  Mereka lebih dulu makan 
garam, dan kerisauan mereka terhadap nasib masa depan anak mereka biasanya 
berasas.  Mungkin kita akan kata, apalah orang tua tu mata duitan, nak anak 
dia kahwin dengan orang kaya je.  kadang-kadang sebagai orang tua terpaksa 
jadi mata duitan jugak.  bayangkan mamat A ni kerja tak seberapa, 
cukup-cukup makan, yg mamat B ni katakan pegawai.  bila dah kahwin, anak dia 
yg kahwin ikut kehendak hati lambat buat kopi kena marah juga ngan suami.  
yg kahwin dengan pegawaipun kena jugak marah dengan suami.  mana lebih baik? 
  baiklah kahwin dengan orang berharta.  memanglah belum kahwin ni tak 
pernah kena marah dengan bf, lemah-lembut sopan-santun boyfriend I, lepas 
kahwin siaplah!

Jangan sekali-kali kamu berkata "ah"  kepada ibumu.  Kata "ah" pun tak boleh 
inikan pula nak melawan kehendak mereka.  janganlah kita mendakwa-dekwi 
keputusan mereka.  ikut kehendak mereka insyaAllah kita akan selamat.  satu 
pengalaman hidup saya sendiri, pernah ada seorang kawan masuk meminang, ayah 
saya tolak mentah-mentah.  masa tu terkejut juga sebab orang tu solat kat 
surau tak pernah miss, mengaji siap dengan tajwid, apa yg kurang?  tapi 
sebab saya berpegang pada prinsip, persoalan jodoh adalah persoalan antara 
hidup dengan mati sebab kita akan hidup dengan dia sampai mati, maka hitam 
kata mak, hitamlah kata saya, putih kata mak putihlah kata saya.  Allah nak 
tunjuk kat saya betapa pilihan saya tu silap, hari dia kahwin, tak solat 
Jumaat.  rupa-rupanya lebai dia tu, lebai tunjuk je, lebai nak ambik hati, 
bukan lebai pure.

ramai gadis sekarang ni tertipu dengan pujuk rayu lelaki.  yakinlah bahawa 
kehidupan manusia ni bukan macam filem hindustan.  berkahwin dengan pujaan 
hati kemudian hidup happily forever after.  berapa ramai orang yg usia 
percintaan lebih panjang dari usia perkahwinan.  berapa ramai orang yg 
menyorokkan keburukan sendiri semasa bercinta,epas kahwin terbongkar 
semuanya.  eh masa bercinta takkan nak tonjolkan keburukan kita, nanti tak 
lakulah.  betapa ramai orang yg tak nampak keburukan pasangannya kerana 
terlalu asyik mahsyuk bercinta.  tak dengar dah apa yg mak ayah cakap kerana 
terlalu percaya pada teman.  ada seorang kawan bertunang dengan penagih 
dadah.  berbuih orang nasihatkan dia, tapi apa dia kata?  "kamu tak tahu, 
dia tu sebenarnya baik, lemah-lembut orangnya"  itulah yg dikatakan cinta 
itu buta.

sekali lagi saya ulangi kenyataan saya, sesiapa saja boleh jadi pasangan 
hidup kita, tapi kita cuma ada seorang ayah dan hanya seorang wanita yg 
pernah melahirkan kita.  janganlah kamu berkata "ah" kepada ibumu.  
janganlah kita bersekongkol dalam melakukan kemungkaran.


>From: semetec <[EMAIL PROTECTED]>
>Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
>To: Ui Dann <[EMAIL PROTECTED]>
>CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Nak Nikah Express Kat Siam
>Date: Mon, 18 Mar 2002 12:38:31 +0800
>
>Kadang-kadang tu kena tengok jugak sebab apa mak/ayah tidak memberi
>restu
>adakah berdasarkan kepada nilai-nilai kemanusian atau nilai-nilai
>kebendaan.
>
>Mak/ayah ni pun bukannya semua betul (harap jangan pulak ada yang salah
>faham)
>
>Kadang-kadang tu kerana pangkat ..kerana harta....kerana tak ada title
>datuk..tan sri
>kalau cam tu ...tak kan nak ikut gak mak/ayah  ... :-)
>
>Ui Dann wrote:
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > saya pasti saudara ni belum berkahwin atau belum punya anak.  jika 
>saudara
> > dah punya anak saudara akan faham perasaan kasih-sayang seorang ibu atau
> > seorang ayah kepada anaknya.  bila saja seorang anak dilahirkan hancur
> > luluhlah seorang parent kerana kasih, sayang dan cinta kepada anaknya.
> > semakin hari semakin banyak harapan dia pada anaknya.  sakit kepala
> > dibuatnya kerana terbangun tengah malam sebab anak menangis.  seorang 
>ayah
> > tetap bersabar, seorang ibu tetap mendodoikan anaknya hingga lena.  
>pergi ke
> > kedai ternampak baju cantik teringat pada anaknya, duit cuma sikit, tapi
> > sebab nak nampak anak cantik belikan jugaklah.  baru balik dari kerja, 
>ingat
> > nak rehat sebentar, tapi anak datang kacau nak bergurau terpaksa layan
> > sekejap.  segarang-garang seorang ayah, walau macamana kuatpun dia 
>menjerkah
> > anak, tapi jauh disudut hatinya sejuk hatinya bila memandang anaknya 
>sedang
> > lena tidur.
> >
> > hancur luluh hati seorang ayah dan ibu bila mengetahui anaknya berkahwin
> > dengan orang yg tak direstui.  seolah-olah anaknya lupa pada pengorbanan
> > mereka selama ini.  kalau aku tahu anak aku akan ingkar pada perintahku, 
>aku
> > tak akan bangun malam melayan dia menangis, lebih baik kututup saja 
>mulutnya
> > biar mati, taklah aku sakit hati sekarang.  kalau aku tahu anak aku akan
> > melawan cakap aku sekarang, buat apa aku nak ikut kerenahnya belikan 
>makanan
> > itu, baju ini dan mainan yg mahal.
> >
> > suatu hari saudara akan bergelar ayah atau ibu.  saudar/i akan mempunyai
> > anak-anak yg bakal dikasihi yg dipanggil pengerat kasih-sayang suami 
>isteri.
> >   mahukah saudara/i jika suatu hari bayi yg anda puja dan sayangi spenuh
> > hati suatu hari melawan cakap ibu/ayahnya?
> >
> > ni nak cerita ada seorang cikgu tu.  mak ayah perempuan tu tak setuju
> > anaknya kahwin ngan cikgu tu.  tapi yg pompuan degil nak jugak.  pompuan 
>ni
> > memang lawa, maka cikgu tu gilakan habis akan dia.  maka dipujuk-pujuk
> > dibawak lari. buang emak buang saudara kerana kekasih hamba 
>turutkan(bodoh
> > punya ungkapan)  setelah sekian tahun maka menjadilah cikgu itu seorang
> > menteri.  bila dah jadi menteri kahwinlah lagi dengan seorang artis yg
> > seksi-meksi.  maka menggigit jarilah isteri yg dah tinggalkan keluarga
> > kerana cikgu megat.
> >
> > pasangan hidup kita boleh cari, siapa-siapapun boleh jadi pasangan hidup
> > kita, tapi kita hanya ada seorang ayah dan hanya seorang wanita yg 
>pernah
> > melahirkan kita.  janganlah bersubahat dalam melukakan hati seorang ibu 
>atau
> > ayah.
> >
> > >From: "yus yus" <[EMAIL PROTECTED]>
> > >To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
> > >Subject: H-Net* Nak Nikah Express Kat Siam
> > >Date: Mon, 18 Mar 2002 09:34:04 +0800
> > >
> > >
> > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> > >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> > >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >Assalamualaikum,
> > >Kawan saya nak nikah melalui wali hakim pasal family dia tak restu. Tak
> > >kira la kat Siam ke kat Malaysia ke, janji dapat nikah. Ada tak netters
> > >dapat tolong cerita secara ringkas process tu. Kalau ada contact number
> > >lagi baik. Tolonglah saudara kita ni.
> > >P/S : Ayah si perempuan ( Wali Utama )ni tinggal kat Kuala Terengganu, 
>dah
> > >lebih 2 marhalah dari Siam.
> > >--
> > >
>


_________________________________________________________________
Chat with friends online, try MSN Messenger: http://messenger.msn.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke