*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salamun 'alaikum,

Cis ! Air tak de lagi ! Mana pergi air ? Kenapa bila
kemarau, air tak de ? Logik ke bagi kita yang
bermastautin dinegara khatulistiwa 'panas lembab'
sepanjang tahun ni ? Mengapa S'pore yang cikenet tu
pun tak kena catuan ?

Isk memang tak logik.

Sepatutnya negara maju macam Malaysia ni, ada sistem
pengairan yang paling cekap didunia sebab negaranya
tak besar mana sangat dan iklim memustahilkannya. Apa
la sangat cabaran bagi merealisasikan sistem pengairan
tu dinegara kita ni ? Mana perginya engineer-engineer
mahsyur yang membina airport canggih, bangunan cakar
langit, laluan transit ringan, MyCard !? Mana dia
pemimpin-pemimpin negara yang berjanji memberi
kebahagiaan pada rakyat ? Mana dia akujanji kakitangan
JKR, JPS dan tah apa lagi jabatan air yang berjanji
nak berkhidmat cemerlang untuk rakyat ? Mana dia wang
rakyat yang kini ditagih bila diserang sindrom kurang
daya tahan tak mandi !?

Mana perginya semua tu ??

Semuanya terjawab bila Kuala Lumpur sebagai bandaraya
termaju diMalaysia yang dibanggakan menghadapi kemarau
teruk diluar paip air mahupun didalam paip air !!
Bangga la lagi dengan Malaysia boleh ! Boleh
menghilangkan air walau negara sentiasa basah.. Pirah
! Goblok tenging punya mangkuk !

Semuanya diam membodoh diri bila diminta mengulas
mengenai bab catuan air setiap tahun bila tiba musim
kemarau. Ada yang memperodohkan rakyat dengan makin
angin ditempat beku - Antartika - ada yang timbulkan
isu lain demi menutup pekong akal totok diri sendiri.

Semuanya terjawab bila menonton tv berita perdana
amanat PM dari Antartika bersama pejuang rakyat ebih
kurang 60 orang makan angin dan ais batu, melihat
Litar F1 Sepang mengutip untung RM1 billion tapi tah
kemana hala untung tersebut, membaca didada akhbar
tentang pembelian bilion ringgit heli dan jet pejuang
second hand yang akan menjunam menerjah bumi serta
membunuh askar udara dengan tempat duduk pesawat yang
longgar !

Atau pun semuanya menanti isu air kering membuka
peluang baru untuk para barua meratah hidup-hidup wang
rakyat untuk projek peningkatan terkini mutu sistem
pengairan negara.. Bedebah punya badigol !

Aku benar-benar hairan dengan Malaysia ni, nak kata
bodoh sangat tu sampai meleleh air liur tak jugak,
pandai pulak bab nujum - KMM misalnya, yang tak wujud
dikatakan dah wujud. Nak kata bijak sangat sampai
masuk Rekod Dunia tak jugak sebab masih ada lagi
tempat yang tak berair bila tiba musim, isk.. musykil
betul !

Nak kata miskin tak de modal jauh sekali kriterianya,
ada itu dan ini sepertimana negara kaya. Nak kata kaya
tak jugak hutang negara berkoyan-koyan dari tahun ke
setahun sebab dilantak oleh pelantak penyangak wang
rakyat. 

Habis tu apa lagi alasan diorang ?? 
Apa dia ? Duit ? Ala duit lagi.. tak pe, diorang nak
duit ? Kita bayar.. berapa ? Ikut mana nak bayar ?
Saman ? Cukai pintu ? Tol ? Bil ? KWSP ? Tabung Haji
?Ala berapa sen sangat.. ye tak ! RM50 billion cukup ?
Tengkorak diorang ! Ingat kita ni cap duit ke !!

"Ingatlah wahai manusia, setiap yang bernyawa PASTI
mati, setiap yang mati akan ditanya tentang amalannya,
apakah amalan yang kamu jawabkan nanti ?"

Kesian dan simpati betul aku pada warga negeri atau
daerah yang akan kena catuan air terutama KL. Perkh !
Bertambah harumlah nama negara bila KL dipenuhi dengan
pelancong asing menutup hidung lalu lalang didepan
masyarakat setempat yang tahan tak mandi seminggu.

Haprak betoi Kerajaan Malaysia !

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Sports - live college hoops coverage
http://sports.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hus Cokro <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke