Note: forwarded message attached.

=====



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Movies - coverage of the 74th Academy Awards®
http://movies.yahoo.com/
--- Begin Message ---
> > Pramugari Koma di Tanah Suci
> >
> > Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya
> > menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai
> > pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak
> > peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan
> > sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di
> > pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an
> > semasa saya menguruskan satu rombongan haji. ketika itu umur saya 20
> > tahun dan masih menuntut di universiti al-azhar, kaherah. kebetulan
> > ketika itu saya balik ke mekah sekejap untuk menghabiskan cuti
> > semester. saya menetap di mekah mulai 1981 selepas menamatkan
> > pengajian di sekolah agama gunung semanggol, perak. Keluarga saya
> > memang semuanya di mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek
> > saya di perak.
> >
> > Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, haji nasron untuk
> > menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung
> > dalam keluarga. Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut
> > dan rombongan haji di lapangan terbang jeddah kami sambut dengan
> > sebuah bas. semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka
> > mengerjakan haji. sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan
> > dari situ, kami menuju ke madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan
> > lancar hinggalah kami sampai di madinah.
> >
> > Tiba di madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. turunlah mereka
> > seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.
> > tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi
> > madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak
> > sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus
> > jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "kakak
> > ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. suasana yang
> > tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. semua jemaah nampak
> > panik dengan apa yang sedang berlaku. "badan dia panas dan menggigil.
> > kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke
> > hospital," kata saya. tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita
> > tersebut dan membawanya ke hospital madinah yang terletak tidak jauh
> > dari situ. sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat
> > penginapan masing-masing.
> >
> > Sampai di hospital madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri.
> > berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun
> > semuanya gagal. sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
> > sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. saya
> > terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan.
> > namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital
> > madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. bagaimanapun,
> > saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. selepas dua hari,
> > wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. saya makin cemas,
> > maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan
> > situasi seperti itu. memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya
> > gagal, maka wanita itu dihantar ke hospital abdul aziz jeddah untuk
> > mendapat- kan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di jeddah
> > lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. namun usaha
> > untuk memulihkannya masih tidak berhasil. jadual haji mesti
> > diteruskan. kami bertolak pula ke mekah untuk mengerjakan ibadat haji.
> > selesai haji, sekali lagi saya pergi ke jeddah. malangnya, bila sampai
> > di hospital king abdul aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita
> > tersebut masih koma. bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil.
> > melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di
> > hospital.
> >
> > Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka mata- nya. dari
> > sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.
> > tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk
> > saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. sudah tentu saya
> > terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. tambahan pula kenapa saja dia
> > tiba-tiba menangis?
> >
> > Saya bertanya kepada wanita tersebut, "kenapa kakak menangis? "mazlan
> > ..kakak taubat dah lan. kakak menyesal, kakak takkan buat lagi
> > benda-benda yang tak baik. kakak bertaubat, betul-betul taubat."
> > "kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih
> > terpinga-pinga. wanita itu terus menangis teresak- esak tanpa menjawab
> > pertanyaan saya itu. seketika kemudian dia bersuara, menceritakan
> > kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya
> > perlu diambil iktibar oleh kita semua. katanya, "mazlan, kakak ni
> > sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. tapi kakak
> > silap. kakak ini cuma islam pada nama dan keturunan saja. ibadat satu
> > apa pun kakak tak buat. kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan
> > ibadat kakak dan suami kakak tak buat. rumah kakak penuh dengan botol
> > arak. suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja,"
> > katanya tersedu-sedan.
> >
> > "Habis yang kakak pergi haji ini?" "yalah...kakak tengok orang lain
> > pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.", "jadi apa
> > sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. ada sesuatu ke yang
> > kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi. dengan suara
> > tersekat-sekat,wanita itu menceritakan, "mazlan...Allah itu maha
> > besar, maha agung, maha kaya. semasa koma tu, kakak telah diazab
> > dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah
> > kakak buat selama ini. "betul ke kak?" tanya saya, terkejut. "betul
> > mazlan.
> >
> > Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan
> > yang Allah beri kepada kakak. balasan azab lan, bukan balasan syurga.
> > kakak rasa seperti diazab di neraka. "kakak ni seumur hidup tak pernah
> > pakai tudung. sebagai balasan, rambut kakak di tarik dengan bara api.
> > sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya.
> > menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah. "bukan itu
> > saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang
> > dibuat drp bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke
> > dalam api neraka. buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan
> > main. kakak menjerit, menangis kesakitan. kakak masukkan tangan ke
> > dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan
> > pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
> > menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.
> > dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan
> > daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang
> > amat pedih. dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin
> > banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "hari-hari kakak
> > diseksa. bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa
> > seperti nak tercabut kulit kepala. panasnya pula menyebabkan otak
> > kakak terasa seperti menggelegak. azab itu cukup pedih...pedih yang
> > amat sangat...tak boleh nak diceritakan." sambil bercerita, wanita itu
> > terus meraung, menangis teresak-
> > esak. nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. saya
> > pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. begitu sekali
> > balasan allah kepada umatnya yang ingkar.
> >
> > "Mazlan...kakak ni nama saja islam, tapi kakak minum arak, kakak main
> > judi dan segala macam dosa besar. kerana kakak suka makan dan minum
> > apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah
> > diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. tak ada isi pada buah itu
> > melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab
> > kakak betul-betul lapar. "bila ditelan saja buah-buah itu,
> > duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia
> > menikam pula perut kakak. sedangkan jari yang tercucuk jarum pun
> > terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan
> > perut kita "habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula
> > makan bara-bara api. bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam
> > mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. panasnya cuma
> > allah saja yang tahu. api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan
> > kepanasannya. "selepas habis bara api, kakak minta minuman,
> > tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.
> > baunya cukup busuk.tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat
> > dahaga. semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak
> > pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
> >
> > Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. terasa sungguh
> > kebesaran Allah."masa diazab itu, kakak merayu mohon
> > kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak
> > peluang untuk hidup sekali lagi. tak berhenti-henti kakak memohon.
> > kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi
> > kesilapan dahulu. kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan
> > jadi umat yg soleh. kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula,
> > kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak
> > akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak
> > tinggalkan."
> >
> > Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah itu maha
> > agung dan maha berkuasa. kita manusia ini tak akan terlepas daripada
> > balasannya. kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita
> > terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.
> > alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
> > "ini bukan mimpi mazlan. kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam
> > tu sekali. kakak bertaubat mazlan, kakak tak akan ulangi lagi
> > kesilapan kakak dahulu. kakak bertaubat...kakak taubat nasuha,"katanya
> > sambil menangis-nangis. sejak itu wanita berkenaan benar-benar
> > berubah. bila saya membawanya ke mekah, dia menjadi jemaah yang paling
> > warak. amal ibadahnya tak henti-henti. contohnya, kalau wanita itu
> > pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke bilik- nya
> > semula selepas sembahyang subuh. "kakak...yang kakak sembahyang
> > teruk-teruk ni kenapa. kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak.
> > lepas sembahyang isyak tu kakak baliklah, makan nasi, berehat..."
> > tegur saya. "tak apalah mazlan. kakak ada bawa buah kurma. bolehlah
> > kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada
> > di dalam masjidil haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang
> > ditinggalkannya dahulu. selain itu dia berdoa, mohon kepada allah
> > supaya mengampunkan dosanya. saya kasihan melihatkan keadaan wanita
> > itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia
> > akan jatuh sakit pula. jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat
> > keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya. "tak boleh mazlan. kakak
> > takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. mazlan tak rasa, mazlan
> > tak tau. kalau mazlan dah merasai azab itu, mazlan juga akan jadi
> > macam kakak. kakak betul- betul bertaubat."
> >
> > Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "mazlan, kalau ada
> > perempuan islam yang tak pakai tudung, mazlan ingatkanlah pada mereka,
> > pakailah tudung. cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu,
> > kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. "semasa diazab, kakak
> > tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut
> > wanita islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan
> > muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. kalau 10 orang lelaki bukan
> > muhrim tengok sehelai rambut kakai ini, bermakna kakak mendapat 10
> > dosa. "tapi mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. ..
> > kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang
> > kakak dapat. kalau 10 orang tengok, macam mana? kalau 100 orang
> > tengok? itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak
> > ni? Allah... "kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan
> > minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa,
> > mengaji, buat ibadat. akak nak ajak suami pergi haji. seperti mana
> > kakak, suami kakak tu islam pada nama saja. tapi itu semua
> > kesilapan kakak. kakak sudah bawa dia masuk islam, tapi kakak tak
> > bimbing dia. bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan
> > islam." sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita
> > tentang wanita tersebut. bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi
> > wanita yang benar-benar solehah. adakah dia berbohong kepada saya
> > tentang ceritanya diazab semasa koma? tidak. saya percaya dia bercakap
> > benar. jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
> > satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab
> > yang digambarkan oleh allah dan nabi dalam al-quran dan hadis. adakah
> > ia bercanggah? benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat
> > membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,
> > syurga dan neraka itu perkara ghaib? janganlah bila kita sudah
> > meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya
> > bahawa "oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. aku
> > menyesal"... itu dah terlambat.
> >
> > "REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN"
> > WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
> > WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
> > WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
> > WAKTU MUDA SEBELUM TUA
> > DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI" 
> >
> >
> > Firman Allah swt,
> > "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam
> > kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang
> > ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati
> > dengan kesabaran." Surah Al-Ashr
> >
> > Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: " Sampaikanlah
> > pesanku biarpun satu ayat..."
> >
> >  
> 
> 

--- End Message ---

Kirim email ke