*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Betul ke fakta nie,macam tak caya je.Ada sedara terdekat yang terlibat dalam
operasi nie jadi bagi saya fakta yang diberikan lari jauh sangat nie.Rasanya
jangan kita forwardkan fakta ini jika tidak terlibat secara langsung.Fitnah
begini boleh menyebabkan huru-hara..
----- Original Message -----
From: "k.a.g. *" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Tuesday, March 26, 2002 1:56 PM
Subject: H-Net* Kronologi Tragedi Memali


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Berikut adalah catatan terperinci mengenai perkembangan di Kampung Memali,
> Mukim Siong, Baling yang berkesudahan dengan terkorbannya 13 nyawa bersama
> Al Syahid Ibrahim Mahmud. Catatan yang dipaparkan di sini merupakan
rakaman
> komputer daripada Signals Division pasukan PDRM yang mengikuti perjalanan
> tragedi Baling itu untuk maklumat perdana menteri. Di sini dicatitkan juga
> fakta mereka yang tercedera dan mereka yang berjaya melepaskan diri
daripada
> kepungan pihak polis.
>
> RAHSIA
> 001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan
> Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian
termasuk
> FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69,
> sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kunpulan ini diletakkan di
bawah
> arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh
> beberapa pegawai daripada Bukit Aman Kedah, Perlis, dan Penang.
>
> 002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada
Bukit
> Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan
> menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan
dengan
> sempadan Thailand.
>
> 003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi
Sungai
> Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan
> Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu
> yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni 'kem
komunis'
> itu seberanya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa
> juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ.
Pegawai
> yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada
> Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh
para
> pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di
> kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan
> satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.
>
> 004: Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong
> Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya
> menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam
> Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah
diberikan
> laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa
> Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak
> yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup
> masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati
oleh
> para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah
> memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.
>
> Nota Khas: Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah
> mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama
> "Operasi Hapus" oleh Musa Hitam.
>
> 005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah
> padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir
dan
> minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga
> segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.
>
> 006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej
> melalui wireless. Mesej yang dierima mengatakan betapa 10 orang komando
> polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan
> laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang
> menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai
> sasaran serangan polis itu.
>
> 007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan
> pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua
kereta
> perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya
> ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah
> kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam
> 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka
> sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.
>
> 008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman
telah
> menerima arahan terakhir mengenai 'Operasi Hapus' itu. Ketika itu berlaku
> sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka
mahukan
> operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk
mendesak
> Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung
itu
> mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai
Petani
> itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau
> telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga
> OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu
mungkin
> membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang
> berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka
ini
> muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong
> pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud.
>
> Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada
> kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat
di
> hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di
waktu
> yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang
> mengikuti perkembangan dengan berada di Ibupejabat Polis Penang. Beliau
> sedang mengikuti perkembangan 'Operasi Hapus' itu. Tidak berapa lama
> kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yagn
> seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma
> mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia
> bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.
>
> Catatan di Kampung Memali: Seorang pemandu motorsikal dilihat berhenti di
> hadapan pintu-gerbang rumah yang dihuni oleh Ibrahim Mahmud. Seorang muda
> dilihat berlari ke arah pintu rumah itu meminta kebenaran untuk masuk. Dia
> telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan
> polis yang ramai di Baling setibanya di pekan itu. Ibrahim Mahmud telah
> dikejutkan dari tidurnya. Begitu juga halnya dengan 39 orang lain yang
telah
> berjaga malam di Madrasah itu sebelumnya. Mereka dikerah bersiap sedia
untuk
> mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan segala alat yang ada di
rumah
> kampung seperti kapak, pisau, buluh runcing dan sebagainya. Yang lebih
> berani telah membuat bom molotov pula. Dengan lain perkataan, setiap insan
> di situ ada alat senjata yang boleh dipergunakannya.
>
> Dalam kumpulan yang bertahan itu ada empat kanak-kanak dan lima kaum
wanita.
> Ibrahim telah mengajak para pengikutnya untuk berwuduk daripada sebuah
> telaga yang berhampiran. Mereka telah melaksanakan solat sunat dan juga
> solat hajat. Mereka membaca Surah Ya#sin dan berzikir. Ibrfaham Mahmud
> kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih rela bersyahadah daripada
> menyerahkan dirinya untuk dijadikan alat merka yang mahu menaikkan
semangat
> nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yang curiga dengan hasratnya
itu
> meninggalakan kumpulan mereka. Tidak ada sesiapa yagn mahu berganjak
> daripada tempat duduknya. Laungan Allahuakbar mula bergema, bertalu-talu
dan
> memecah keheningan Kampung Memali. Yang hadir lebih memilih jalan 'syahid'
> daripada terus hidup mengabdikan diri ke jalan yang hina. Di waktu yang
sama
> di Stesen Polis Daerah baling, segala persiapan untuk menyerang kampung
> Memali semakin dipercepatkan. Semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota
> polis yang telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.
>
> 009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis
bersama
> pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata
automatik
> dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika
> itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak
> dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya
> yang bertahan di Ibupejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang
> tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan merka akan menyerang
> sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh
> Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada
> Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.
>
> 010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh
pihak
> polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya.
Pasukan
> Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak
> Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis
> Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang
juga
> merupakan sekolah agamanya.
>
> 011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang
memerintah
> Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan
> Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni
> rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun
> pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara.
Mereka
> bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.
>
> 012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang berjumlah 30
orang
> termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara .
> Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga
Komando
> 69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketiak bertanam
> padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan.
> Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin
itu
> telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi,
> mereka tersalah sasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan
> mereka itu membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan.
> Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan
> Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun
> turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh
satu
> pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan sendiri.
>
> Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung
> masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah
> meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil
> iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang
> songsang. Permintaan mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah.
>
> BABAK DUA
> 013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud.
> Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor
> Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud
> mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu
> itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya
> mula menyerang. Beliau telah ditentang oleh pegawai yang beragama Islam.
>
> 014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan pengepungan
diketatkan
> lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki
> perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis
> Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan
> sambil menggenggam tangan merka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan
perbuatan
> orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk
> berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan
sambil
> bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan
Ibrahim
> Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin
> siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia
> kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama
> sekali.
>
> Nota Khas: Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam
> telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam
telah
> mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?
>
> 015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal
> ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar
dua
> kereta perisai mula menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang
> oleh bajingan bom molotov.
>
> Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru
> senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama
empat
> orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke
> diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan diri. Mereka telah dikepung dan
> ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang
diawasi
> oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak
> polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.
>
> 016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.
>
> 017: Jam 1136 (19/11/85) pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan
> senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan
> orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang
> keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus
> menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya
> Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam
> perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera
> teruk sahaja. Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahiml
Beliau
> telah melawat merka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya.
> Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju
> berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas
> sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang pegawai
polis
> berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya.
Ibrahim
> kedengaran bersuara: "Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan
mati
> syahid."
>
> 018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah
ditangkap
> telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah
> dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah
> mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi sambil berkata; "Pergi
> jahanam dengan Islam".
>
> 019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan
> kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur.
> Musa Hitam mengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan
agar
> rahsia operasi itu tidak terdedah.
>
> 020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung
> dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang
> cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan Alor Star. 4
mati
> syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star,
> termasuklah Ibrahim Mahmud.
>
> 021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata
> automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan
> di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat
itu
> dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai
itu
> diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari
betapa
> bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di
> situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: Hari
ini
> hari kau.....Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan
> timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang
> setara. "
>
> BABAK KETIGA
> Setiap insan yang waras di kalangan marhaen di negara ini tentu dapat
> membuat penilaian akan lapuran mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau
> bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam.
Namun,
> akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang
> bertulis: Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran. Di
> akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13
rakannya
> sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat. Beliau telah menyanggah
> kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah yang berkata:
> "Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama. Lagipun dalam satu
> pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita
> bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak
> bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh
> Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah,
> termasuk keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh
> membuat kesimpulan betapa 'Operasi Hapus' adalah satu tipu muslihat untuk
> menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu
> menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi
> Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang.
>
> DILEMMA UMNO
> Di manakah prioriti UMNO selepas episod Memali? Kalau UMNO memperakukan
> ianya sebuah parti Islam, episod Memali membawa erti bahawa para
pemimpinnya
> telah memperlekehkan Allah. Bukankah mereka yang telah merencana
pembunuhan
> di Memali itu sehingga tergolongnya beberapa insan sebagai mati syahid?
> Kalau para pemimpin UMNO memperakui bahawa parti itu condong ke arah
> nasionalistik, ia bererti bahawa para pemimpin itu sudah menderhaka kepada
> banganya kerana terbunuhnya orang Melayu. Bukankah itu kaum yang mahu
> dilindungi oleh UMNO? Tindakan yang dilakukan oleh segelintir pemimpin
UMNO
> ini akan mencetuskan peperangan saudara di kalangan orang Melayu. Cara
nyawa
> diperlekehkan telah membuatkan ramai ahli UMNO yang kecewa dengan
kepimpinan
> Timbalan Presiden Parti, Musa Hitam. Beliau memang semacam giankan
> kesamsengan dan kini menerima padahnya. Rakan sejawatnya dalam kerajaan
> Idonesia bernama General Benny Murdani pernah berkelakuan serupa dan
dibenci
> oleh rakyatnya. Kini Musa menerima jolokan sebagai 'haiwan politik' dan
juga
> 'penghapus orang Islam'. Murdani adalah seorang agen Zionis, kerana dia
> bukan beragama Islam. Tetapi kenapakah Musa Hitam mengikuti gelagat
Murdani?
>
> Tindakan yang dilakukan oleh UMNO menunjukkan parti itu bukan lagi memberi
> kepentingan terhadap keluhuran Islam dan juga orang melayu. Ironisnya
Islam
> dan Bangsa Melayu menjadi alat UMNO untuk terus mempertahankan kuasanya.
> Kumpulan ultra Cina dan India sedang bersepakat secara senyap di kalangan
> mereka. Mereka berjaya memperalatkan individu Melayu yang ternama sebagai
> juara tempelan mereka. Untuk menyelesaikan keadaan yang semakin menjadi
satu
> masalah besar ini, Dr. Mahathir perlu menulis lagi mengenai dilemma UMNO.
> Kesan tragedi Memali telah membuatkan Kampung Memali bertukar rupa
daripada
> sebuah kampung yang aktif menjadi sebuah kampung yang dihantui seribu
> kenangan pahit. Ramai penduduk asal kampung itu telah melarikan diri
kerana
> takutkan ancaman polis.
>
> Seramai 159 penduduk kampung pernah ditahan oleh polis Dosa mereka
terletak
> kepada keyakinan diri mahukan ajaran Islam yang direstui Allah. Mereka ini
> termasuk beberapa anak-anak kecil dan warga tua sedang ditahan dalam tiga
> buah bilik kecil di sebuah kem tahanan. Kaum wanita dibiarkan berkumpul
> dengan kaum lelaki. Tidak ada kemudahan bersolat. Mereka kerap didera dan
> diaibkan. Anak-anak kecil dilihat menangis mencari ibu-ibu yang sengaja
> dipisahkan dari mereka. Setiap tahanan diberikan makanan berupa satu
mangkuk
> kanji setiap hari. Sesiapa yang cedera parah dihantar ke hospital Sungai
> Petani ataupun Alor Star. Mereka hanya diberikan layanan pesakit luar,
satu
> penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan tidak diperbaiki ada di
kalangan
> mereka yang akan mati syahid pula.
>
> Tiga belas daripada yang mati syahid termasuk Ibrahim Mahmud telah
> disemadikan di satu kubur panjang di Parit Panjang, Baling. Mereka
> disemadikan dengan pakaian mereka yang berlumuran darah itu. Seorang
mangsa
> lagi telah disemadikan di Alor Star di atas permintaan ibunya. Kes ini
kini
> dianggap sudah tamat oleh Musa Hitam dan juga pengarah Operasi Hapus itu.
> Kumpulan ultra yang bukan beragama Islam memang menantikan berlakunya
> peperangan saudara hasil episod Memali ini. Kini, orang Melayu sudah sedar
> betapa berbahayanya semangat nasionalisme dan kuasa yang didorong oleh
> semangat semacam itu.
>
> Kepada golongan yang mati syahid, episod yang berlaku adalah merupakan
> kemuncak kehidupan mereka. Mereka sudah pulang kepada pencipta-Nya dan di
> waktu yang sama mereka telah membawa satu arus kesedaran kepada orang
melayu
> di negara ini.
>
> Mereka telah menyedarkan betapa orang Melayu harus berganding bahu dengan
> saudara Islam di seluruh dunia. Dengan cara itu barulah kita faham apa
> ertinya menjadi seorang muslim.
>
> Dengan arahan yang dibuat oleh Musa Hitam, ramai orang yang tidak berdosa
> telah ditangkap dan ditahan. Mereka dikumpulkan di satu tempat yang tidak
> selesa dan menjiikkan. Hingga hari ini jumlah merka yang ditahan dan nama
> yang telah ditahan secara tersilaf tidak pun diterbitkan. Mereka yang
> ditahan itu tidak pernah dibawa ke hadapan mahkamah untuk didakwa.
Kenapakah
> kerajaan tidak melakukan tindakan yang serupa seperti kes BMF? Apakah
Episod
> Penghapusan Memali itu dilaksanakan sebagai melencongkan perhatian rakyat
> terhadap rompakan di siang hari yang paling terbesar dalam sejarah negara
> ini? Berbilion dana kepunyaan rakyat telah lesap dan seorang insan yang
> jujur telah dibunuh.
>
> Namun, pihak kerajaan masih mahu berahsia dalam hal BMF itu dan perkara
itu
> masih belum mampu diselesaikan. Sebaliknya pula, apabila seorang ulama
cuba
> memberikan khidmatnya kepada rakyat jelata, dan membantu mereka menaikan
> taraf hidupnya, beliau telah dikepung dan ditahan untuk dibunuh dengan
> kejam. Di manakah letaknya erti kehakiman, keadilan dan kebenaran itu?
> Mereka yang bertanggungjawab dalam Episod Memali harus ditangkap dan
dibawa
> ke mahkamah. Darah orang Melayu tidak sepatutnya dibiarkan mengalir di
atas
> bumi orang Melayu dengan alasan songsang betapa Islam menyokong
> nasionalisme. PAS dan juga seluruh organisasi Islam telah mendesak agar
> ditubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk membongkar kisah Tragedi Memali
> itu.
>
> Satu Kertas Putih perlu dikeluarkan dan untuk sementara waktu sebarang
usaha
> untuk mengadakan pemilu harus ditangguhkan.
>
> Kata-kata Kenangan Kepada Yang Syahid:
>
> "Janganlah kamu mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu mati;
> bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki." 27 hb
> November, 1985 14 hb Rabi-ul-awal 1406.
>
> Suara Islam Malaysia.
>
> Diterjemahkan oleh: Sukusakat Wali Songo. Asal: KM2 6724
>
> [Rencana ini disiarkan semula sempena penyiaran video Memali oleh kerajaan
> Malaysia agar pembaca dapat mengetahui kisah yang sebenar. Keratan akhbar
> Kayhan International (Iran) ini masih ujud di sisi pengendali laman web
ini.
>
> Siapakah ketua polis negara ketika itu? Cuba teka! - Editor]
>
> ...............................
>
>
>
>
>
> Dipetik Dari:
> Laman Newkini di URL http://newskini.cjb.net
>
>
>
> _________________________________________________________________
> MSN Photos is the easiest way to share and print your photos:
> http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "k.a.g. *" <[EMAIL PROTECTED]>
>


---
Outgoing mail is certified Virus Free.
Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
Version: 6.0.342 / Virus Database: 189 - Release Date: 3/14/2002



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: haszirul <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke