*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>       Halang ceramah: PAS fail writ saman Kerajaan
> Malaysia, KPN dan KDN
> 
> Monday, April 01 @ 16:47:20 MYT
> 
> 
> KUALA LUMPUR, 1 April (Hrkh) - PAS menfailkan writ
> saman terhadap Kerajaan
> Malaysia, Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam
> Negeri berhubung halangan
> mengadakan ceramah di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
> hari ini.
> 
> PAS diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin
> manakala Setiausaha Agung
> PAS, Nasharudin Mat Isa dinama sebagai plaintif
> sementara defendan terdiri
> daripada ketiga-tiga pihak berkenaan.
> Menurut kandungan writ berkenaan, tuntutan plaintif
> (PAS) mempunyai kaitan
> di dalam persoalan-persoalan yang menyentuh
> kepentingan awam khususnya isu
> pencabulan hak dan kebebasan asasi ke atas PAS
> sebagai sebuah parti politik
> yang sah di negara ini.
> 
> "Isu yang 'central' terhadap tuntutan plaintif ini
> adalah adakah defendan
> mempunyai hak monopoli untuk menentukan kepentingan
> negara dan keamanan awam
> sehinggakan hak bersuara dan berhimpun secara aman
> yang dijamin oleh
> Perlembagaan Persekutuan terhadap rakyat negara ini
> dicabuli dengan
> sewenang-wenangnya oleh defendan," menurut writ itu
> lagi.
> 
> Plaintif seterusnya menegaskan, sekiranya PAS dan
> para pemimpin, ahli-ahli
> dan penyokong-penyokongnya dinafikan hak kebebasan
> asasi khususnya hak
> bersuara dan berhimpun secara aman di mana-mana
> bahagian di negara ini tidak
> mustahil sifat-sifat tidak toleran dan melampau
> boleh menembusi rakyat biasa
> negara ini dan ini sudah tentu akan mendatangkan
> ancaman yang serius kepada
> negara yang aman ini.
> 
> Writ yang mengandungi 38 fasal itu antara lain turut
> mempertikaikan tindakan
> polis yang seringkali bercanggah dengan
> undang-undang seperti mengarahkan
> perhimpunan di tempat persendirian diberhentikan
> dengan alasan perhimpunan
> tersebut memerlukan permit.
> 
> Ini berlaku walaupun Seksyen 27A Akta Polis 1967
> secara jelas menyatakan
> bahawa sebarang perhimpunan di premis selain tempat
> awam tidak memerlukan
> permit.
> 
> 
> 


=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Greetings - send holiday greetings for Easter, Passover
http://greetings.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke