*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Mesyuarat cawangan Pekan Kuah kecoh


LANGKAWI, Ahad - Mesyuarat Umno cawangan Pekan Kuah malam tadi kecoh apabila
14 ahlinya membantah tindakan ketua cawangannya menghalang kehadiran mereka
dengan alasan keahlian terbatal kerana gagal membayar yuran.

Mereka sebaliknya mendakwa ketua cawangan itu, Ghazali Md Noor 'memilih
bulu' dan hanya membayar yuran ahli yang hanya menyokongnya.

Seorang ahli cawangan itu, Md Som Nyak Sham, berkata beliau hairan kenapa
beliau dilarang daripada menghadiri mesyuarat berkenaan sedangkan isterinya
dibenarkan berbuat demikian.

"Mereka kata isteri saya masih menjadi ahli sedangkan keahlian saya
dikatakan sudah mati. Kenapa ini boleh berlaku," katanya di luar Hotel City
Bayview di mana mesyuarat itu diadakan.

Mesyuarat Umno cawangan Pekan Kuah diadakan semula malam tadi berikutan
pembatalan mesyuarat pertamanya pada 12 Mac lalu selepas ahli yang hadir
memprotes pemilihan pengerusi tetap.

Ketika itu, ahli mendakwa pengerusi tetap yang dipilih, Abdul Shukor Abdul
Rahman, bukan ahli cawangan dan kerana itu, beliau tidak boleh dilantik
untuk jawatan berkenaan.

Difahamkan, Umno Pekan Kuah adalah antara cawangan terakhir daripada 85
cawangan di Langkawi yang mengadakan mesyuarat sebelum mesyuarat bahagian
dijadualkan dirasmikan oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 5 April ini.

Ahli Jawatankuasa Umno Pekan Kuah, Abdul Rahman Nyak, pula mempersoalkan
bagaimana keahliannya masih hidup sedangkan beliau tidak pernah membayar
yuran.

"Saya dibenarkan menghadiri mesyuarat pemilihan Umno cawangan yang diadakan
malam ini tetapi saya tidak tahu siapa yang membayar yuran keahlian saya,"
katanya.

Seorang lagi ahli Umno cawangan itu, Rostam Harun mendakwa, beliau menerima
surat jemputan dua jam sebelum mesyuarat pertama diadakan dan dikira sebagai
ahli untuk layak mengundi.

Bagaimanapun, katanya, pada mesyuarat kali kedua, mereka menafikan haknya
sebagai ahli sekali gus melarangnya daripada menghadiri mesyuarat itu.

Ghazali ketika ditemui selepas mesyuarat, menafikan beliau sengaja
menghalang ahli menghadiri mesyuarat itu sebaliknya menegaskan larangan
dikenakan kerana mereka bukan lagi ahli selepas gagal membayar yuran.

"Pada mesyuarat yang diadakan semula ini, 42 orang daripada 50 ahli yang
membayar yuran mereka, hadir berbanding keahlian sebelum ini seramai 64
orang.

"Jadi, hanya lapan orang yang layak mengundi tidak hadir pada malam ini,"
katanya sambil menjelaskan ahli perlu membayar sendiri yuran kepada cawangan
itu untuk memperbaharui keahlian.

Beliau mendakwa ada ahli dikesan mengemukakan resit bayaran keahlian palsu
kerana ia tidak dicatatkan tandatangan sama ada bendahari, setiausaha atau
pengerusi cawangan.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20020325085306/Art
icle/




_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary 
information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all 
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information 
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke