*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Draf hudud, qisas akan dikemukakan kepada umum - MB
 
Wednesday, March 27 @ 15:46:16 MYT 


KUALA TERENGGANU, 27 Mac (Hrkh) - Kerajaan Negeri
Terengganu akan mengemukakan draf cadangan Enakmen
Jenayah Syariah Hudud dan Qisas kepada umum bagi
membolehkan mereka memberikan cadangan dan pandangan.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Dato' Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan bersetuju supaya
draf cadangan itu dilaporkan kepada Dewan Undangan
Negeri (Dun) terlebih dahulu untuk dibuat kajian
selain daripada orang ramai. 
"Selepas itu kita akan adakan satu sidang khas untuk
meluluskan enakmen itu setelah kita dapat pandangan
dari pelbagai pihak," ujarnya pada persidangan media
selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari
ini. 

Katanya, draf cadangan itu telah siap dan ia perlu
mendapat maklum balas daripada rakyat termasuk
pemimpin Umno sebelum diadakan sidang Dun khas yang
dijangka akan diadakan pada Mei atau Jun nanti. 

"Kalau mereka (Umno) kata hudud PAS, kita kemuka hudud
Islam, mereka ada pakar dalam hukum syarak dan mereka
boleh kemukakan cadangan dan pandangan," ujarnya. 

Katanya, kerajaan negeri akan melalui proses mengikut
undang-undang dan perlembagaan untuk melaksanakannya. 

"Kita perlu sedar kadang-kadang Pusat juga meluluskan
perkara yang bercanggah dengan perlembagaan, melakukan
yang bercanggah dengan perlembagaan, tapi kita nak
buat dengan cara lebih bersopan, lebih memberi peluang
kepada semua pihak untuk mendengar dan memberi
pandangan, kepada orang yang tak faham supaya dia
faham," jelasnya. 

Beliau menjelaskan bahawa hukum hudud dan qisas ada
nas di dalam al-Quran dan hadis. 

Bagaimanapun, katanya syarak memberi peluang bagaimana
cara untuk melaksanakannya dengan mengadakan
undang-undang keterangan, prosedur kehakiman dan
seumpamanya. 

Tegasnya, nas mengenai hukum hudud dan qisas tidak
boleh dipertikai oleh ulama semua mazhab. 

"Sebab itu hudud dan qisas tak ada mazhab, macam
sembahyang lima waktu, tak ada mazhab kerana dinaskan
dalam al-Quran, bila ada orang kata hudud PAS, ini
menandakan orang itu bebal dalam hukum Islam,"
ujarnya. 

Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS menegaskan
bahawa pelaksanaan hukum itu oleh kerajaan negeri
bukan atas dasar dan desakan politik. 

"Ini adalah perkara yang wajib dari segi Islam yang
sepatutnya telah dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu
sekiranya mereka benar-benar mahu melaksanakan syariat
Islam ini perkara, bukan satu desakan politik. 

"Bahkan kalau rakyat tidak menyokong pun, ini adalah
perkara yang wajib yang mesti kita kemukakan, kalau
ada halangan-halangan maka mereka yang menghalang
bertanggungajwab dan rakyat boleh menilai," katanya. 

Menurutnya lagi, jika ianya bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan untuk dilaksanakan, kerajaan
negeri akan melalui proses mengikut demokrasi termasuk
mengemukakan usul di Parlimen. 

Ini, katanya jumlah ahli parlimen PAS dan Parti
KeADILan sudah mencukupi 27 orang dan mencukupi untuk
dikemukakan satu usul. 

"Kita tak tahu mungkin ada perubahan fikiran di
kalangan pemimpin pusat untuk memberi peluang kepada
Terengganu dan Kelantan untuk melaksanakan Islam di
atas sifat mereka juga adalah sebagai orang Islam dan
perlu memahami wajibnya perkara ini," ujarnya. 

Apabila ditanya kemungkinan DAP akan membantah draf
cadangan itu, beliau berkata, "Kita dengar bantahan
mereka, apa bantahan mereka dan insya Allah kita dapat
memberi jawapan. 

Beliau bagaimanapun yakin masyarakat bukan Islam boleh
menerimanya apabila mereka memahami hikmat di sebalik
pelaksanaan hukum hudud dan qisas. 

"Kalau masyarakat Cina boleh terima undang-undang
British, orang India boleh terima undang-undang
British yang datang dari England, mengapa mereka tidak
boleh menerima undang-undang Islam yang lahir di
tengah-tengah masyarakat di sini, apa yang penting
kita memberi penjelasan," ujarnya. 



=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Movies - coverage of the 74th Academy Awards®
http://movies.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke