*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Dua tiga hari ini, dok ingat nak dok senyap-senyap, nak baca saja apa yang 
orang lain dok tulis dalam forum ini. Tapi, bila dok baca berita-berita muka 
depan di akhbar-akhbar utama dan dok tengok sari berita semasa tu, jadi tak 
toghah (tak tau arah) nak dok. Rasa nak kena tulis jugak untuk men-releasekan 
tension yg kian membengkak di dada ini.

Entah pasal apa, sejak-sejak depa dok usung angkut geng-geng KMM masuk ISA, 
ada yg ditahan tanpa bicara (ISA pun dak, bicara pun dak), dan ada pula yg 
kini hidup menjadi pelarian di negara sendiri, bersembunyi di merata tempat, 
bimbang untuk pulang ke pangkuan keluarga kerana khuatir diusung sama - 
sementara di luar sana pulak, tak dak sapa pun yg mengambil berat mengenai 
mereka; hati ini secara beransur-ansur, entah kenapa dah naik rasa malas dah 
nak tumpang berforum seperti biasa.

Kadang-kadang terlintas di benak hati satu persoalan:

"Awat masa kes reformasi dulu, ramai orang sanggup turun ke Jalan, tapi bila 
beberapa orang hamba Allah yg semua orang tau tak bersalah apa-apa ini dicekup 
dan dipisahkan daripada kaum keluarga dan kehidupan seharian, tak dak sapa pun 
yg dok ambik perhatian?"

SALAHnya depa hanyalah kerana pernah sekali atau dua tiga kali dalam hidup 
mereka, mereka sengaja tinggalkan kehidupan duniawi, tinggalkan anak bini di 
negara Malaysia tercinta ini semata-mata kerana lillah hi taala, mencari 
syahid di rantau orang.

Kalaulah mengejar syahid itu dikira salah, kalaulah membantu dan membela 
saudara saudara seislam yg tertindas di negara mereka itu dikira salah, dan 
kita pula redha sepenuhnya dengan apa yg puak-puak Munafikun sedangkan lakukan 
ke atas mereka-mereka ini; maka percayalah bala panas kering dan entah apa-apa 
yg sedang melanda negara kita ini hanya satu titik permulaan saja; entah bala 
apakah lagi yg sedang menanti kita, wallah hu taala aklam!

Saya nie pun buat tak kenai depa saja; cuma dok tengok gambaq-gambaq dan nama 
depa dok keluar di muka depan Utusan Malaysia. Tak boleh nak bayangkan kalau 
yg kena tu saudara mara saya atau pun kenalan terdekat, mungkin lagi mendalam 
rasanya marah di dalam dada.

La nie, bila tengok Singapura dok asak kita bagai nak rak; daripada isu 
tudung, isu ayaq hinggalah kpd isu terbaru kes penambakan tanah tu, walaupun 
malas nak ulas, tapi nak kena sembang jugak bab nie. Nak habag kat hangpa la; 
Singapura tu memang dok cari pasal nak perang dengan kita!

Sebab utamanya, penduduk depa makin lama makin bertambah, pembangunan makin 
meluas, tapi tanah dok besaq tu jugak.

Satu strategi ialah ikut style Israel; cari sebab untuk perang dengan 
Malaysia.

Kalau jadi perang.. ....zupp!! sekali serang saja, terus dapat tawan Johor; 
lepas tu perang la sekejap enam tujuh hari; kemudian panggil PBB masuk campur. 
Bila US, Britain ka apa ka pakat turun mai, depa pun buatlah Perjanjian Damai 
macam Kem David ka apa ka; lepas tu salah satu syaratnya sekian-sekian kawasan 
di Selatan Malaysia (mungkin termasuk JB kot) hendaklah dijadikan sebagai 
sebahagian Wilayah Singapura. Alasannya, atas sebab-sebab keselamatan, 
antaranya untuk menjadi benteng pertahanan kpd Singapura drpd 
'pengganas/terrorist' Islam yg dok ada di sekelilingnya.

Malaysia pun sebab tak dak sapa-sapa negara dunia yg nak back-up, dalam 
terpaksa, kenalah juga mengalah.

Ooh, depa kata tak aih, tak logik aih jadi macam tu; askar2 dan komando2 kita 
bukannya koman, semuanya hebat2 belaka. Hebat apa; sekali Singapura tiupkan 
terompet perang, maka bangunlah semua 'tentera-tentara simpanan' depa yg dok 
ada di merata ceruk di negara Malaysia ini.

Malaslah nak habag kat hangpa; hari tu masa aku pi outstation (company hantar) 
dengan rakan seopis (tak payah habaglah bangsa apa); kami kena pi JB, so dok 
ingat nak lajak masuk Singapore. Entah macam mana, mungkin tersilap cakap atau 
slip of tongue, dia terhabag kata dia nie pernah ikut latihan tentera simpanan 
Singapore sampai Taiwan ka mana.

Terkejut aku - tentera simpanan Singapore? Rakyat Malaysia?

Itu yg aku tau, yg aku tak tau? yg hangpa tak tau? yg Najib tak tau? yg MINDEF 
tak tau? yg MIO (Military Intelligence Officer) tak tau?

Entah apa-apa plan depa tengah dok plan la nie; yang kita pulak dok sebuk pi 
cekup puak-puak KMM, patutnya dlm keadaan Singapura dok ghairah nak cari sebab 
untuk berperang dengan Malaysia ini, pi lah cekup 'tentera-tentera simpanan' 
depa yg dok ada di Malaysia nie dulu. Ini pi cekup geng-geng KMM, sedangkan yg 
kita tau puak-puak KMM tu tak pernah terfikir pun nak ganyang Malaysia....nak 
tumpang pertahan Malaysia sampai mati ada la!!

Apa ra...


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ru Antara <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to