*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Kepada Puan yang meminta nasihat...

Saya bukan apa... cuma sekadar ingin meluahkan apa yang saya rasa bila baca tentang cerita puan. Saya pun ada anak... 4 orang. Dari 7 tahun hinggalah 8 bulan.

Sebagai ibu yang berkerja dan ada anak yang boleh dikatakan sedang membesar dan memerlukan perhatian.. kita harus banyak bersabar. Itu yang pertama. Kenakalan anak dan sebagainya adalah lumrah kanak2. (kita tak tahu diri kita dahulu macamana) . Tapi yang inginkan saya tekankan disini bahawa kita harus pandai mengawal perasaan marah bila berdepan dengan anak2. SEbagai IBU dan BAPA , kita seharusnya lebih bijak melakukan atau menangani apa2 perkara-perkara atau masalah terutama sekali melibatkan anak kita.

Kita harus menunjukkan kebijaksanaan kita menangani kedegilan mereka dihadapan mereka. Setengah dari mereka kadang2 hanya nak perhatian dan seolah mahu menguji diri kita. Tapi cuba kita buat bersahaja dengan kedegilan mereka dan seolah2 mengikut apa yang mereka buat... contohnya kalau mereka kata kita ni tak sayangkan mereka .. cuba kita kata yang sama pada mereka. Dan kita bagi facts yang menyokong apa yang kita katakan pada mereka. Contohnya ..."abang/kakak pun tak sayang pada mama kerana abang/kakak suka buat buat sesuatu yang mama tak suka, suka main barang2 mama/papa ... etc" tengoklah apa jawab mereka.  Anak2 ini sebenarnya lebih kreatif dan jujur. Mungkin ada perkara yang mereka nak luahkan secara tak langsung. Dan pada mereka dengan bertindak nakal mereka mendapat perhatian kita....

Tengoklah iklan McDonald , si anak lelaki makan bersama ayahnya... (bukan nak ikut contoh mereka makan..) tapi kalau si IBU atau BAPA ikut apa yang anak2 buat... mungkin dapat rasakan apa yang mereka lalui dan secara tak langsung anak itu rasa IBU atau BAPA itu memahami mereka...) Mungkin juga ini dapat mengurangkan 'tekanan' pada si anak yang inginkan perhatian dari IBU atau BAPA bila melihat IBU atau BAPA mereka melakukan perkara yang mereka lakukan....

Terus terang MEMUKUL tidak menolong apa2 cuma yang nyata adalah ianya dapat melepaskan geram kita sahaja. Tapi peratus membantu anak supaya tidak nakal / degil ...????  Besok lusa mungkin dia buat lagi walaupun telah dipukul....

Gunakanlah alternatif ... cara psikologi ke? kerana setiap manusia pasti tidak suka dibalas dengan kekerasan... Puan tentu juga begitu...

Wallahualam.

 



 

>From: "Moderator Keluarga/Sutera" <[EMAIL PROTECTED]>
>Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
>To: "Keluarga" <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: Fw: [Keluarga] minta nasihat
>Date: Tue, 19 Mar 2002 22:09:37 +0800
>
>Terima kasih kerana anda setia bersama lebih 6250 orang ahli Keluarga yang
>lain!
>Jemputlah rakan anda menyertai kita semua. Untuk menyertai Group Keluarga,
>mereka perlu hantar e-mail kepada [EMAIL PROTECTED]
>~..~~..~~..~~..~~..~~..~~..~~..~~..~~..~~..~~..~~..~~..~~..~~..~~..~~..~~..~
>
>
>walaikumussalam,
>
>saya pun pernah marah dan geram sebegitu rasa hingga
>pada saat marah tu boleh saya pukul dan lempang muka
>adik saya yang ke dua. masa tu dia belum masuk darjah
>4 lagi. Adik perempuan saya tu memang degil, nakal dan
>perangai lasak skit. Yang buat kita hilang sabar ialah
>degil dia tu lah. Tapi lepas pukul dia tu, bila tengok
>dia dah tidur, timbul rasa kesian... menyesal pun ada.
>Sekarang ni kalau rasa nak marah sangat, saya cepat2
>pegi tempat lain, tak mengadap muka dia...lepas sejuk
>skit, baru saya selesaikanmasalah degil dia tu.
>
>Puan, puan tengok tak citer jam 4.30 TV1 setiap
>petang? Asmah pun anak kedua, dan dia ni jenis tomboi
>skit. Mak dia pun selalu pukul Asmah dan selalu cakap
>dia tak guna. Kalau duit hilang Asmah la yang kena,
>lebih2 lagi kakak dan adiknya tuduh dia yg ambik w/pun
>bukan dia buat. Last sekali, dia bagi Asmah kat orang
>lain. Bila Asmah dah besar, dia balik semula kat rumah
>dia, dia kata dia rindukan mak dia, dan dia selalu
>tanya mak dia - mak tak sayangkan dia ke? Mak bencikan
>dia ke?
>
>Macam mana puan nak jawab soalan tu kalau ia ditanya
>pada Puan? Mesti Puan jawab, mestilah sayang. Kalau
>sayang, kenapa pukul? Kenapa cakap benci? kenapa kata
>macam2?
>Nanti kalau Puan selalu pukul anak puan, adik beradik
>lain pun kalau ada apa2 hal, akan kata KakNgah yang
>buat, dan puan tanpa usul periksa akan menghukum anak
>Puan, sebab Puan dari awal lagi memang bersikap berat
>sebelah dengan dia, kan.... bayangkan lah jika dia tak
>bersalah. Tentu dia akan menyimpan perasaan dendam
>pada ibunya dan adik2nya. Tentu dia rasa disisihkan
>oleh mak kandungnya sendiri.
>
>Tak kan tak sikit pun rasa kasih puan pada dia?
>
>Kalau buruk layanan yang diberikan, kalau kesat kata2
>yang dilemparkan, kalau benci yang diluahkan, lama
>kelamaan bimbang dia akan membesar dengan perasaan
>marah, bersikap bengis dan sentiasa berkata2 kesat.
>Atau sebaliknya, dia akan membesar dengan rasa hilang
>keyakinan pada diri sendiri, takut untuk menunjukkan
>sifat kasih sayang dan sukar untuk berinteraksi.
>
>Anak yang macam mana Puan nak besarkan?
>
>Anak yang tahu menunjukkan rasa kasih kepada ibunya,
>anak yang pandai hormat orang tua, anak yang tidak
>berkasar dan anak yang yakin pada diri sendiri.
>
>Puan bawakkan bersabar.
>Mintalah doa agar tuhan kayakan puan dengan sifat
>sabar dan hati yang tenang.
>Puan berdoalah agar anak itu dilembutkan hatinya agar
>sama2 dapat puan atasi masalah ini.
>Apa kata Puan peluk anak puan di saat-saat puan nak
>pukul dia? Mungkin dari situ Puan akan sejuk hati dan
>dia pun mesti terharu dipeluk oleh ibunya.
>
>saya harap Puan dapat menahan diri dari bersikap kasar
>dan berkata2 yang tak baik. Kalau kata2 tu dah
>terkeluar, susah nak tarik balik, dan anak puan akan
>ingat kata2 tu pernah dikatakan oleh ibunya sampai
>bila2.
>
>harap dapat membantu.
>
>cikmek2002.
>
>
>
>
>--- azim izzati <[EMAIL PROTECTED]>wrote:
> >
> > Assalamualaikum.
> >
> > saya seorang ibu kepada 4 orang anak, 2 lelaki dan 2
> > perepuan. tetapi apa
> > yang ingin saya luahkan di sini, ialah sikap anak
> > kedua saya (perempuan)
> > yang berumur 6 tahun yang saya rasakan terlalu nakal
> > sehingga saya sudah
> > tidak tahan dengannya. malahan saya pernah beberapa
> > kali mengeluarkan
> > perkataan-perkataan yang tak sepatutnya dikeluarkan
> > oleh seorang ibu.
> > pernah saya berharapkan agar beliau mati.
> > sebenarnya saya tidak berniat
> > begitu, tapi mungkin sebab saya dalam keadaan marah,
> > maka terkeluar
> > perkataan-perkataan yang sebegitu.
> >
> > apa yang saya tahu, apa yang dikatakan oleh seorang
> > ibu itu, dikatakan doa
> > yang akan dimakbulkan Allah. saya sekarang ni
> > menjadi serba salah yang
> > teramat sangat. risau pun ada kalau terjadi sesuatu
> > yang tidak diingini
> > padanya.
> >
> > pernah saya melempang anak saya itu sehingga
> > berkesan mukanya. ditambah
> > lagi dengan suami saya yang merotannya sehingga
> > terdapat kesan-kesan calar
> > di muka dan badan. pernah juga saya beritahu anak
> > saya itu untuk memberinya
> > kepada kakak atau saudara saya yang tidak mempunyai
> > anak tetapi dia enggan.
> > bukan apa daripada saya melakukan perkara-perkara
> > yang diluar batasan adalah
> > lebih elok dia saya beri pada orang yang akan
> > menjaganya dengan penuh kasih
> > sayang.
> >
> > tolong beri nasihat.
> >
> > terima kasih.
> >
> >
>_________________________________________________________________
> > MSN Photos is the easiest way to share and print
> > your photos:
> > http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx
> >
> >
> >
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Sports - live college hoops coverage
>http://sports.yahoo.com/
>
>
>_________________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Get your free @yahoo.com address at http://mail.yahoo.com
>


Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "farina deen" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke