*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Apabila saya membaca email mengenai serangan terbaru di bangunan PASTI di 
Johor dan penangkapan berpuluh-puluh orang aktivist PAS di sana, dan apabila 
mengenangkan tindakan brutal pasukan keselamatan menghayun cota kpd 
orang-orang
kampung di Kubang Bok dan Banggol Cicar di Kedah tak beberapa lama dahulu; dan 
apabila melihat tayangan video Memali yg berulang kali disiarkan di kaca TV 
itu, saya tertanya-tanya:

"Kenapakah UMNO begitu kejam sekali terhadap saudara mara sebangsa dan seagama 
dengannya. Kenapa?"

Bertahun-tahun saya mencari jawapannya.

Apakah salahnya orang-orang Melayu yang memilih sebuah Petubuhan Politik 
bernama PAS, sebuah pertubuhan yg berdaftar, bukannnya pertubuhan haram pun, 
untuk menjadi saluran bagi mereka menyampaikan masalah dan menyatakan 
inspirasi politik pilihan mereka.

Apakah salahnya sehinggakan mereka-mereka yg memilih PAS ini dianak-tirikan 
dalam serba-serbi; daripada jalan-jalan tanah merah yg tidak berturap di 
Kubang Bok sehinggalah kpd peruntukan khas untuk Wakil Rakyat PAS yg 
dinafikan.

Bayangkanlah satu suasana di hadapan mata; jalan-jalan kampung yg 100% nya 
orang-orang Melayu di Baling yg berdebu di musim kemarau dan becak bagai nak 
rak di musim hujan, kerana mereka orang PAS maka jalan TAR untuk kampong 
mereka tidak disediakan.

Apabila mereka memilih untuk melantik Wakil PAS menjadi Wakil Rakyat mereka; 
maka sekali lagi peluang yg telah pun sedia dinafikan, dinafikan pula untuk 
kedua kalinya; peruntukan wajib RM500,000 setahun untuk setiap Ahli Parlimen 
tidak kira parti ini disekat drpd sampai ke tangan Wakil Rakyat pilihan 
mereka, maka harapan mereka untuk melihat Jalan Tar masuk ke kampung mereka 
terus tidak kesampaian.

Maka, apabila ada peluang untuk mendengar wakil mereka berkongsi masalah dalam 
majlis2 ceramah misalnya; mereka pun turun beramai-ramai untuk mendengar 
apakah gerangannya maka orang-orang di Kuala Lumpur sana masih tidak endahkan 
nasib mereka yg terpaksa menutup hidung di musim kemarau dan menongkah becak 
di musim hujan, sedangkan menurut kiraan tahun masehinya, Malaysia sudah pun 
merdeka sejak 44 tahun yang silam.

Malangnya apabila mereka turun dengan penuh ikhlas untuk mendengar penjelasan 
drpd Wakil Parlimen mereka yg pulang membawa khabar dari Kuala Lumpur itu, 
mereka pula yg diserang dengan tembakan gas pemedih mata dan batang-batang 
cota yang berhayunan.

Malang sungguh malang nasib mereka.

Sudah sekian lama saya tertanya-tanya apakah salah dan dosa mereka. Jawapan yg 
saya cari-cari sejak sekian lama, akhirnya dengan izin Tuhan terjawab jua 
dalam satu ceramah oleh seorang bekas orang kuat Jentera Pilihanraya UMNO tadi 
malam. Beliau memaklumkan bahawa semuanya berakar-umbi drpd sebuah SUMPAH 
keramat yang diberi nama SUMPAH MELAYU yg perlu dilafazkan oleh setiap mereka 
yg terpilih  untuk menghadiri satu kursus khas dalam UMNO; mereka ini adalah 
seperti satu pasukan elit dalam UMNO.

SUMPAH MELAYU itu antara lain berbunyi:

"Jangan kamu apa-apakan Melayu itu. Biar sebesar mana sekali pun kesalahannya 
jangan kamu apa-apakan Melayu itu, biar sebanyak mana pun dosanya, jangan kamu 
apa-apakan Melayu itu.....(dan lain-lain lagi).....jangan kamu apa-apakan 
Melayu itu kecuali ianya MENDERHAKA!!"

Rupa-rupanya orang-orang PAS w/pun berbangsa Melayu tetapi tidak layak 
menerima perlindungan dan bantuan drpd kerajaan Melayu yg ada hari ini kerana 
orang-orang PAS dikira sebagai MENDERHAKA!!

Jikalah begitulah keadaannya, maka tidak ada apa lagi yg mampu kita katakan, 
hanya ingin kita lahirkan rasa simpati yang berpanjangan kepada orang-orang 
kampong seperti di Kubang Bok di ulu Baling sana.

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke